Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

14 March 2014 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg keempat. Masih 'pengantin baru' lagi, baru 4 tahun, masih panjang lagi perjalanan. Orang kata, kehidupan selepas bernikah lebih seronok, kerana semasa tempoh inilah kita dapat mengenali character sebenar pasangan. :) Semasa bercinta, jika mahu terkentut pun masih sempat minta diri ke toilet sebentar, selepas berkahwin sambil makan nasi bersama pun boleh sengaja kentut. Itulah kemanisan hidup berumahtangga, penuh dengan senda gurau, dan masing-masing menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Ops, panjang pula saya berceloteh.

 Petang semalam, balik daripada universiti saya terus mem'baking' kek ini. Kononya mahu membuat kejutan kepada suami. Resepi ini sangat mudah, tak perlu pakai ovellete ( di Brisbane susah mahu mencari ovellete yg halal ..hu2) dan yang paling saya suka kerana dapat dipelbagaikan. Anda boleh menambah pelabagai perisa dan warna, seperti strawberry, pandan, vanila, coffee dan lain-lain. Dan yg penting resepi ini menghasilkan kek yg sedap dan gebu (syaratnya anda perlu pukul telur putih sehingga 'bertanduk').


Resepi ini saya ambil dari blog Tested and tasted. Banyak resepi kek yg sedap-sedap di blog itu.
Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
4 biji kuning telur (besar)
20 g gula caster
50 g minyak
60 g susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
90 g tepung kek (tapi saya guna tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)

4  biji putih telur
1/4 sudu teh Cream of tartar
60 gr Caster sugar

Cara-cara
1. Panaskan oven 160C
2. Pukul perlahan kuning telur dengan gula caster
3. Campurkan minyak jagung, susu dan vanila esen, pukul  sehingga sebati
4. Masukkan tepung gandum, gaul rata dan ketepikan
5. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih, kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula caster sehingga adunan bertanduk. (tips saya, pukul dengan menggunkan kelajuan yang tinggi, dan bila telah bertanduk gradually turunkan kelajuan mixer).
6. Ambil 1/3 adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kaup balik dengan gunakan spatula atau sudip kayu. Setelah adunan putih telur bergaul sebati, masukkan adunan putih telur yang selebihnya. 
7. Masukkan adunan kedalam loyang bersaiz7 / 8 inchi
8 . Bakar lebih kurang dalam 45 minit atau sehingga masak, bergantuk kepada kepanasan oven masing-masing.


Untuk resepi cream cheese frosting, saya selalu menggunakan resepi ini. Kerana rasa lemak cheee itu kena dengan kek sponge ini. Saya juga menggunakan resepi cream cheeese frosting ini untuk kek carrot dan juga kek coklat. Memang sedap.

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Bila cream cheese itu dah siap, bolehlah di sapu pada kek.
* untuk kek ini saya juga meletakkan parutan keju cheddar di keliling tepi kek, memang bertambah sedap ..he2


Resepi kek carrot ini saya ambil dari dapur Azie. Tetapi saya buat dlm bentuk cupcake. Senang dimakan dan senang untuk dibawa bekal :). Resepi ini juga mudah untuk dibuat. Jom lihat resepinya.



Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.


Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata.
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5.  Sapukan cream cheese apabila telah sejuk.



Musim luruh telah tiba. Waktu pagi memang lebih sejuk daripada biasa. Pagi ini saya menyediakan nasi lemak kukus untuk sarapan sebelum ke universiti. Nasi lemak ini saya hidangkan bersama sambal sardin dan juga ayam goreng rempah.Memang sedap sangat sekali sekala dpt menjamu selera dgn hidangan tradisi. Kebiasaanya jika memasak nasi lemak saya memasak nasi seperti biasa, tetapi masalahnya, akan menghasilkan banyak kerak. Jadi kali ini saya cuba untuk mengukus nasi lemak. Hasilnya sgt sedap, nasi berderai dan tiada kerak (jadi lebih jimat..he2). Jom lihat cara-cara menyediakan nasi lemak kukus ini.

Bahan-bahan

3 cawan beras (saya guna beras jasmine)
3/4 cawan santan
3 hiris halia
2 helai daun pandan
sedikit garam.


Cara-caranya
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan air dalam pengukus.
3. Letakkan beras ke dlm pengukus. Letakkan hirisan halia dan simpulan daun pandan.
 4. Kukus sehingga setengah masak. (lebih kurang 20 minit)
5. Keluarkan beras dari pengukus. Campurkan garam kedalam santan. Kemudian curahkan santan keatas beras yg telah separuh masak tadi.
6. Gaul sehingga sebati beras dan santan.
7. Kemudia masukkan balik beras separuh masak tadi yg telah digaul dgn santan ke dalam pengukus.
8. Kukus sehingga masak.
*tips: untuk nasi cepat masak, buat lubang-lubang kecil antara beras, supaya wap senang naik ke atas.


Congo bar atau juga dikenali sbg Blondie brownies. Congo bar bukanlah berasal dari negara Congo di benua Africa :). Rasanya sgt sedap kaya dengan coklat cip dan juga kekacang. Saya ambil resepi ini dari dapur kak ita. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi :Masam-masam manis

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - (saya hanya gunakan 280g)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Saya  sangat menggemari donut. Tetapi jujur saya akui, saya tidak pandai menguli dan ini menjadikan faktor saya sedikit malas apabila mahu membuat donut atau roti. he2. Nasib baik saya ada membeli bread maker yg 2nd hand sahaja jenama Black & Decker. Murah harganya AUD30 dan berfungsi dgn baik. Resepi donut ini saya ambil daripada kak Ita. Memang sgt gebu walaupun stlh sejuk. Memang tk rugi mencuba.
  
Jom lihat resepi.

Bahan-bahan

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis 
1 sudu besar susu tepung/ susu pekat manis
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula 
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread maker(BM) 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.