Kek pisang gebu
Assalamualaikum. Lamanya tak update blog. Banyak resepi tersimpan dalam draf. Sibuk sangat sekarang..doakan agar mamadee berjaya submit thesis mamadee dalam masa terdekat ini ye.
Berbalik kepada resepi ini, sebenarnya dah byk kali mamadee buat resepi kek pisang ni. Memang sedap dan gebu. Tetapi kali ni, bila nak buat kek ni, baru perasan telur ada 2 biji sahaj di dapur..tak cukup sebiji telur. Terpaksa derhaka resepi ni kali ni. Mamadee cuba lebihkan pisang dan guna 2 biji telur sahaja. Tak sangka..kek menjadi lebih sedap dan pisang lebih terasa. Kek juga kekal gebu.
KEK PISANG GEBU
150 gm pisang (mamadee letak 250g pisang)
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur (mamadee letak 2 biji telur)
120ml minyak masak
1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
2. Pisang dilecek dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan.
4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata. Masukkan minyak. Gaul sekata.
6. Bakar pada suhu 170˚C sehingga 45minit @ masak.
7. Sejukkan dulu kek di atas redai baru keluarkan dari acuan..Sedia untuk dhidangkan..
*baking powder dan soda bikarbonate jangan terlebih letak.
0 comments