Friday, December 19, 2014

Sambal pauh/mangga



Assalamualaikum semua. Macam mana cuaca di tempat anda? Sekarang ni musim hujan..musim banjir. Hujan lebat mencurah-curah.  Bila sejuk-sejuk ni sedap makan nasi air panas-panas. Nasi air pula kalau dihidang dengan sambal pauh...memang marvellous. 

Sambal pauh/mangga ni memang sedap,   gabungan masam dan pedas. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
4 ekor ikan selayang/ikan sardin
3 biji mangga muda (mangga kecil2)
5 biji cili padi
Garam secukup rasa.


Cara-cara
1. Rebus ikan dengan air sedikit sahaja.
2. Setelah ikan masak, ambil isi ikan sahaja. Ketepikan.
3. Mangga muda tadi dicincang nipis.
4.Tumbuk hingga lumat cili padi dengan menggunakan lesung.
5. Kemudian masukkan garam dan mangga yg telah dicincang tadi. Tumbuk lagi.
6. Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk kasar-kasar. Gaulkan sehingga semua sebati.
7. Sedia untuk dihidang.


Friday, December 12, 2014

Vanilla bean panna cotta with chocolate ganache


Assalamualaikum semua.  Apa khabar semua pembaca? Sekarang ni cuaca memang sangat panas.  Memang rasa bahang sangat.  Memang sangat nyaman jika dapat makan pencuci mulut yg sejuk. Laju je masuk dalam mulut.

Kali ini saya gandingkan vanilla panna cotta dengan coklat ganache. Memang awesome!!!. Ini kali pertama saya cuba guna vanilla seed yang asli. Memang berbaloi guna vanila seed ni. Aromanya meresap masuk kedalam krim.   

Nak menyediakan panna cotta ni memang simple dan senang..cuba nak kena tunggu adunan betul2 set agak memakan masa. Jadi, jika anda nak makan waktu petang, pagi2 lagi anda perlu menyediakannya.

Jom lihat resepi. Resepi ini dari jamieoliver.com

Bahan-bahan panna cotta
3 sudu besar gelatin (larutkan dalam 1 sudu besar air terlebih dahulu)
120ml susu
500 ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)
60g gula
Sebatang vanila pod (belah dua vanila pod dan scrape vanilla seed dengan pisau)



Bahan coklat ganache
100g coklat compound
200ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)


Cara-cara.
1. Larutkan serbuk gelatin dalam air
2. Masukkan susu, krim, gula dan vanila seed dalam periuk. Panaskan.
3. Bila dah hampir menggelegak campurkan gelatin yg telah dilarutkan tadi. Panaskan sehingga gelatin semua larut.
4. Tutup api. Tuangkan adunan dalam ramekin atau bekas yg sesuai.
5. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cara buat coklat ganache.
1. Potong coklat compound kecil-kecil
2. Panaskan krim secara double boil. 
3. Setelah krim panas, tutup api dan masukkan coklat yg telah dipotong tadi.
4. Kacau dengan whisk sehingga semua coklat cair dan sebati dengan krim



Cara hidang.

1. Keluarkan panna cotta dari peti sejuk
2.curahkan coklat ganache di atasnya.











Saturday, November 29, 2014

Solok ikan


Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti hari ini? Ibu-ibu pula apa juadah istimewa di hari minggu?.

Hari ni saya menyediakan solok ikan. Solok ikan ni sangat popular di Kelantan. Memang sedap di makan dengan nasi panas. Makan macam tu sahaja pun sedap. Saya ambil resepi solok ikan dari buku chef hanieliza 1 hari 1 resepi.

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang
3 ukas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1/2 cawan kelapa parut
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan dibasuh
2. Kikis isi ikan.
3. Tumbuk bawang, lada hitam dan kelapa sehingga lumat.
4. Campurkan telur, isi ikan dan garam dan bahan yang ditumbuk dlm mangkuk.
5. Gaul rata
6. Kepalkan adunan dan leperkan.
7.  Goreng dlm minyak panas dengan api sederhana.
8. Goreng sehingga warna perang dan masak.


Tuesday, November 25, 2014

Ketam telur masin


Assalamualaikum semua. Siapa minat makan ketam? Tempoh hari saya first time cuba makan ketam telur masin di restoran. Boleh tahan sedap jg. Tapi bila tengok harga..telan air liur juga nak membayarnya.

So hari ini, saya masak sendiri ketam telur masin. Jimat dan puas hati. Jom lihat resepinya.


Resepi dari blog dapur kecah

Bahan-bahan:

2 ekor Ketam 
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

Utk goreng ketam

Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

Caranya

1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.



4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 



Thursday, November 20, 2014

Gulai darat Kelantan Ikan keli



Assalamualaikum apa khabar semua? Masak apa untuk makan malam hari ini? Cuti sekolah pun dah bermula sekarang pasti ibubapa semua mempunyai perancangan aktiviti untuk anak-anak.

Dah lama sebenarnya saya masak gulai darat ikan keli ini, tapi baru ada kesempatan untuk update resepi disini. Gulai darat ini merupakan masakan tradisi orang Kelantan. Ini memang salah satu favourite saya.  Saya tak pasti macam mana masakan ini dapat nama as "Gulai darat". Kalau "buaya darat" tu saya tahu la..hehe.


Jom lihat resepi gulai darat ini. Memang sedap jika dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman dicicah budu!!

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli
1 cawan santan
5 ulas bawang merah*
tiga hiris lengkuas*
tiga hiris kunyit*
3-4 tangkai cili padi merah*
Seikat daun kesum
Asam keping
Garam



Cara-cara
1. Bahan bertanda * semua dikisar.
2. Masukkan bahan dikisar, santan, sedikit air dan ikan kedalam periuk.
3. Masak sehingga hampir menggelegak, masukkan daun kesum dan asam keping serta garam secukup rasa.
4. Setelah ikan masak, bolehlah diangkat.


Sunday, November 9, 2014

Puding pelangi kastard koko

Selamat berhujung minggu semua. Apa rancangan hari minggu anda? Petang hari hujung minggu ni, sedap juga jika sajikan puding sejuk-sejuk untuk dimakan seisi keluarga.

Puding ini rasa lemak-lemak dan juga ada sedikit hint of chocolate. Sebab dilapisi juga dengan adunan coklat. Sedap tak rugi cuba resepi dari HaSue ni. Puding ini asalnya dibuat corak marble oleh pemilik resepi ini, tapi saya ubah sedikit dengan buat corak lapis-lapis. Jom tengok resepinya.


Sumber : Ha-sue blog

Bahan-bahan:
13g serbuk agar2
750ml air
200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
80g mentega
1 biji telur
½ tin susu cair | 250g susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah, hijau dan kuning secukupnya 

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk (sama byk). Masukkan serbuk koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 3 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning, hijau dan merah.
  5. Tuangkan satu senduk adunan berwarna merah. Setelah sejuk lapiskan dengan adunan yang warna lain pula.
  6. Ulang sehingga habis.
*Ikut resepi asal Hasue buat corak marble, tapi saya buat lapis-lapis.hehe


Sunday, November 2, 2014

Travel cooker review

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Minggu lepas Mama Dee berpeluang ke Osaka Jepun selama seminggu. Tak sempat lagi nak tulis tentang percutian ke Osaka..huhu. Bila ada masa terluang nanti Mama Dee akan tuliskan tip-tip dan tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Osaka, Kyoto dan Nara. Tapi kali ini Mama Dee nak berkongsi dengan pembaca semua tentang travel cooker yang sangat berguna bila anda mahu bercuti ke tempat yang susah untuk cari makanan halal. Disamping itu anda boleh jimatkan duit dari makan di luar ketika bercuti. Nak2 pula bila ke negara yang mempunyai nilai matawang yang sangat tinggi daripada ringgit.


Tadaaa...Saya beli travel cooker ini di Lazada.com . Anda boleh search "travel cooker" di Lazada.com. Banyak lagi gadget2 memasak yang menarik ada di Lazada. Service Lazada juga memang terbaik. Saya plan nak beli travel cooker ni pun last minute sebelum berlepas ke Osaka. Nasib baik penghantaran dari pihak Lazada sangat cepat. Sehari selepas membuat pembelian, barang dah sampai ke rumah. 

Saya gunakan travel cooker ini untuk masak nasi,masak spaghetti, masak sup, masak bubur nasi sepanjang percutian kami ini. Masak nasi seperti masak atas dapur gas. Bila air dah kering barulah tutup penutup periuk. 

Ini lah stok makanan dlm tin yang saya bawa actually ni dah tinggal separuh stok. Saya juga bawa sedikit beras, spaghetti dan juga kiub ayam.  Memang sangat senang. Tambahan pula anak saya kadang-kadang seleranya sukar dijangka. Sekejap nak makan nasi, sekejap nak makan spaghetti. huhu..



Ini bubur nasi yang saya masak menggunakan travel cooker. Senang sahaja, masukkan beras yang telah dicuci. Masukkan air lebih banyak dari memasak nasi biasa. Kemudian masukkan satu kiub ayam dalam travel cooker. Masak sehingga nasi masak.  Bubur nasi ini saya makan bersama ayam kicap dalam tin.hehe.


Yg ni, resepi spontan. Memang sedap seakan-akan masakan Jepun. Spaghetti sup salmon. Masukkan spaghetti dalam periuk bersama air.  Masukkan kiub ayam. Setelah spaghetti masak, masukkan ikan salmon dan juga sotong kering. Salmon dan sotong kering memang senang untuk ditemui di Jepun. Tak sangka masakan spaghetti sup salmon ini memang sgt sedap..haha.


Manakala ini pula sambal salmon yg dimasak ekspress menggunakan travel cooker ini. Sebenarnya saya beli sambal udang dalam tin. Tapi bila buka seekor udang pun tak ada. Jadi saya masukkan hirisan ikan salmon dlm sambal dan masak dgn gunakan travel cooker. Hehe.







Kesimpulannya, travel cooker ini memang sangat berguna. Saya senaraikan kelebihan dan kekurangan travel cooker ini.

Travel cooker 1.8 liter (dah sangat cukup besar untuk kami anak beranak)
harga : RM89.00

Kelebihan
-Ringan
-Senang digunakan
- Sangat berguna untuk masak pelbagai jenis makanan
- Harga berpatutan

Kekurangan
- Berhati-hati semasa membasuhnya, kerana periuk dan base di attach sekali. 




Tuesday, October 21, 2014

Giant bubbles recipe


Sempena cuti deepavali kami sekeluarga keluar beriadah di taman tasik cempaka. Memang meriah, ramai orang keluar beriadah bersama keluarga. Kebetulan di situ ada orang menjual giant bubble.  Untuk 100ml rm2, 200ml rm3. Ilham nampak sgt enjoy bermain giant bubble. Memang tak cukup sekadar 200ml. 

Balik kat rumah kami cuba untuk buat sendiri giant bubble.  Senang sahaja rupanya cara nak buat giant bubble ni.

Saya tengok resepi ini dari website happyhooligans.com. Kebetulan bahan-bahan memang dah ada kat rumah. Cuma gliserin sahaja yang saya singgah beli di kedai bahan bakeri. Murah sahaja, sebotol kecil harganya rm1.30.

Dah lepas siapkan adunan giant bubble di rumah, bukan sahaja ilham yg teruja nak bermain giant bubble,  mama dan abah pun join sekali.


Jom lihat resepinya.

6 cawan air
1/2 cawan cecair pencuci pinggan (anda juga boleh gunakan syampu pencuci kereta)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar gliserin





Cara membuatnya.

