Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Pau gebu sedap dan mudah

By 4:17 AM , , ,



Assalamualaikum semua. Dah hampir ke penghujung tahun 2015. Cepat sangat masa berjalan. Bila dikenang kembali saat hari pertama kami tiba di bumi Brisbane, perasaan bercampur-campur, ada rasa teruja, risau, takut dan gembira. Tapi Alhamdulillah, kami sekeluarga disini dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membantu. Mamadee ingin berkongsi berita gembira, sempena Apreciation Night 2015 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Queensland dan juga Education Malaysia Australia, mamadee dianugerahkan anugerah Research Excellence Award. Alhamdulilah. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas rezeki ini.


Okay berbalik kepada resepi kali ini, biasanya mamadee agak fobia bila menyediakan pau. Kebanyakan resepi yg pernah mamadee cuba, pau akan keras bila sejuk atau dipanaskan balik. Tetapi kali ini, resepi ini, pau tetap kekal gebu. Mamadee buat stok frozen, dan bila dikukus balik keesokan hari, pau masih gebu. Jadi, senang, bila nak bawa bekal ke universiti, just kukus balik dalam 10 minit. Jom lihat resepinya.

Resepi dari Yatie memories.

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

**Inti pilihan anda

Cara-caranya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak-jarakkan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus mamadee mula mengukus)
  6. Kukus 7-10 minit. Balut tudung pengukus
  7. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

You Might Also Like

2 comments

  1. salam puan..ada tak yg kendali..lawat di aust..secara home stay...kami berhajat..nak kenal bumi aust bersama orang melayu d sana dan lawat..kebun apple..musim kutip buah,.dsbnya..emel petisurat34@yahoo.com
    ..testing1227@gmail.com. azman kota bharu

    ReplyDelete
  2. salam puan..ada tak yg kendali..lawat di aust..secara home stay...kami berhajat..nak kenal bumi aust bersama orang melayu d sana dan lawat..kebun apple..musim kutip buah,.dsbnya..emel petisurat34@yahoo.com
    ..testing1227@gmail.com. azman kota bharu

    ReplyDelete