Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

NASI AIR KELANTAN RESEPI IBU

By 5:05 PM



Resepi nasi air ini Kelantan  ini adalah resepi daripada ibu saya. Nasi air cukup terkenal di Kelantan dan senang didapati di warung-warung di sekitar negeri Kelantan. Nasi air Kelantan sedikit berbeza daripada bubur nasi.  Jom lihat resepinya.




Bahan-bahan nasi (utk 2-3 orang)

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang/daging
3 hiris halia*
2 ulas bawang butih*
sebatang serai *
garam
(bahan bertanda * perlu diketuk)

Bahan-bahan sup

5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kayu manis
buah pelaga
bunjut sup

Bahan-bahan aksesori

ikan bilis goreng
daging goreng (dipotong kiub kecil-kecil dan digoreng)
sayur kobis dihiris halus
daun sup
bawang goreng
sayur jeruk
lada sulah
daun sup


Cara penyediaan nasi
  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk (air ini akan digunakan untuk menyediakan sup dan juga memasak nasi)
  2. Basuh beras sehingga bersih.
  3. Kemudian masukkan halia, bawang putih, serai yang telah diketuk/titik dan sedikit garam kedalam periuk yang berisi beras.
  4. Masukkan air rebusan tulang & daging kedalam periuk yang berisi beras tadi. Anggaran nisbah air dan beras adalah air perlu sekali ganda lebih banyak daripada sukatan air utk memasak nasi biasa.Masak nasi seperti biasa. (Nasi perlu sedikit lembik drp biasa).

Cara penyediaan sup
  1. Tumis kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. (Tips utk mendapatkan sup yg enak, saya memasukkan garam dan gula dalam tumisan bawang, goreng sehingga bawang bertukar warna perang gelap. Karamel drp gula hangus akan menjadikan sup lebih sedap).
  2. Masukkan air rebusan tulang/daging kedalam periuk.
  3. Masukkan bunjut sup.
  4. Masukkan garam secukup rasa.

Cara hidangan
  1. Sendukkan nasi yang telah masak kedalam mangkuk
  2. Letakkan ikan bilis, daging goreng, daun sup, bawang goreng, sayur kobis, sayur jeruk dan lada sulah kedalam mangkuk.
  3. Sendukkan kuah sup kedalam mangkuk
  4. Sedia untuk dimakan.

You Might Also Like

8 comments

  1. @maisarah thanks, nanti boleh cuba resepi ni ..hehe

    ReplyDelete
  2. Ada satu lagi rencah iaitu sambal ikan mangga, Masa duduk di Kelantan ini juga salah satu rencah nasi air. Bakar ikan kembung, amik isinya, tumbuk cili padi, ikan kembung dan mangga muda, garam dan gula ikut rasa. perahkan asam limau.

    ReplyDelete
  3. @rositakhan memang sedap sgt kalau makan dgn sambal pauh tu.. kecur air liur dah ni

    ReplyDelete
  4. Nasi Air ni selalu juga dengar kawan dok kata, tapi tak pernah cuba lagi.
    Dah ada reseki boleh la try.. tq sbb share

    ReplyDelete
  5. Saya dh cuba resepi ni. ..alhamdulillah ank2 suka..

    ReplyDelete
  6. Rindunya nasi air..lamo tok blk kampung. .

    ReplyDelete