1. Campurkan tepung jagung dengan air. Kacau perlahan-lahan dengan whisk.
2. Setelah tepung larut dalam air, masukkan bahan-bahan selebihnya dalam air. Kacau perlahan-lahan.
3. Biarkan ia set dahulu selama sejam. 
4. Sambil-sambil tu kita sediakan wand untuk bermain giant bubble ini.


5. Saya gunakan 2 btg straw dan tali.
6. Masukkan tali kedalam straw.
7. Bentukkan seperti dlm gambar di atas.

Cara bermain, celupkan wand yg telah dibuat kedalam air bubble yg kita dah sediakan tadi.
*bentuk wand tadi perlu diubah2 bergantung kepada keadaan.  
*awal2 mmng bubble yg dihasilkan cepat pecah, tapi bila dah lama sedikit ia semakin okay. Bubble yg dihasilkan juga semakin besar.

Sunday, October 19, 2014

Ketam 3 rasa


Masak apa hari ini? Pastinya ibu-ibu yang bekerja sangat menggemari hidangan ringkas dan lazat untuk disajikan kepada keluarga. Saya tidak terkecuali.  
Kali ini saya ingin berkongsi resepi ketam 3 rasa yang ringkas dan senang serta sedap. 


Bahan-bahan
2 ekor ketam
3 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos plum*
2 cawan air*
2 sudu teh lada sulah*
2 sudu teh gula*
sedikit garam*
3 ulas bawang putih.


Cara-cara.
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan bertanda *. Masak sehingga naik bau
3. Masukkan ketam. Biarkan mendidih sehingga ketam masak.

Thursday, October 16, 2014

Kek coklat kukus moist


Salam sejahtera semua. Lama sangat rasanya saya tidak baking cake.  Maklumla rumah kat sini tak ada oven dan mixer. I miss my kitchen in Brisbane!!!..huhu. Dua tiga hari lepas cik abang cakap terasa nak makan kek. Asyik beli kek kat kedai je semenjak balik ke Malaysia, haruslah sekali sekala nak makan kek air tangan isteri terchenta. haha.

Otak ligat mencari idea, kek apakah yang paling senang yang tak perlu guna mixer dan oven. Aha..pastinya kek coklat kukus. Bagi saya resepi kek coklat kukus ini adalah yang paling senang dan juga sedap. Anda perlu pastikan sukatan bahan-bahan adalah tepat. Resepi ini dah beberapa kali saya cuba, memang menjadi. Resepi ini saya ambil dari blog kak ita masam manis.

Oleh kerana saya tidak ada loyang kek kat rumah ini, jadi saya masukkan adunan kek dalam cawan kertas. Lagi senang dimakan. Curahkan ganache coklat di atasnya dan sedia untuk dihidang.

Bahan A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... (saya gunakan susu coklat UHT, kek lagi sedap bercoklat)
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn A gaul sebati dan masak atas api perlahan.
*rehat kejap bila bahan dah sebati.

Bahan B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu teh
baking powder 1 sudu teh
*semua bhn di ayak

Bahan C:
telur 4 biji (masukkan dalam blender sahaja)


Cara-cara

1. Satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A secara berselang seli. Kaup balik dengan sudip kayu
2. Bila dah sebati masukkan  dlm loyang yg dsapu myk (saya gunakan cawan kertas cupcake)
3. Kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang). Test cucuk dengan lidi klu tak melekat dikira sudah masak

*p/s...loyang kena panaskan dahulu sebelum masukkan adunan kek td.

Resepi ganache coklat

250g whipping cream
350g coklat masakan (saya guna compound cooking chocolate)

Cara-cara
1. Panaskan cream secara double boil.
2. Potong coklat kecil-kecil
3. Setelah cream panas, masukkan coklat dan kacau dengan gunakan whisk
4. Matikan api, dan terus kacau sehingga semua bahan bercampur sebati

Wednesday, October 1, 2014

Vanilla calciyum french toast


Anda suka bersarapan dengan roti? Jika ya, make sure anda mencuba resepi yang lazat ini. Biasanya french toast disediakan dengan mencampurkan telur dan susu. Di Perancis French toast dipanggil 'pain perdu' atau maksudnya 'lost bread'. Sejarahnya, French toast ini adalah makanan orang miskin dimana apabila roti mereka menjadi keras dan basi  , mereka terpaksa merendamkan roti tersebut didalam susu dan roti dan membakarnya sebelum dimakan untuk lebih senang dikunyah. Ada banyak versi mengenai sejarah French toast ini. 




Kali in saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Saya campurkan calciyum perisa vanilla dan telur. Walla!! memang sedap. French toast ini mempunyai rasa yang lebih lemak dan harum dengan wangian vanilla. Bagi saya, memang sangat kena dengan selera saya. Saya menggunkan roti sandwich yang sedikit tebal dari roti sandwich biasa untuk menyediakan french toast ini. 


Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
2 keping roti sandwich
1 bekas kecil calciyum perisa vanilla
1 biji telur
1 sudu besar butter
Sedikit gula


Cara-cara
1. Panaskan non-stick pan
2.Campurkan telur, calciyum dan butter dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati dengan menggunakan garfu/ whisker.
3. Celupkan roti dalam campuran tadi.
4. Bakar roti di atas non-stick pan. Taburkan gula di atas roti tadi ketika membakarnya.
5. Anda boleh menghidangnya bersama sirap maple ataupun dengan madu.

Nutella panna cotta


Salam sejahtera. Sekarang ni memang musim panas. Anak saya dah start ada ulser dalam mulut. Memang kesian bila dia tak nak makan sebab sakit mulut. So saya kena mencari resepi yang dia suka makan, dan tidak menyakitkan mulut. 
Terjumpa resepi nutella panna cotta ni di food network.com. Cara buat pun senang sahaja. Kebetulan bahan-bahan memang semua dah ada di rumah. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
1 sudu besar gelatin halal (larutkan dalam 3 sudu besar air panas)
1 cawan heavy cream (tapi saya guna whipping cream)
1 1/2 cawan nutella
5 sudu besar susu segar (yang ni saya tambah)
Kacang hazelnut yang dibakar untuk hiasan (saya tak letak sebab tak ada)
Coklat bar yang diparut.

Cara-cara
1. Larutkan gelatin dalam air terlebih dahulu.
2. Campurkan heavy cream, nutella dan susu dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih. Jangan guna api besar. 
3. Setelah campuran cream dan nutella mendidih, masukkan gelatin yang telah dilarutkan tadi.
4. Masukkan campuran tadi kedalam bekas kecil/ ramekin. Kemudian sejukkan dala peti sejuk sehingga ia benar-benar 'set'  dala 5-6 jam.
5. Anda boleh menabur parutan coklat dan kacang hazelnut di atasnya ketika dihidang. 





Buttermilk chicken


Selamat sejahtera semua. Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang beraya di Malaysia. Kami akan pulang ke Kelantan untuk beraya kali ini. Memang sangat seronok jika pulang beraya di Kelantan. Yang paling saya gemar adalah makan perut lembu dengan pencicah. Pergh.. memang terbaik.

Tetapi sebelum kita mabuk makan daging untuk seminggu dua minggu yang akan datang, hari ini saya ingin berkongi resepi butter chicken. Resepi ini saya lihat di wall facebook rakan saya. Nampak sedap dan senang. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur

Bahan-bahan kuah buttermilk
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang besar holland dicincang halus
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
2 keping keju cheddar (saya tambah)
1 sudu besar gula
1 kiub ayam (saya tambah)


Cara-cara.
1. Sedaikan bahan perap ayam, gaul sebati. Perap ayam dengan bahan perap lebih kurang 30 minit. Kemudian goreng ayam dalam minyak panas hingga garing, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali, cairkan mentega, Tumis bawang, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

3. Tuangkan susu cair, gula, kiub ayam dan garam. Kacau sentiasa sehingga kuah pekat. Carikkan keju cheddar dan masak sehingga kuah pekat.

4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah atas ayam.

5. Sedia dihidang dengan nasi putih panas.




Banana nutella toast

Salam sejahtera semua. Siapa di sini yang gemar makan pisang? Saya memang suka makan pisang, tak kisah lah pisang goreng ke, cekodok pisang ke, kek pisang ke, apa-apa je yg berasaskan pisang memang favourite saya. 

Ada pernah saya terbaca, pisang juga dapat menangani stress kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang akan ditukar menjadi serotonin yang berfungsi menjadikan badan relax, membaiki mood dan membuatkan kita merasa gembira. Selain dari itu, pisang juga kaya dengan vitamin B-6 yang dapat meregulasi kadar glucose dalam darah yang dapat mempengaruhi mood seseorang. Jom apa lagi, yang sedang stress tu, boleh la makan pisang banyak-banyak..haha.

Untuk meredakan stress kerja saya, data collection research yang tak siap lagi ini, untuk sarapan pagi, saya menyediakan roti bakar yang disapu nutella dan dimakan bersama pisang dan madu. Nah.. memang tak stress terus saya pagi itu. 

Bahan-bahan
Dua keping roti sandwich
Nutella
Madu 
Pisang

Cara-cara
1. Bakar roti sehingga garing
2. Sapu nutella pada roti
3. Susun pisang yang telah dipotong kecil-kecil
4. Curahkan madu di atas pisang.


Tuesday, September 30, 2014

Mama Dee di Majalah AROMA



Assalamualaikum semua. Ada berita gembira yang ingin Mama Dee kongsikan dengan pembaca semua. Resepi-resepi Mama Dee ada dimuatkan dalam Majalah Aroma keluaran bulan Oktober.

Rasa teruja dan gembira sangat bila wartwan dari majalah Aroma menghubungi Mama Dee dan menyatakan mereka berminat untuk memuatkan resepi dan profil Mama Dee di majalah mereka.  Terima kasih sangat-sangat kepada semua pembaca blog yang terus memberikan sokongan dan juga rakan-rakan blogger dan keluarga yang membantu mempromosikan blog Mama Dee ini. (ucapan macam menang anugerah plak..haha).


Apa lagi, jom dapatkan Aroma keluaran Oktober di kedai majalah berdekatan. Banyak resepi-resepi menarik yang terkandung di dalamnya. Terima kasih majalah Aroma, sudi memuatkan resepi dan profil Mama Dee. :)



Roti titab




Selamat pagi semua. Sarapan apa  pagi ini? Dah lama saya teringin nak makan roti titab yang terkenal di Kopitiam Kita Kota Bharu.
Hidangannya sebenarnya ringkas sahaja, roti bakar yang disapu mentega dan kaya dan disajikan bersama telur separuh masak. Gabungan yang memang terangkat. Saya makan roti titab ini bersama kopi o panas. Fuh..sangat sedap. Jom lihat cara-cara menyediakan roti titab


Bahan-bahan
Roti bata yang dipotong (jadi lebih tebal dari roti sandwich biasa)
1 biji telur separuh masak
Mentega
Kaya


Cara-cara.
1. Sapu mentega pada roti dan bakar roti sebentar.
2. Kemudian letakkan kaya di pepenjuru roti yang sudah siap dibakar tadi.
3. Pecahkan telur separuh masak di atas roti tadi. Sedia untuk dinikmati.

Monday, September 29, 2014

Lemon chicken


 Masak apa hari ini?. Hujung minggu lepas, saya sempat menyediakan lemon chicken untuk makan tengah hari. Tak sangka anak saya sangat menggemarinya. haha.  Biasanya saya hanya order sahaja bila bertandang ke restoran Chinese food. 

Ini resepi lemon chicken versi Mama Dee. hehe. Saya main agak sahaja apa bahan-bahan yang perlu dimasukkan based on rasa lemon chicken yang pernah dinikmati di restoran. Kalau ada terkurang minta halal ye. :)

Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk bawang putih
secubit garam.
1 biji telur.

