Monday, February 10, 2014

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN

Sekarang bermacam penyakit dtg berpunca dari makanan.  Risau juga bila umur makin meningkat tubuh badan tidak sama lagi cergas dan sihat spt zaman remaja dulu. Tidak salah untuk menikmati pelbagai makanan namun perlulah seimbang dan kalau boleh cubalah masak dengan cara yang lebih sihat. Kali ini saya menyediakan kari kepala ikan tanpa menggunakan santan.  Suami saya lebih menggemari kari tanpa santan ini, menurutnya rasa tidak muak dan lebih sedap. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan.
2 kepala ikan (saya gunakan kepala ikan salmon)
7 ulas bawang merah
2 hiris halia
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
Asam jawa
1 biji tomato
Carrot (optional)
Garam

Cara-cara
1. Kisar bawang merah dan halia.
2. Tumis halba, biji sawi dan daun kari shg naik bau.
3. Masukkan bawang dan halia yg telah dikisar ke dalam periuk.
4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan kari tadi kedalam periuk. Tumis shg naik bau.
5 . Kemudian masukkan air asam jawa dan juga 2 cawan air. Biarkan shg mendidih.
6. Kemudian masukkan ikan.
7. Masukkan lobak merah.
8. Setelah ikan hampir masak, masukkan tomato.
9. Masukkan garam secukup rasa.
10. Siap dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment