Kebiasaanya, jika menyediakan tomyam saya hanya menggunakan paste tomyam ready made yang dibeli dikedai. Walaubagaimanapun, sehari dua ini ada sedikit kesedaran untuk mengurangkan makanan yg mengandungi pengawet. Risau juga dgn pelbagai penyakit zaman moden yg berpunca drp makanan. Jadi kali ini saya menyediakan sendiri tomyam paste. Cara membuat paste ini tidaklah sukar. Saya mengambil resepi ini drp Azie kitchen. Jom lihat resepinya.
Tom Yam Thai
Sumber resepi http://aziejaya.blogspot.com.au/2012/06/tom-yam-thai-yang-sedap.html: Azie Kitchen
Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering (Saya tak letak, sebab tk jumpa cari di Brisbane)
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar (Saya tak letak juga, sebab alergik)
Air asam jawa
Gula dan garam
Cara cara:
- Semua bahan di atas di kisar.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
- Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
- Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (saya tak letak sebab x ada stok dlm fridge)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam (Saya tak letak)
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (saya tak letak)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung
Cara cara:
- Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
- Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
- Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
- Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
ok d..tp biasa chah xletak lenkuas d..;)
ReplyDeleteD selalu ltk lengkuas lps tgk biasa kalau tomyam yg beli kat kedai ada lengkuas..rasa tomyam lg kick..hehe.
Delete