Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Nasi hujan panas

By 7:22 AM ,


Sumber resepi daripada kak LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan. Mamadee guna beras biasa sahaja)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam maggie
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)
  • Minyak/Mentega/minyak sapi
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus n kismis (bahan hiasan)
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum
  2. Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
  4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang-lubang kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. Letak berasingan.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)
  6. Bila nasi masak, gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis. Gaul sekata.

You Might Also Like

6 comments

  1. Terima kasih nak mahu cuba dirumah.

    ReplyDelete
  2. Terliur habis tengok gambar tu..sapa suruh blogwalk tengahari kan. ahaha..

    ReplyDelete
  3. Tengok je terus terliur tapi xde masa lagi nak buat..blog saya http://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete