Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

BUKU RESEPI MAMADEE

By 8:05 PM , , , , ,

Alhamdulilah akhirnya buku-buku resepi Mamadee berjaya diterbitkan. Sejujurnya, tidak pernah terlintas di fikiran Mamadee suatu hari nanti Mamadee akan mempunyai buku resepi sendiri. Segalanya bermula dengan tawaran dari En. Hisham dan juga pihak MPH setahun yang lalu . Ketika menerima tawaran tersebut, terasa bagaikan bermimpi.

Mamadee diberi tempoh setahun untuk menyiapkan tiga buah buku resepi. Mamadee sangat bersyukur kerana pihak En Hisham dan MPH sangat memahami komitmen Mamadee sebagai pelajar disini. Pelajaran dan keluarga tetap menjadi keutamaan, jadi Mamadee menyusun jadual untuk mencuri ruang masa untuk menyiapkan resepi-resepi yang dimuatkan dalam buku-buku resepi ini. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dengan sokongan suami.

Dalam siri blogger masakan ini, terdapat tiga buah buku iaitu:


Masakan Pantai Timur






Masakan Thai





Snek Parti



 Buku-buku ini boleh didapati di MPH, Kinokuniya dan Borders seluruh Malaysia dan Singapura. 

Selain itu, anda juga boleh membuat pembelian secara online di sini. Pembelian secara online akan menerima 15% diskaun.


Dan yang paling penting, terima kasih buat semua pembaca blog Mamadee, walaupun blog Mamadee tidaklah popular mana tetapi anda semua masih setia berkunjung ke sini.  

You Might Also Like

9 comments

  1. Wah! Tahniah Mamadee... akhirnya impian menjadi kenyataan! Teruskan usaha meriah-meriahkan dunia masakan tanahair kita!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Tahniah buat mamadee yang tentunya sangat tekun untuk menyiapkan buku-buku ini memandangkan kesibukan tugas sebagai pelajar, ibu dan isteri menuntut komitmen yang tak terhitung tanggungjawabnya. Apapun, kak Ita rasa, kerana minat yang mendalam menjadikan impian menjadi kenyataan kerana di mana ada kemahuan.., di situ ada jalan. Semuga selepas ini mamadee akan teruskan menulis dan berkongsi ilmu masakan sebagai sumbangan untuk meeriahkan lagi dunia masakan tanahair yang semakin berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, Terima kasih kak ita. Amiin, semoga kita semua terus berjaya pada masa hadapan

      Delete
  4. Salam..puan ada facebook tak

    ReplyDelete
  5. Salam..puan ada facebook tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sis boleh tekan icon FB pada bahagian kanan blog saya

      Delete
  6. Salam..puan ada facebook tak

    ReplyDelete