Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

KUIH CARA PANDAN

By 3:27 AM


Assalamualaikum semua. Hari ini mulanya 1 Ramadhan di bumi Brisbane. Tahun ini, sekali lagi kami berpuasa ketika musim sejuk. Waktu berpuasa tidak begitu panjang jika dibandingkan dengan Malaysia. Untuk berbuka petang ini, saya menyediakan kuih cara sebagai pembuka hidangan. Sebenarnya acuan kuih cara ini dari tahun lepas lagi saya membelinya, Tapi tahun ini baru hendak dirasmikan. hehe. 


Adunan untuk membuat kuih cara ini juga sangat mudah. Resepi ini saya ambil dari dapur che mat gebu. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara  atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam kenal Mama Dee... tentu rindu dengan kuih muih tradisi ye...tambah pula bulan puasa begini jauh di rantau.

    ReplyDelete
  2. @AmieWslm aimie, a'ah rindu sangat degan bazar ramadha. bestnye mesti meriah kat Malaysia skrg.

    ReplyDelete