Sunday, February 23, 2014

CHURROS


Anak saya sgt menggemari churros, sebatang churros tidak cukup untuk dia seorang. Kalau di sini, sebatang churros biasanya berharga AUD3 jika dibeli di pasar pagi. Churros yg bagus adalah rangup di luar dan sedikit chewy didalam. Anda boleh menikmati churros dgn menabur gula atau serbuk cinnamon di atasnya. Churos juga lazat dicicah dengan sos coklat.Cara membuatnya juga sgt senang. Churros adalah kategori choux pastry, sama seperti cream puff.  Saya mengambil resepi ini dari All recipe.com setelah melihat review yg bagus daripada pembaca. Jom lihat resepinya.



Ingredients


Bahan
1 cawan air
½ sudu teh garam
1 cawan tepung gandum
2 ½ sudu besar gula pasir
2 sudu besar minyak masak

Bahan untuk salut
Gula kaster
Serbuk kulit kayu manis (jika suka)

Cara-cara membuat:
1.           Campurkan air, gula, daram dan minyak di dalam periuk. Panaskan sehingga menggelegak.
2.           Alihkan periuk dari dapur dan masukkan tepung ke dalam periuk tadi. Kacau dengan menggunakan sudip kayu sehingga adunan menjadi doh bulat dan tidak melekat pada periuk.
3.           Panaskan minyak dalam kuali.
4.           Masukkan doh tadi kedalam piping bag. Gunakan nozzle tip berbentuk bintang.
5.           Setelah minyak panas, paipkan doh tadi kedalam minyak. Guna api sederhana kecil, untuk menggoreng churros.
6.           Setelah siap digoreng, bolehlah disalut dengan gula dan serbuk kulit kayu manis.
Churros juga enak dimakan bersama coklat cair



AYAM PENYET


Terasa rindu pula dengan nasi ayam penyet Wong Solo Bangi. Di Brisbane ini juga banyak terdapat restoran masakan Indeonesia yang halal. Antara yang menjadi kegemaran kami sekeluarga adalah restoran Shalom dan  warung Sendok Garfu, yang menyajikan masakan authentic Indenesia. Kali ini saya memasak nasi ayam penyet dengan menggunakan resepi kak wan dari dapur citarasawan. Memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepi.

Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 nos  ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar
     kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan
     bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
    hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal.
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing
    /rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
    Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup
    api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada
     suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau
     lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan
    panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau
    gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan
     sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan
     sambal sebelum disajikan

Monday, February 10, 2014

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN

Sekarang bermacam penyakit dtg berpunca dari makanan.  Risau juga bila umur makin meningkat tubuh badan tidak sama lagi cergas dan sihat spt zaman remaja dulu. Tidak salah untuk menikmati pelbagai makanan namun perlulah seimbang dan kalau boleh cubalah masak dengan cara yang lebih sihat. Kali ini saya menyediakan kari kepala ikan tanpa menggunakan santan.  Suami saya lebih menggemari kari tanpa santan ini, menurutnya rasa tidak muak dan lebih sedap. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan.
2 kepala ikan (saya gunakan kepala ikan salmon)
7 ulas bawang merah
2 hiris halia
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
Asam jawa
1 biji tomato
Carrot (optional)
Garam

Cara-cara
1. Kisar bawang merah dan halia.
2. Tumis halba, biji sawi dan daun kari shg naik bau.
3. Masukkan bawang dan halia yg telah dikisar ke dalam periuk.
4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan kari tadi kedalam periuk. Tumis shg naik bau.
5 . Kemudian masukkan air asam jawa dan juga 2 cawan air. Biarkan shg mendidih.
6. Kemudian masukkan ikan.
7. Masukkan lobak merah.
8. Setelah ikan hampir masak, masukkan tomato.
9. Masukkan garam secukup rasa.
10. Siap dan sedia untuk dihidang.

Saturday, February 8, 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE

Sekarang nmpaknya ramai yang mula demam kek Victoria Sadwich ni. Kek ini adalah kek classic English. Menurut pakcik Google, kek Victoria sandwich ini merupakan kek kegemaran Ratu Victoria dan disajikan sebagai hidangan minum petang. Resepinya sangat mudah. Nisbah tepung, gula,telur dan mentega adalah sama banyak. Tetapi saya kurangkan sedikit amaun gula, takut manis sgt, nasib baik kek masih menjadi (Jangan kurangkan gula terlalu banyak, akan mempengaruhi "cake moisture"). Saya mohon maaf kerana tidak sempat mengambil gambar pandangan sisi kek ini (anak dah tunggu tak sabar nak makan).  Kek ini di lapis (sandwich) dengan whipping cream dan jem strawberry. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di antara dua keping kek tersebut.
Granny's Victoria sponge
(Pandangan sisinya mcm ini lah. Gambar pinjam drp BBC Good Food Web)

Jom tengok respinya.

Bahan-bahan.
 4 biji telur saiz besar (240g)
240 g tepung naik sendiri
240 g butter
200 g gula caster.
jem strawberry.
Whipping cream. (Pukul sehingga kental)


Cara-caranya.
  1.  Panaskan oven 200 Celsius degree 
  2.  Pecahkan telur dan timbang berapakah berat telur. Jika berat telur adalah 200g, maka tepung, butter dan gula juga perlu 200g. Perlu ingat, amount untuk setiap bahan adalah sama. Untuk 4 biji telur saiz besar yg saya gunakan, beratnya adalah 240g, jadi saya menggunakan semua bahan bahan dengan berat yg sama. Kecuali gula saya kurangkan sedikit.
  3.  Kemudian pukul butter dan gula sehingga kembang dan pucat.
  4.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  5. Setelah semua bahan sebati, masukkan tepung. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Kaup balik tepung dengan adunan dengan menngunakan sudip / spatula.
  6. Masukkan adunan dalam loyang. Pastikan loyang telah dilapik dengan non-stick paper.
  7. Turunkan suhu oven kepada 170 Celsius degree. 
  8.  Masukkan loyang kedalam oven. Letakkan loyang di tengah2 oven.
  9. Bakar sehingga masak dalam lebih kurang 45 minit. 
  10. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum di belah dua.
  11. Belah kek kepada dua keping. Sapukan jem starwberry di atas lapisan kek. Kemudian letakkan whipping cream yang telah dipukul kental diatas kek tadi. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di atas whipping cream.
  12. Letakkan kepingan kek yg kedua di atas kek yg siap di lapis jem dan cream tadi.
  13. Saya juga menabur gula aising diatas kek yg telah siap untuk kelihatan lebih menarik.
  14. Hiasan mengikut kreativiti masing-masing. 
Selamat mencuba




Wednesday, February 5, 2014

GULAI DARAT IKAN/ BELUT KELANTAN

Bila berada  di perantauan, rindu pada masakan Malaysia memang tidak dpt dinafikan. Kebetulan,  kami terjumpa belut ada dijual disini. Gembira dan teruja. Suami meminta saya memasak gulai darat kelantan.  Gulai darat ini juga boleh dimasak dgn menggunakan ikan keli atau ikan sungai. Memang sangat sedap dan cara memasak juga sgt senang. Kenapa dipanggil gulai darat? kerana utk memasak gulai ini semua bahan dicampur terlebih dahulu dlm periuk (atas 'darat') sebelum di letak di atas dapur. Sebab itu lah org2 tua menamakan gulai ini gulai darat..hehe  Jom lihat resepinya.

Bahan2
Belut atau ikan
5 ulas bawang merah*
1 inchi lengkuas*
I inchi kunyit*
4 tangkai cili padi*
Seikat daun kesum
1 1/2 cwn santan cair.
1 kpg asam keping
Garam

Cara-cara

1. Belut atau ikan sungai yg diguna sebelum dimasak perlu direndam dlm air asam jawa terlebih dahulu. Rendam lbh kurang 10 minit utk hilangkan hanyir.
2.Kisar semua bahan bertanda.
3. Kemudian masukkan bhn kisar, santan , asam keping dan belut ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih,  kemudian masukkan daun kesum dan garam.
5. Siap




Tuesday, February 4, 2014

UDANG BIJAN GORENG RANGUP BERSAMA SOS MASAM MANIS

Kebelakangan ini saya sangat sibuk membuat persiapan untuk pembentangan proposal defend. Alhamdullilah, walaupun sgt mencabar, saya dapat mengharunginya shg ke saat ini dgn sokongan keluarga dan supervisor. Draft dokumen semakin diperbaik, supervisor byk membimbing, beliau tidak akan dengan mudah memberikan jalan penyelesaian, tetapi akan membimbing saya berfikir dgn sendiri mencari solusi.
Saya rasa kalau saya di Malaysia jika sibuk macam ni pasti banyak lauk kedai sahaja setiap hari..he2.  Sibuk macam mana pun tanggungjawab sbg ibu dan isteri utk menyediakan makanan yg halal tetap diteruskan.Setiap pagi sebelum ke universiti, merupakan masa yg paling sibuk bagi saya utk menyiapkan juadah. Sebab itu saya menggemari resepi yg ringkas shj.
Resepi ini merupakan resepi spontan yg saya masak, namun hasilnya tidak mengecewakan. Kadang2 kita jgn takut mencuba menghasilkan resepi baru. Ok, jom lihat resepinya.

Bahan2
8 ekor udang saiz sederhana
1cawan tepung jagung
1cawan potato starch
1sudu teh serbuk bwang putih (kalau tiada boleh cincang bawang putih)
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu besar bijan
Sedikit garam

Bahan2 sos
2 ulas bawang putih
Carrot dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1sudu besar tepung jagung
1cawan air.


Cara2
1. Campurkan serbuk bawang putih,lada sulah dan garam kedalam tepung jagung.
2.Didalam bekas lain campurkan potato starch bersama bijan.
3. Kemudian, ambil udang dan lumurkan dengan campuran tepung jagung.
4. Celup udang ke dalam air dengan cepat dan angkat kemudian lumurkan dgn campuran potato starch. (Tip utk udang rangup, jangan gunakan telur, celup dlm air shj).
5. Goreng shg garing.


Cara2 menyediakan sos.
1.tumis bawang putih.
2 masukkan semua bahan2 kecuali tepung jagung.
3. Masak sehingga mendidih. Kemudian campurkan bancuhan tepung jagung.
4. Siap. Curahkan sos atas udang tadi. Taburkan bijan untuk hiasan.

Monday, February 3, 2014

AYAM TOMATO MASAK MERAH CIK ANI

Pertama kali saya menikmati hidangan ini adalah ketika berkunjung ke rumah rakan  saya Farhani di Brisbane.  Rasanya seakan-akan gulai darat kelantan/ gulai kawah dan juga kuzi,  tetapi tidak berlemak kerana ia tidak menggunakan santan tetapi menggunakan tomato puri. Menurut rakan saya, ini adalah hidangan org johor, dimakan bersama nasi impit dan sambal goreng.  Namun demikian, hidangan ini juga enak dimakan bersama nasi putih. Terima kasih Ani kerana berkongsi resepi yg lazat ini.

Bahan-bahan

Ayam
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 hiris halia *
5 tngkai cili kering*
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 cawan tomato puri

Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Tumis bhn yg telah dikisar dlm periuk.
3. Masukkan serbuk jintan manis, jintsn putih dan ketumbar. Tumis shg naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam  dan sedikit air. Gaul sebati
5. Masukkan tomato puri.
6. Masak shg mendidih,  kemudian masukkan garam, gula dsn serbuk perasa.
7. Siap.

Sunday, February 2, 2014

BUTTER PRAWN

Dari dulu saya memang tak pernah pandai membuat egg floss yg ditabur di atas butter prawn.  Puas sudah melihat teknik membuat egg floss di you tube,  tapi masih tidak menjadi. Walaubagaimanapun,  rasa butter prawn ini tidak menghampakan, sedap walaupun egg flossnye tidak cantik. Saya ambil resepi ini drp dapur kak azie. Cantik sungguh egg floss buatan kak azie. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi azie kitchen.


Egg floss:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak


  1. Pukul ringan kuning telur. 
  2. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  3. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
  4. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa


  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  2. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
  3. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp


PASTE TOMYAM THAI


Kebiasaanya, jika menyediakan tomyam saya hanya menggunakan paste tomyam ready made yang dibeli dikedai. Walaubagaimanapun, sehari dua ini ada sedikit kesedaran untuk mengurangkan makanan yg mengandungi pengawet. Risau juga dgn pelbagai penyakit zaman moden yg berpunca drp makanan.  Jadi kali ini saya menyediakan sendiri tomyam paste. Cara membuat paste ini tidaklah sukar. Saya mengambil resepi ini drp Azie kitchen. Jom lihat resepinya.

Tom Yam Thai
Sumber resepi http://aziejaya.blogspot.com.au/2012/06/tom-yam-thai-yang-sedap.html: Azie Kitchen

Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering (Saya tak letak, sebab tk jumpa cari di Brisbane)
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar (Saya tak letak juga, sebab alergik)
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:

  1. Semua bahan di atas di kisar.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 
  5. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.



Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (saya tak letak sebab x ada stok dlm fridge)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam (Saya tak letak)
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (saya tak letak)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung


Cara cara:

  1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 
  2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar. 
  3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
  4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.