Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Kek pandan cheese

By 7:03 PM



Assalamualaikum. Dah lama blog tak terupdate. Sibuk memanjang. Tambahan pula sekarang saya sudah menghampiri tahun kedua dalam pengajian PhD. Setiap tahun akan ada exam khas untuk menilai progress kajian. Exam pertama dah berjaya lulus, exam kedua adalah pada bulan Julai nanti. Sekarang data kajian dah berjaya dikumpul, sekarang cuma tinggal proses menganalisis dan menulis. Cabaran menulis lebih terasa bila perlu menulis dalam bahasa asing.  Bagi saya setiap peringkat dalam pengajian ada cabaran tersendiri. Rabbi yassir wala tu'assir. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan jalan untuk saya menuntut ilmu. Doakan mamadee berjaya ye.


Berbalik kepada resepi kali ini, sebenarnya resepi ni dah pernah ada dahulu, so ini adalah ulang tayang.hehe. Hari minggu lepas, suami kepada rakan saya di Brisbane menempah kek ini untuk hari lahir isterinya. Kiranya surprise untuk isteri tersayang. Alhamdullilah mereka sangat gembira dengan kek yang saya sediakan ini. Rasa puas hati bila melihat both of them senyum sampai telinga bila tengok kek ini. Actually saya dah lama teringin nak buat kek ala2 bunga k-pop yang tengah intrend sekarang. Tapi tak berpeluang enroll dalam mana-mana kelas  lagi. So saya browse through youtube, cari tutorial membuat bunga rose kuncup. Tapi tak ada. At last saya terjumpa tutorial di blog kak azlita. Cara membuat rose kuncup. Thank you very much kak ita.! Terketar-ketar juga tangan nak membuat bunga-bunga ni. Mamadee tak biasa piping bunga. Kena banyakkan praktis lagi.

Kek pandan kali ini mamadee layerkan dengan cream cheese. Manakala untuk salut kek dan buat bunga, mamadee guna swiss meringue buttercream. Sorry gambar kek yang dah dipotong tak ada. Tak sempat ambil gambar semasa surprise party tu, tengok2 dah habis. hehe. Jom tengok resepi.

Untuk kek pandan (lloyang 9 inchi)

Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Lapik dasar loyang dengan baking paper. Bahagian tepi loyang tak perlu sapu apa-apa. Masukkan adunan kedalam loyang.
 9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus keluarkan kek dari oven. Biarkan dalam 3-4 minit. Kemudian gunakan pisau untuk keluarkan kek dari loyang. Guna pisau untuk potong tepi kek dari loyang. Kemudian terus terbalikkan kek ke atas redai kek selama 2 minit.. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11.Sejukkan kek atas redai
Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
Resepi swiss meringue buttercream
3 biji putih  telur.
110g gula caster.
150g unsalted butter ( suhu bilik)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara.
1. Campurkan putih telur dan gula ke dalam bekas kalis panas. Panaskan secara double boil atas periuk yg mengandungi air panas. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk.  Kacau sehingga suhu telur mencapai 60darjah celcius. Gunakan candy termometer untuk menyukat suhu telur. (jika tak ada termometer, hanya pastikan semua gula telah cair barulah berhenti memanaskan telur tersebut. Cuba rasa sedikit adunan telur dengan  menggunakan jari, jika masih rasa berpasir, gula masih belum hancur sepenuhnya).

2. Pukul adunan telur sehingga kental. dan bekas terasa sejuk.

3. Perlahankan mixer, dan campurkan butter sedikit demi sedikit. (Butter dipotong dadu). Sebelum mencampurkan butter seterusnya, pastikan butter yg telah dimasukkan sebelumnya dalam adunan telur putih telah sebati bercampur. Pukul dengan mixer lebih kurang selama 5 minit. Biarkan semua Bercampur sebati.

5. Campurkan vanilla dalam adunan tadi. Pukul sehingga sebati.

6. Sedia untuk dipaipkan atas kek.


Cara assemble kek
1. Biarkan kek sejuk atas redai.
2. Kemudian belah kek kepada 3 lapisan. (belah kek bila cream cheese dah siap. Jika tidak kek akan kering)
3. Masukkan cream cheese dalam piping bag. Potong hujung piping bag. Dan piping secara bulatan atas setiap lapisan kek. (Mamadee suka guna cara ini sebab lebih kemas dan tak comot)
4. Kemudian, salutkan kek dengan swiss meringue buttercream. Hias mengikut citarasa masing-masing.

You Might Also Like

4 comments