Assalamualaikum semua. Kali ni Mamadee nak berkongsi kek yang ditempah dari rakan-rakan disini. Mamadee hanya mengambil tempahan dikala terasa gian hendak baking..hehe. Maklumkah ada priority yang lebih penting. Biasanya hanya di hujung minggu Mamadee berpeluang untuk fokus kepada membuat kek. Jom lihat gambar-gambar kek tempahan. Terima kasih kepada semua yang sudi tempah kek dari Mamadee:)
BASIC FOOD PHOTOGRAPHY TIP 1 :CAHAYA /LIGHTNING
Salam sejahtera semua. Biasanya Mamadee berkongsi resepi, tapi kali ini apa kata Mamadee berkongsi tip2 untuk mengambil gambar makanan, supaya gambar kelihatan cantik dan nampak professional. Mamadee bukanlah pakar dalam photography, tapi Mamadee selalu rujuk kepada website di internet dan bertanya kepada rakan-rakan yang mahir. Jangan malu bertanya ketika belajar. Asas untuk mendapat gambar yang cantik ialah CAHAYA. Untuk mendapatkan gambar yang nampak 'hidup' anda perlu menggunakan cahaya natural seperti cahaya matahari. Tak kisahlah jika anda menggunakan kamera canggih DSLR atau smartphone, kunci asas untuk dapatkan gambar yang cantik adalah penggunaan cahaya yang betul. Jangan sesekali menggunakan direct flash dihalakan kepada subject/makanan walaupun keadaan cahaya tidak mencukupi. Gambar yang dihalakan flash secara direct kelihatan mendatar dan tidak menarik. . Untuk pengguna DSLR, jika anda mahu menggunakan flash, pantulkan flash ke dinding. Gambar rajah di bawah menerangkan asas setup untuk mengambil gambar.
Jika anda mengambil gambar makanan di dalam rumah/bangunan, cari tempat berdekatan tingkap yang mana sumber cahaya matahari adalah paling maksimum. Mamadee menggunakan foam board putih sebagai reflektor cahaya. Mudah dan murah.
Banyak lagi tips2 untuk mengambil gambar. Bersambung di lain waktu. :)

