Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Bingsu melon

Assalamualaikum semua pembaca.  Sekejap sahaja masa berlalu, Ramadan dah berada dipenghujungnya. Semoga Ramadan ini menjadikan kita semua insan yang lebih baik dari yang sebelumnya.  
Mamadee dah banyak kali menyediakan Bingsu sebagai pencuci mulut semasa berbuka puasa.  Ia merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata,  terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Mamadee dah buat Bingu melon dan Bingsu mangga. Dua-dua sedap. 

Bingsu mangga

Yang penting untuk menyediakan bingsu adalah susu segar yang dibekukan. Mamadee masukkan 3 cawan susu segar dan 1 sudu besar susu pekat manis dalam plastik zip bag seperti dalam gambar dibawah. Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku. 






Mamadee guna food processor dari Pensonic untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut. Food processor ni memang memudahkan kerja-kerja di dapur. Macam-macam anda boleh buat dengan menggunakan food processor ini. Memang berbaloi lah untuk memilikinya. 


Setelah susu tersebut beku, keluarkan daripada zip bag trsebut, dan masukkan kedalam food processor. 




Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk. 

Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Mamadee letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.

Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.

Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.

*Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan.


Berbalik kepada barangan Pensonic yang Mamadee gunakan untuk menyediakan resepi ini. Anda semua tahu atau tidak, Pensonic ada mengajurkan peraduan Beli, Tonton & Menang? Mamadee dah menyertainya, anda pula bagaimana?  

 Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 8 Julai 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  1. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
  1. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  1. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  1. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:

  1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
  1. TV LED 43" Pensonic
  1. Pendingin Udara Pensonic4.       
  1. Ketuhar 45L Pensonic  
  1. Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
  1. Penyaman Udara


Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi.

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!


Bahan-bahan perapan

3 ekor sotong saiz besar
2 sudu besar pes tomyam

Bahan-bahan sos
1 biji tomato
5 cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 lada besar
3 tangkai daun ketumbar dihiris 
1 sudu besar bijan goreng
1 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos ikan
garam
gula

Cara-cara
1.  Bersihkan sotong. Kelar sotong tersebut. Sumbatkan kepala sotong kedalam badannya.
2. Lumurkan pes tomyam pada sotong. Perap sebentar  15 minit.
3. Bakar atas kuali non stick, atau arang
4. Bila dah masak angkat dan letakkan dalam pinggan

Cara menyediakan sos
1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Hidangkan sotong dengan parutan mangga, atau betik, atau ulam-ulaman pilihan anda. 



Bahan-bahan
125g susu pekat manis
125g butter
230g tepung jagung


Cara-cara

1. Pukul susu pekat dan butter. Jangan pukul sampai kembang. Pukul manja2 saje guna whisk telur. Kalau pukul sampai kembang nanti biskut mengembang tak cantik.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh.
3. Masukkan adunan kedalam acuan semperit dan tekan atas tray yg telah dialas dengan baking paper.
4. Bakar biskut dalam oven pada suhu 170degree celcius selama 10-17 minit.


Assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Dah start buat biskut raya? Mamadee start awal kali ni, kerana jadual agak sibuk menjelang raya kelak. Buat biskut senang dan ringkas sahaja. Mamadee terlihat biskut comel ni di page masak apa hari ini, resepi dari adik Danish Harraz.  Biskut ini memang sedap menepati citarasa saya dan cair dimulut gitew.. Untuk dapatkan biskut yang wangi dan sedap anda perlu gunakan pure butter.


Mamadee tambahkan coklat rice dalam adunan, jadi adalah crispy sedikit bila gigit biskut itu.





Sumber resepi Adik Danish Harraz

Bahan-bahan
250 grams Pure Butter, dengan suhu bil­ik (cth: Anchor, Lurpak, Golden Churn, SCS)
80 grams Gula Icing
250 grams Potato Starch­/Tepung Pati Kentang
160 grams Tepung Kek atau Superfine­ (mamadee guna tepung gandum biasa)
Beberapa perwarna. 
Esen vanila
Coklat rice (mamadee tambah)


