Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

SOTONG BAKAR SPECIAL

By 6:21 AM ,




Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz sederhana
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 sdb cili giling*
sebatang serai-* dihiris halus
1cm kunyit*
3cm halia*
3cm lengkuas*
2 sdb air asam jawa*
1 sdb gula* (saya guna hirisan gula melaka)
sedikit garam*
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam blender. Kisar sehingga lumat
3. Letakkan sotong di atas aluminium foil.
4. Curahkan bahan kisar tadi keatas sotong.
5. Tabur daun limau purut dan daun kunyit yg telah dihiris halus.
6. Bungkus sotong dengan aluminium foil
7. Bakar sehingga masak dlm oven/ letakkan dlm kuali tanpa minyak dan ditutup dgn penutup periuk (bakar sekejap sahaja dlm 10-15 minit, kerana sotong cepat masak, jika terlalu lama dimasak, rasa manis sotong akan hilang)

You Might Also Like

0 comments