Cara-cara masak ayam
1. Potong kecil-kecil isi ayam tadi
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan garam dalam mangkuk.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang lain dan kacau dengan garfu.
4. Celupkan ayam dalam telur kemudian salutkan dengan adunan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak.


Bahan-bahan sos
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung.

Cara-cara menyediakan sos.
1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung dalam periuk
2. Masak sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Masak sehigga sos menjadi pekat.
5. Kemudian curahkan sos ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi. Sedia untuk dimakan

Sunday, September 28, 2014

Mango panna cotta


Salam sejahtera semua. Sekarang ni cuaca tersangat lah panas. Memang kering tekak. Panas-panas ni memang sesuai sangatlah jika ada pencuci mulut yg sejuk. Nikmat rasanya.

Kali ini saya menyediakn panna cotta mangga. Panna cotta ini adalah sajian pencuci mulut orang Italy. Tekstur panna cotta ini adalah seakan-akan dadih.Untuk menyediakan hidangan ini sangat senang. Jom lihat resepinya.Saya ambil resepi ini dari blog kak Nor. Minta halal ye kak nor :)


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin halal (larutkan dalam 3 sudu besar air suam)
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila



Utk puree mangga:

1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon

Cara:

  1. Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
  2. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.


Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
  1. Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
  2. Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.





Tuesday, September 23, 2014

Puding roti kukus dengan strawberry jelly



Assalamualaikum semua. Semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja.  Hujung minggu tempoh hari saya sempat menyediakan hidangan pencuci mulut puding roti kukus ni.  Mudah sahaja resepi ini. Malah sebenarnya, anak saya yang berusia 4 tahun yang banyak menolong untuk menyediakan puding roti kukus ini. Pasti menarik, aktiviti memasak bersama anak-anak.

Memang agak mencabar bila anda melibatkan anak untuk memasak. Tetapi cabaran itu lah yang mengujakan. Anak-anak pasti gembira dan berasa independent bila diberi tugas untuk membantu mama memasak. Anda boleh memilih hidangan yang ringkas dan senang untuk anak anda bantu. Dan yang paling penting, anda mesti meningkatkan kesabaran bila memasak bersama anak-anak.huhu...


Banyak kelebihan bila anda melibatkan anak-anak dalam menyediakan hidangan. Antaranya adalah .. Cooking bring families together. Cooking time is bonding time. Biasanya bila ibu sibuk memasak didapur, anak-anak bermain di ruang tamu, Tapi bila anda memasak bersama, aktiviti ini adalah bonding time dengan anak-anak. Bila anda melibatkan anak untuk memasak, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab kerana ibu memberi kepercayaan untuk mereka memasak. 





Memasak bersama anak-anak juga membantu membina self-esteem anak-anak. Bila anak-anak cakap "I made it myself" seolah-olah satu self-accomplishment. Mereka akan berasa bangga bila si ibu pula berikan pujian terhadap hidangan yang disediakan oleh mereka.



Jom lihat resepi puding roti kukus bersama strawberry jelly ini.

Bahan-bahan puding roti

3 keping roti sandwich
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat puding.

1. Panaskan periuk kukusan
2. Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu sebentar
3. Kemudian masukkan roti dan susu, gula dan telur kedalam blender. Blend sehingga hancur.
4. Masukkan kedalam loyang atau bekas kecil-kecil. Kemudian kukus dalam periuk kukusan sehingga masak. Lebih kurang dalam 18 minit. 
5. Setelah masak, keluarkan dari periuk kukusan. Sejukkan.



Bahan-bahan jeli

1 kotak jeli strawberry jenama Nona
Air 400 ml (ikut sukatan air di kotak)

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Campurkan serbuk jeli dalam air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Curahkan jeli ke ata puding roti yang telah sejuk tadi.

* Anda juga boleh susun buah-buahan seperti laici di atas puding roti dan barulah curahkan jeli di atasnya.