Bingsu melon |
Assalamualaikum semua pembaca. Sekejap sahaja masa berlalu, Ramadan dah berada dipenghujungnya. Semoga Ramadan ini menjadikan kita semua insan yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Mamadee dah banyak kali menyediakan Bingsu sebagai pencuci mulut semasa berbuka puasa. Ia merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata, terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Mamadee dah buat Bingu melon dan Bingsu mangga. Dua-dua sedap.
Bingsu mangga |
Yang penting untuk menyediakan bingsu adalah susu segar yang dibekukan. Mamadee masukkan 3 cawan susu segar dan 1 sudu besar susu pekat manis dalam plastik zip bag seperti dalam gambar dibawah. Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku.
Mamadee guna food processor dari Pensonic untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut. Food processor ni memang memudahkan kerja-kerja di dapur. Macam-macam anda boleh buat dengan menggunakan food processor ini. Memang berbaloi lah untuk memilikinya.
Setelah susu tersebut beku, keluarkan daripada zip bag trsebut, dan masukkan kedalam food processor.
Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk.
Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Mamadee letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.
Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.
*Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan.
Berbalik kepada barangan Pensonic yang Mamadee gunakan untuk menyediakan resepi ini. Anda semua tahu atau tidak, Pensonic ada mengajurkan peraduan Beli, Tonton & Menang? Mamadee dah menyertainya, anda pula bagaimana?
- Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
- 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
- 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
- Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
- PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna
digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan
informasi terkini mengenai peraduan ini.
Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
- Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
- TV LED 43" Pensonic
- Pendingin Udara Pensonic4.
- Ketuhar 45L Pensonic
- Pengisar Nutri De Blender Pensonic
- Penyaman Udara
Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui
senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak
lama lagi.
Pemenang
untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan
peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook
Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari
Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.
Rancangan
‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang
akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod.
Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli,
Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton
& Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana
anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai
RM137,000.00!