image source oneofcrew.com

Assalamualaikum. Dah lama blog tak terupdate. Sibuk memanjang. Tambahan pula sekarang saya sudah menghampiri tahun kedua dalam pengajian PhD. Setiap tahun akan ada exam khas untuk menilai progress kajian. Exam pertama dah berjaya lulus, exam kedua adalah pada bulan Julai nanti. Sekarang data kajian dah berjaya dikumpul, sekarang cuma tinggal proses menganalisis dan menulis. Cabaran menulis lebih terasa bila perlu menulis dalam bahasa asing. Bagi saya setiap peringkat dalam pengajian ada cabaran tersendiri. Rabbi yassir wala tu'assir. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan jalan untuk saya menuntut ilmu. Doakan mamadee berjaya ye.
Berbalik kepada resepi kali ini, sebenarnya resepi ni dah pernah ada dahulu, so ini adalah ulang tayang.hehe. Hari minggu lepas, suami kepada rakan saya di Brisbane menempah kek ini untuk hari lahir isterinya. Kiranya surprise untuk isteri tersayang. Alhamdullilah mereka sangat gembira dengan kek yang saya sediakan ini. Rasa puas hati bila melihat both of them senyum sampai telinga bila tengok kek ini. Actually saya dah lama teringin nak buat kek ala2 bunga k-pop yang tengah intrend sekarang. Tapi tak berpeluang enroll dalam mana-mana kelas lagi. So saya browse through youtube, cari tutorial membuat bunga rose kuncup. Tapi tak ada. At last saya terjumpa tutorial di blog kak azlita. Cara membuat rose kuncup. Thank you very much kak ita.! Terketar-ketar juga tangan nak membuat bunga-bunga ni. Mamadee tak biasa piping bunga. Kena banyakkan praktis lagi.
Kek pandan kali ini mamadee layerkan dengan cream cheese. Manakala untuk salut kek dan buat bunga, mamadee guna swiss meringue buttercream. Sorry gambar kek yang dah dipotong tak ada. Tak sempat ambil gambar semasa surprise party tu, tengok2 dah habis. hehe. Jom tengok resepi.
Untuk kek pandan (lloyang 9 inchi)
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Lapik dasar loyang dengan baking paper. Bahagian tepi loyang tak perlu sapu apa-apa. Masukkan adunan kedalam loyang.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus keluarkan kek dari oven. Biarkan dalam 3-4 minit. Kemudian gunakan pisau untuk keluarkan kek dari loyang. Guna pisau untuk potong tepi kek dari loyang. Kemudian terus terbalikkan kek ke atas redai kek selama 2 minit.. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11.Sejukkan kek atas redai
Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
Resepi swiss meringue buttercream
3 biji putih telur.
110g gula caster.
150g unsalted butter ( suhu bilik)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila.
Cara-cara.
1.
Campurkan putih telur dan gula ke dalam bekas kalis panas.
Panaskan secara double boil atas periuk yg mengandungi air panas. Kacau
perlahan dengan menggunakan whisk. Kacau sehingga suhu telur mencapai
60darjah celcius. Gunakan candy termometer untuk menyukat suhu telur. (jika tak ada termometer, hanya pastikan semua gula telah cair
barulah berhenti memanaskan telur tersebut. Cuba rasa sedikit
adunan telur dengan menggunakan jari, jika masih rasa berpasir, gula
masih belum hancur sepenuhnya).
2. Pukul adunan telur sehingga kental. dan bekas terasa sejuk.
3.
Perlahankan mixer, dan campurkan butter sedikit demi sedikit. (Butter
dipotong dadu). Sebelum mencampurkan butter seterusnya, pastikan butter
yg telah dimasukkan sebelumnya dalam adunan telur putih telah sebati
bercampur. Pukul dengan mixer lebih kurang selama 5 minit. Biarkan semua
Bercampur sebati.
5. Campurkan vanilla dalam adunan tadi. Pukul sehingga sebati.
6. Sedia untuk dipaipkan atas kek.
Cara assemble kek
1. Biarkan kek sejuk atas redai.
2. Kemudian belah kek kepada 3 lapisan. (belah kek bila cream cheese dah siap. Jika tidak kek akan kering)
3. Masukkan cream cheese dalam piping bag. Potong hujung piping bag. Dan piping secara bulatan atas setiap lapisan kek. (Mamadee suka guna cara ini sebab lebih kemas dan tak comot)
4. Kemudian, salutkan kek dengan swiss meringue buttercream. Hias mengikut citarasa masing-masing.
Source Wendyinkk
Original recipe Mrs Ng SK
Ingredients
230gm butter (salted), softened (cool at 18-20C, not glossy)
200gm eggs, no shell (4 grade B eggs)
50gm + 150gm sugar
200gm self raising flour, sifted.
60ml milk
1 vanilla bean, seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)
200gm eggs, no shell (4 grade B eggs)
50gm + 150gm sugar
200gm self raising flour, sifted.
60ml milk
1 vanilla bean, seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)
Methods
1. Preheat oven at 180C (conventional). (I only use 170C). Prepare a 8 inch square pan. Line the base and grease the sides (greasing helps the cake’s sides to rise well)
2. Separate the eggs, and place the whites into a medium sized bowl (6 cup capacity)Beat egg whites until soft peaks, gradually add 50gm sugar and beat until stiff. Set aside.
3. Cream butter and 150gm sugar until pale and fluffy (KA speed 2-4 ). Put in vanilla seeds and and beat for a while. Put in egg yolks one by one and beat well after each addition.
4. Put in half the flour and mix on low speed until incorporated. Put in milk in 2 additions and mix until well incorporated. Mix in balance of flour.
5. Put half the egg whites in and mix on low speed. Pour the balance of egg whites in and FOLD.
6. Pour batter into pan and level.
7. Bake for 45 minutes or until skewer comes out clean. (I reduced to 150C for the last 15 minutes because the top seems to be getting dark)

Versi bahasa melayu
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak (boleh juga guna tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
60ml susu segar
1 sk vanilla extract
Cara-cara
- Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
-
- Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
-
Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. -
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar. -
Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum. -
Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati. -
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
Assalamualaikum semua. Hari ni mamadee nak cerita pasal cake stand. Kadang2 kek yg simple2 bila letak atas cake stand automatic nampak classy and style habis. Tapi of course la kan, cake stand yg cantik2 boleh tahan juga harganya. Kalau di brisbane ni, musim krismas akan banyak la design cake stand yg cantik2 keluar. Tapi kalau nak jimat jgn beli sebelum krismas, sila beli selepas krismas..haha..memang harga akan 70% jauh lebih murah.
Mamadee dah lama aim nak beli cake stand baru. Kononnya before balik Malaysia nak bagi penuh satu almari la cake stand yg hebat2. Tapi krismas lambat lagi nk tunggu sale..huhu. dok belek2 cake stand kat kedai, yg berkenan di hati cost about 50 dollar. Angkat letak, angkat letak...last2 tak beli sebab bukan keperluan kononya.huhu.
Dok terbayang2 cake stand colour hitam merah yg cantik tu. Tak boleh jadi ni..last2 mamadee pergi ke kedai discount. Kat sini barang murah2. Mamadee beli satu black dinner plate harga aud3 dan satu red bowl harga aud2 dan gam yg bersesuaian.
Sapu gam disekeliling bahagian bawah mangkuk merah tadi.
Lekatkan mangkuk pada tengah2 pinggan. Tindih dengan buku2. Supaya ia betul2 kemas.
Tadaaaa... dah siap cake stand baru mamadee. Cost tak sampai 10 dollar.haha.
So pada sesiapa yg nak cuba buat sila lah. Kalau anda jumpa.candle holder lagi cantik utk jadikan base cake stand tadi.
Selamat mencuba..