Cara-cara
  1. Panaskan­ oven pada suhu 160° C.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch, ketepikan. Ayak gula icing dalam bekas lain.
  3. Dalam bekas berasingan, pukul butter d­an gula icing dengan mixer hingga kembang. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering tadi dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula hingga menjadi doh yang lembut. 
  5. Kemudian masukkan coklat rice
  6. Jika nak buat versi warna warni, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna , uli rata sekejap hingga mendapat warna yang dikehendaki. 
  7. Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci dan susun ­diatas baking tray yang telah dialas dengan baking paper. 
  8. Kemudian tekan setiap bebola dengan garpu untuk me­ndapatkan corak.
  9.  Bakar dalam oven selama lebih kurang 15 minit, bergntung pada oven masing-masing tapi pastikan biskut tidak dibakar sehingga perang. Sejukkan diatas cool rack dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber resepi daripada kak LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan. Mamadee guna beras biasa sahaja)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam maggie
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)
  • Minyak/Mentega/minyak sapi
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus n kismis (bahan hiasan)
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum
  2. Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
  4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang-lubang kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. Letak berasingan.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)
  6. Bila nasi masak, gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis. Gaul sekata.


Bahan-bahan sambal ijo/hijau (style indonesia)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam cili padi hijau* (kalau nak extra pedas, bergenggam-genggam pun boleh)
2 biji cili hijau besar*
1 biji tomato hijau*
2 helai daun limau purut
2 ekor ikan tamban masin (saya tambah)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara
1. Kukus bahan-bahan bertanda * sehingga agak layu.
2. Sementara itu, goreng ikan masin separuh masak. Setelah siap asingkan tulang dan isi ikan.
3. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan-bahan bertanda * yg telah siap dikukus. Tumbuk kasar-kasar dengan lesung.
4. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan masin tadi, tumis bahan-bahan yg telah siap ditumbuk.
5. Masukkan daun limau purut, garam dan gula.
6. Tumis sehingga naik minyak.







Bahan-bahan kuah
1kg  ikan selayang (rebus, masukkan sedikit garam, ambil isi dan kisar isi ikan dengan air rebusan tadi )
½ kg santan pekat
Air (bergantung kepada kepekatan yang diingini)
2 labu bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
½  inchi halia.*
Garam
1 keping asam keping

Bahan-bahan ulam (mamadee just letak kacang panjang dan kesum, bahan yg lain tiada)
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bunga kantan
Taugeh

Cara penyediaan kuah.
1.                Kisar bahan bertanda *
2.                 Masak santan hingga mendidih.
3.                Masukkan bahan kisar kedalam santan tadi. Sentiasa kacau kuah supaya tidak berketul.
4.                Kemudian masukkan isi ikan, lada hitam dan asam keping. Masukkan air mengikut tahap kepekatan kuah yang anda ingini.
5.                Kacau kuah sehingga mendidih.  Kemudian masukkan garam secukup rasa.
6.                Setelah santan mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan kuah dengan laksa.



Image may contain: food


Bahan-bahan
Kepala ikan
1 sudu teh halba*
1 sudu teh biji sawi*
5 ulas bawang merah dihiris*
2 ulas bawang putih dihiris*
2 hiris halia dipotong panjang-panjang*
2 tangkai daun kari*
1paket serbuk kari ikan
Air asam jawa
Santan
Air
Garam n gula secukup rasa
Lada besar (optional)
Bendi (optional)

Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Tumis bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn air. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan air dan santan.
5. Masukkan air asam jawa dan ikan.
6. Biarkan kuah mereneh dan kuah meresap dlm ikan.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Bila kuah dah hampir menggelegak masukkan lada besar dan bendi.
9. Siap untuk dihidang.


Image may contain: food

1.Tips dari mak saya, beras pulut perlu dibasuh sampai air jernih, jadi pulut lambat basi. 
2. Rendam beras pulut selama 15 minit, campurkan pewarna atau kunyit dan sekeping asam keping.
3.Kukus kali pertama sehingga setengah masak, keluarkan dari periuk pengukus. Campurkan pulut dgn santan + garam. Gaul sehingga semua santan meresap kedalam pulut. 
4. Kukus kali kedua sehingga masak. Setelah pulut masak keluarkan dari periuk pengukus. 
5.Jika gemar sedikit rasa manis, taburkan gula atas pulut yg masih panas dan gaul sehingga sebati.






Bahan-bahan
1 keping dada ayam potong kecil-kecil
3 hiris halia 
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili

Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia
2. Bersihkan beras. Masukkan beras, bawang putih, halia, ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 10 minit.
4. Bila sudah siap, sila rasa. Jika masih kurang garam, boleh tambahkan lagi garam.
5.Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.
* boleh juga disajikan dgn ikan bilis goreng/ ikan kering/ daging goreng