Saturday, February 8, 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE

Sekarang nmpaknya ramai yang mula demam kek Victoria Sadwich ni. Kek ini adalah kek classic English. Menurut pakcik Google, kek Victoria sandwich ini merupakan kek kegemaran Ratu Victoria dan disajikan sebagai hidangan minum petang. Resepinya sangat mudah. Nisbah tepung, gula,telur dan mentega adalah sama banyak. Tetapi saya kurangkan sedikit amaun gula, takut manis sgt, nasib baik kek masih menjadi (Jangan kurangkan gula terlalu banyak, akan mempengaruhi "cake moisture"). Saya mohon maaf kerana tidak sempat mengambil gambar pandangan sisi kek ini (anak dah tunggu tak sabar nak makan).  Kek ini di lapis (sandwich) dengan whipping cream dan jem strawberry. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di antara dua keping kek tersebut.
Granny's Victoria sponge
(Pandangan sisinya mcm ini lah. Gambar pinjam drp BBC Good Food Web)

Jom tengok respinya.

Bahan-bahan.
 4 biji telur saiz besar (240g)
240 g tepung naik sendiri
240 g butter
200 g gula caster.
jem strawberry.
Whipping cream. (Pukul sehingga kental)


Cara-caranya.
  1.  Panaskan oven 200 Celsius degree 
  2.  Pecahkan telur dan timbang berapakah berat telur. Jika berat telur adalah 200g, maka tepung, butter dan gula juga perlu 200g. Perlu ingat, amount untuk setiap bahan adalah sama. Untuk 4 biji telur saiz besar yg saya gunakan, beratnya adalah 240g, jadi saya menggunakan semua bahan bahan dengan berat yg sama. Kecuali gula saya kurangkan sedikit.
  3.  Kemudian pukul butter dan gula sehingga kembang dan pucat.
  4.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  5. Setelah semua bahan sebati, masukkan tepung. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Kaup balik tepung dengan adunan dengan menngunakan sudip / spatula.
  6. Masukkan adunan dalam loyang. Pastikan loyang telah dilapik dengan non-stick paper.
  7. Turunkan suhu oven kepada 170 Celsius degree. 
  8.  Masukkan loyang kedalam oven. Letakkan loyang di tengah2 oven.
  9. Bakar sehingga masak dalam lebih kurang 45 minit. 
  10. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum di belah dua.
  11. Belah kek kepada dua keping. Sapukan jem starwberry di atas lapisan kek. Kemudian letakkan whipping cream yang telah dipukul kental diatas kek tadi. Saya juga meletakkan hirisan strawberry di atas whipping cream.
  12. Letakkan kepingan kek yg kedua di atas kek yg siap di lapis jem dan cream tadi.
  13. Saya juga menabur gula aising diatas kek yg telah siap untuk kelihatan lebih menarik.
  14. Hiasan mengikut kreativiti masing-masing. 
Selamat mencuba




No comments:

Post a Comment