Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Hujung minggu hari yg ditunggu2. Setelah penat sepanjang minggu bekerja, hari minggu adalah hari untuk saya berehat dan melakukan aktiviti yg saya gemari. Antaranya adalah baking. Kebetulan hari ini ada jemputan pot luck di rumah rakan.  Jom kita buat kek. Sudah lama teringin nak melakar corak comel2 utk swiss roll ini, tapi kesuntukan masa. Resepi ini saya ambil dari dapur kak wan. Saya sertakan step by step cara membuat swiss roll bercorak ini.


Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
coklat emulco dan lidi 
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter + 150g icing sugar shj)

Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.


4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkna di atas redai kek.

7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.


Anak saya sgt menggemari churros, sebatang churros tidak cukup untuk dia seorang. Kalau di sini, sebatang churros biasanya berharga AUD3 jika dibeli di pasar pagi. Churros yg bagus adalah rangup di luar dan sedikit chewy didalam. Anda boleh menikmati churros dgn menabur gula atau serbuk cinnamon di atasnya. Churos juga lazat dicicah dengan sos coklat.Cara membuatnya juga sgt senang. Churros adalah kategori choux pastry, sama seperti cream puff.  Saya mengambil resepi ini dari All recipe.com setelah melihat review yg bagus daripada pembaca. Jom lihat resepinya.



Ingredients


Bahan
1 cawan air
½ sudu teh garam
1 cawan tepung gandum
2 ½ sudu besar gula pasir
2 sudu besar minyak masak

Bahan untuk salut
Gula kaster
Serbuk kulit kayu manis (jika suka)

Cara-cara membuat:
1.           Campurkan air, gula, daram dan minyak di dalam periuk. Panaskan sehingga menggelegak.
2.           Alihkan periuk dari dapur dan masukkan tepung ke dalam periuk tadi. Kacau dengan menggunakan sudip kayu sehingga adunan menjadi doh bulat dan tidak melekat pada periuk.
3.           Panaskan minyak dalam kuali.
4.           Masukkan doh tadi kedalam piping bag. Gunakan nozzle tip berbentuk bintang.
5.           Setelah minyak panas, paipkan doh tadi kedalam minyak. Guna api sederhana kecil, untuk menggoreng churros.
6.           Setelah siap digoreng, bolehlah disalut dengan gula dan serbuk kulit kayu manis.
Churros juga enak dimakan bersama coklat cair




Terasa rindu pula dengan nasi ayam penyet Wong Solo Bangi. Di Brisbane ini juga banyak terdapat restoran masakan Indeonesia yang halal. Antara yang menjadi kegemaran kami sekeluarga adalah restoran Shalom dan  warung Sendok Garfu, yang menyajikan masakan authentic Indenesia. Kali ini saya memasak nasi ayam penyet dengan menggunakan resepi kak wan dari dapur citarasawan. Memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepi.

Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 nos  ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar
     kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan
     bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
    hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal.
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing
    /rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
    Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup
    api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada
     suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau
     lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan
    panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau
    gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan
     sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan
     sambal sebelum disajikan
Sekarang bermacam penyakit dtg berpunca dari makanan.  Risau juga bila umur makin meningkat tubuh badan tidak sama lagi cergas dan sihat spt zaman remaja dulu. Tidak salah untuk menikmati pelbagai makanan namun perlulah seimbang dan kalau boleh cubalah masak dengan cara yang lebih sihat. Kali ini saya menyediakan kari kepala ikan tanpa menggunakan santan.  Suami saya lebih menggemari kari tanpa santan ini, menurutnya rasa tidak muak dan lebih sedap. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan.
2 kepala ikan (saya gunakan kepala ikan salmon)
7 ulas bawang merah
2 hiris halia
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
Asam jawa
1 biji tomato
Carrot (optional)
Garam

Cara-cara
1. Kisar bawang merah dan halia.
2. Tumis halba, biji sawi dan daun kari shg naik bau.
3. Masukkan bawang dan halia yg telah dikisar ke dalam periuk.
4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan kari tadi kedalam periuk. Tumis shg naik bau.
5 . Kemudian masukkan air asam jawa dan juga 2 cawan air. Biarkan shg mendidih.
6. Kemudian masukkan ikan.
7. Masukkan lobak merah.
8. Setelah ikan hampir masak, masukkan tomato.
9. Masukkan garam secukup rasa.
10. Siap dan sedia untuk dihidang.

Sekarang nmpaknya ramai yang mula demam kek Victoria Sadwich ni. Kek ini adalah kek classic English. Menurut pakcik Google, kek Victoria sandwich ini merupakan kek kegemaran Ratu Victoria dan disajikan sebagai hidangan minum petang. Resepinya sangat mudah. Nisbah tepung, gula,telur dan mentega adalah sama banyak. Tetapi saya kurangkan sedikit amaun gula, takut manis sgt, nasib baik kek masih menjadi (Jangan kurangkan gula terlalu banyak, akan mempengaruhi "cake moisture"). Saya mohon maaf kerana tidak sempat mengambil gambar pandangan sisi kek ini (anak dah tunggu tak sabar nak makan).  Kek ini di lapis (sandwich) dengan whipping cream dan jem strawberry. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di antara dua keping kek tersebut.
Granny's Victoria sponge
(Pandangan sisinya mcm ini lah. Gambar pinjam drp BBC Good Food Web)

Jom tengok respinya.

Bahan-bahan.
 4 biji telur saiz besar (240g)
240 g tepung naik sendiri
240 g butter
200 g gula caster.
jem strawberry.
Whipping cream. (Pukul sehingga kental)


Cara-caranya.
  1.  Panaskan oven 200 Celsius degree 
  2.  Pecahkan telur dan timbang berapakah berat telur. Jika berat telur adalah 200g, maka tepung, butter dan gula juga perlu 200g. Perlu ingat, amount untuk setiap bahan adalah sama. Untuk 4 biji telur saiz besar yg saya gunakan, beratnya adalah 240g, jadi saya menggunakan semua bahan bahan dengan berat yg sama. Kecuali gula saya kurangkan sedikit.
  3.  Kemudian pukul butter dan gula sehingga kembang dan pucat.
  4.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  5. Setelah semua bahan sebati, masukkan tepung. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Kaup balik tepung dengan adunan dengan menngunakan sudip / spatula.
  6. Masukkan adunan dalam loyang. Pastikan loyang telah dilapik dengan non-stick paper.
  7. Turunkan suhu oven kepada 170 Celsius degree. 
  8.  Masukkan loyang kedalam oven. Letakkan loyang di tengah2 oven.
  9. Bakar sehingga masak dalam lebih kurang 45 minit. 
  10. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum di belah dua.
  11. Belah kek kepada dua keping. Sapukan jem starwberry di atas lapisan kek. Kemudian letakkan whipping cream yang telah dipukul kental diatas kek tadi. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di atas whipping cream.
  12. Letakkan kepingan kek yg kedua di atas kek yg siap di lapis jem dan cream tadi.
  13. Saya juga menabur gula aising diatas kek yg telah siap untuk kelihatan lebih menarik.
  14. Hiasan mengikut kreativiti masing-masing. 
Selamat mencuba