Kebelakangan ini saya sangat sibuk membuat persiapan untuk pembentangan proposal defend. Alhamdullilah, walaupun sgt mencabar, saya dapat mengharunginya shg ke saat ini dgn sokongan keluarga dan supervisor. Draft dokumen semakin diperbaik, supervisor byk membimbing, beliau tidak akan dengan mudah memberikan jalan penyelesaian, tetapi akan membimbing saya berfikir dgn sendiri mencari solusi.
Saya rasa kalau saya di Malaysia jika sibuk macam ni pasti banyak lauk kedai sahaja setiap hari..he2. Sibuk macam mana pun tanggungjawab sbg ibu dan isteri utk menyediakan makanan yg halal tetap diteruskan.Setiap pagi sebelum ke universiti, merupakan masa yg paling sibuk bagi saya utk menyiapkan juadah. Sebab itu saya menggemari resepi yg ringkas shj.
Resepi ini merupakan resepi spontan yg saya masak, namun hasilnya tidak mengecewakan. Kadang2 kita jgn takut mencuba menghasilkan resepi baru. Ok, jom lihat resepinya.
Bahan2
8 ekor udang saiz sederhana
1cawan tepung jagung
1cawan potato starch
1sudu teh serbuk bwang putih (kalau tiada boleh cincang bawang putih)
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu besar bijan
Sedikit garam
Bahan2 sos
2 ulas bawang putih
Carrot dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1sudu besar tepung jagung
1cawan air.
Cara2
1. Campurkan serbuk bawang putih,lada sulah dan garam kedalam tepung jagung.
2.Didalam bekas lain campurkan potato starch bersama bijan.
3. Kemudian, ambil udang dan lumurkan dengan campuran tepung jagung.
4. Celup udang ke dalam air dengan cepat dan angkat kemudian lumurkan dgn campuran potato starch. (Tip utk udang rangup, jangan gunakan telur, celup dlm air shj).
5. Goreng shg garing.
Cara2 menyediakan sos.
1.tumis bawang putih.
2 masukkan semua bahan2 kecuali tepung jagung.
3. Masak sehingga mendidih. Kemudian campurkan bancuhan tepung jagung.
4. Siap. Curahkan sos atas udang tadi. Taburkan bijan untuk hiasan.
No comments:
Post a Comment