Sunday, November 2, 2014

Travel cooker review

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Minggu lepas Mama Dee berpeluang ke Osaka Jepun selama seminggu. Tak sempat lagi nak tulis tentang percutian ke Osaka..huhu. Bila ada masa terluang nanti Mama Dee akan tuliskan tip-tip dan tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Osaka, Kyoto dan Nara. Tapi kali ini Mama Dee nak berkongsi dengan pembaca semua tentang travel cooker yang sangat berguna bila anda mahu bercuti ke tempat yang susah untuk cari makanan halal. Disamping itu anda boleh jimatkan duit dari makan di luar ketika bercuti. Nak2 pula bila ke negara yang mempunyai nilai matawang yang sangat tinggi daripada ringgit.


Tadaaa...Saya beli travel cooker ini di Lazada.com . Anda boleh search "travel cooker" di Lazada.com. Banyak lagi gadget2 memasak yang menarik ada di Lazada. Service Lazada juga memang terbaik. Saya plan nak beli travel cooker ni pun last minute sebelum berlepas ke Osaka. Nasib baik penghantaran dari pihak Lazada sangat cepat. Sehari selepas membuat pembelian, barang dah sampai ke rumah. 

Saya gunakan travel cooker ini untuk masak nasi,masak spaghetti, masak sup, masak bubur nasi sepanjang percutian kami ini. Masak nasi seperti masak atas dapur gas. Bila air dah kering barulah tutup penutup periuk. 

Ini lah stok makanan dlm tin yang saya bawa actually ni dah tinggal separuh stok. Saya juga bawa sedikit beras, spaghetti dan juga kiub ayam.  Memang sangat senang. Tambahan pula anak saya kadang-kadang seleranya sukar dijangka. Sekejap nak makan nasi, sekejap nak makan spaghetti. huhu..



Ini bubur nasi yang saya masak menggunakan travel cooker. Senang sahaja, masukkan beras yang telah dicuci. Masukkan air lebih banyak dari memasak nasi biasa. Kemudian masukkan satu kiub ayam dalam travel cooker. Masak sehingga nasi masak.  Bubur nasi ini saya makan bersama ayam kicap dalam tin.hehe.


Yg ni, resepi spontan. Memang sedap seakan-akan masakan Jepun. Spaghetti sup salmon. Masukkan spaghetti dalam periuk bersama air.  Masukkan kiub ayam. Setelah spaghetti masak, masukkan ikan salmon dan juga sotong kering. Salmon dan sotong kering memang senang untuk ditemui di Jepun. Tak sangka masakan spaghetti sup salmon ini memang sgt sedap..haha.


Manakala ini pula sambal salmon yg dimasak ekspress menggunakan travel cooker ini. Sebenarnya saya beli sambal udang dalam tin. Tapi bila buka seekor udang pun tak ada. Jadi saya masukkan hirisan ikan salmon dlm sambal dan masak dgn gunakan travel cooker. Hehe.







Kesimpulannya, travel cooker ini memang sangat berguna. Saya senaraikan kelebihan dan kekurangan travel cooker ini.

Travel cooker 1.8 liter (dah sangat cukup besar untuk kami anak beranak)
harga : RM89.00

Kelebihan
-Ringan
-Senang digunakan
- Sangat berguna untuk masak pelbagai jenis makanan
- Harga berpatutan

Kekurangan
- Berhati-hati semasa membasuhnya, kerana periuk dan base di attach sekali. 




6 comments:

  1. Thank you for the tips kak dee.mcm nak kena cari satu jugak la travel cooker ni.Hihihi!

    ReplyDelete
  2. @Madam Fiey memang berguna sangat. Lebih2 lagi macam kita ni yg ada anak kecil.hehe

    ReplyDelete
  3. Berapa lama masa yang diambil untuk masak nasi dengan traveler cooker ni? Voltage di Osaka sama dengan voltage cooker tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. voltage di osaka sama dgn malaysia. dalam 20 minit untuk masak nasi, n untuk masak sup dlm 15 minit. harap membantu

      Delete
  4. salam, cooker tu dual voltage ke? ada yg kata bawak cooker sini lambat masak kat jepun, betul ke? tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cooker tu bukan dual voltage. Maybe kot..sebab masa saya guna lambat sgt nk tunggu nasi masak.

      Delete