Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Ayam bakar oregano

By 6:26 PM , ,





Assalamualaikum semua. Kali ini mamadee nak kongsi satu resepi yang ringkas dan sedap. Ayam ni mamadee makan begitu sahaja dengan chips dan salad. Tapi kalau nak makan bersama nasi putih pun sedap juga. Ayam ini juga juicy (tipsnya jangan bakar ayam terlalu lama, dan jangan guna suhu oven yang terlalu tinggi) dan bawang besar yang ditabur atas ayam, memberikan rasa manis-manis bawang dan sedap.


Mamadee ada terbaca tips dari blog mamak haji, untuk sediakan ayam bakar yang sedap, kombinasi asid (dari jus limau atau cuka), garam dan gula mesti ada, barulah ayam bakar yang dihasilkan sedap. Memang menjadi tips dari mamak haji ni.

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air limau nipis/ lemon
3 sudu teh oregano kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu Bawang besar holland

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Mamadee belah dua ayam.
2. Campurkan semua bahan kecuali bawang besar. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan tadi. Perap selama 2-3 jam. Atau minimum 30 minit.
3. Panaskan oven, atau boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau bakar sahaja didalam kuali non-stick.
4. Bakar ayam sehingga separuh masak, kemudian taburkan bawang besar holland yang telah dihiris nipis.
5. Sambung bakar ayam tersebut sehingga masak. Jangan bakar terlalu lama, jika tidak ayam akan menjadi kering, tak sedap. Mamadee bakar dalam oven pada sushu 160 darjah celcius selama 30-40 minit.
6. Setelah siap bolehlah dihidang, boleh dimakan bersama nasi atau dihidang dengan chips dan salad.

You Might Also Like

0 comments