Semalam balik dari universiti tak ada idea hendak masak apa. Sebenarnya dah bosan asyik ulang menu yang sama. Then, husband cakap makan bihun goreng pun sodap. Suka la hati saya sebab senang je nak masak bihun goreng..hehe.
Saya menyediakan bihun goreng Singapore yang senang untuk dimasak dan sedap. Saya rasa banyak lagi resepi bihun goreng Singapore yang ada di blog-blog masakan. Tetapi ini adalah versi saya menyediakannya. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan
1 peket kecil bihun
10 ekor udang
Fish cake dihiris nipis (terpulang nak letak banyak mana)
Carrot (terpulang nak letak banyak mana)
Taugeh (terpulang nak letak banyak mana)
Daun bawang (untuk ditabur)
1 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar sos ikan*
2 sudu teh serbuk lada hitam*
2 sudu teh serbuk lada sulah*
3 ulas bawang merah tumbuk*
3 ulas bawang putih ditumbuk*
2 sudu teh cuka*
Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan bertanda *
3. Masak sehingga naik bau/ garing
4. Masukkan carrot, udang dan fish cake dan garam secukup rasa.
5. Setelah udang masak, masukkan bihun. Gaul sebati.
6. Setelah bihun digaul sebati, masukkan taugeh.
7. Setelah siap, bolehlah ditabur daun bawang atasnya.
Tuesday, April 29, 2014
Sunday, April 27, 2014
SARDIN ROLL RINGKAS
Bahan Inti
1 tin ikan sardin
1 biji bawang besar saiz sederhana, di dadu kecil
3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 sudu besar mayonnaise
serbuk lada sulah secukupnya
sedikit jus lemon
Satukan semua bahan-bahan untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika OK, ketepikan.
Bahan-bahan lain
2 biji telur, di pukul sedikit dengan 1 camca besar susu, air dan secubit garam.
7-8 keping roti sandwich
serbuk roti secukupnya
sos cili dan mayonaise, di kacau rata.
Cara-cara
1. Untuk tuna roll ranggup : Canaikan sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya.
2. Gulung kemas dan ketepikan. Gamkan dengan telur tadi dan buat kaedah yang sama pada baki-baki hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa keping paper towel. Kemudian potong dan hidangkan.
Saturday, April 26, 2014
MARBLE BUTTER CAKE
Hujung minggu menjelma lagi. Cepat sangat saya rasa seminggu berlalu. Tekak terasa inginkan sesuatu yang ringkas untuk minum petang hujung minggu bersama keluarga.
Saya memang menggemari kek yang ringkas tanpa sebarang topping. Antara kek kegemaran saya adalah kek marble. Banyak resepi kek marble yang saya jumpa di blog-blog memasak, tetapi hampir kesemuanya memerlukan ovallete. Di Brisbane pula sukar untuk menjumpai ovalette halal. Dah hampir kecewa kononnya. Nasib baik terjumpa resepi dari The little Teochew yang tidak perlu menggunakan ovallete.
Cara membuat kek ini berbeza sedikit daripada resepi kek marble yang biasa saya jumpa. Telur putih dan kuning dipukul berasingan, seperti cara membuat kek sponge. Menarik bukan? Jom lihat resepinya.
Ingredients
- 8 large eggs, separated
- 9 ozs (255g) castor sugar
- 12 ozs (340g) unsalted butter, softened
- 9 ozs (255g) all purpose flour
- 1 1/2 tsps baking powder
- 1 1/2 tsps pure vanilla extract
- 2 tbsps good quality cocoa powder
- 1/4 tsp salt
1. Preheat oven at 160°C (convection fan on) with a wire rack in the middle. Line an 8-inch round cake tin with parchment, butter and flour. Sift flour, baking powder and salt in a bowl. Set aside.
2. Cream butter in the bowl of a stand mixer fitted with the paddle attachment till light and fluffy. In a separate bowl, whisk the egg yolks with the sugar till light. Gradually add this into the butter and beat on medium speed till just incorporated. In a separate bowl, whisk the egg whites till stiff peaks form. With a spatula, fold in the meringue into the egg yolk mixture in 3-4 batches*. Add in the dry ingredients gradually until just incorporated.
* The first time I added the egg whites, it was impossible to fold. What I did was just mix it up with the thick yolk batter and "loosen up" the batter. The subsequent batches were much easier. I folded the whites in 3 batches.
3. Scoop out 1/4* of the batter in a separate bowl. Sieve cocoa powder over it and fold to mix well. Pour batters into tin, alternating between the two mixtures. Start with the yellow batter and end with the cocoa mixture. Rap pan on counter several times to eliminate air bubbles. With a long skewer, swirl (sparingly) around the batter to create the marble effect. Bake for 40-55 minutes or until a tester inserted into the middle of the cake comes out clean.
* This is somewhat arbitrary. A little more won't hurt, especially if you want a bit more chocolate in your cake! :)
4. Cool on wire rack completely before serving. Cake keeps at room temperature up to 3 days and can be frozen up to 3 months.
Berikut merupakan resepi versi Bahasa Melayu yang saya translate.
Bahan-bahan
-8 biji telur
-225 g gula caster
- 340g mentega tanpa garam
-255 g tepung
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 11/2 sudu teh esen vanila
-2 sudu besar serbuk koko
- 1/4 sudu teh garam
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Pukul mentega dengan mixer sehingga gebu.
3. Dalam bekas berasingan pukul telur kuning dan gula sehingga rngan dan gula hancur.
4. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega.
5. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati.
6. Dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga bertanduk.
7. Masukkan sedkit demi sedikit adunan putih telur kedalam adunan mentega dan telur kuning tadi. 'Fold' / kaup balik dengan menggunakan sudip/ spatula.
8. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kaup balik sehingga semuanya sebati
9. Ambil 1/4 daripada adunan tersebut dan masukkan dalam bekas berasingan. Campurkan serbuk koko dalam adunan tersebut.
10. Masukkan adunan koko dan adunan mentega kedalam loyang secara selang seli. Setelah habis semua adunan dimasukkan dalam loyang, ambil lidi dan lorekkan untuk mendapatkan corak marble.
11. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.
Tuesday, April 22, 2014
DANISH BUTTER COOKIES - KLASSISKE VANILJEKRANSE
Hujung minggu yang lalu saya sempat membuat danish butter cookies resepi daripada Alan Travelling Foodies. Resepi ini lebih senang daripada resepi danish butter cookies yang pernah saya buat dahulu di post yang lepas. Rasanya sama sedap. Danish butter cookies ini juga dikenali sebagai "VANILJEKRANSE".
Seperti biasa untuk mendapatkan butter cookies yang sedap kuncinya perlu gunakan butter yang berkualiti. Untuk embuat danish butter cookies ini saya menggunakan Danish butter jenama Lurpak. Memang berbaloi. Jenama Lurpak ini halal.
Resepi yang saya guna ini dapat hasilkan sebalang penuh biskut. Memang sedap, sekejap sahaja sebalang biskut habis dimakan oleh anak dan suami.
Adunan biskut ini sedikit lembik, jadi amat sesuai dibentuk seperti 'wreath' seperti danish butter cookies yang dibeli di kedai. Untuk mendapatkan bentuk ini saya menggunakan nozzle wilton 1M. Iaitu nozzle bintang yang bersaiz besar. Jadi adunan lebih senang dipaip menjadi bentuk wreath. Anda juga boleh menggunakan acuan semperit atau cookie pres.
Nozzle Wilton 1M |
Di blog Travelling Foodie ini juga ada memberikan tips bagaimana untuk membuat danish butter cookies ini. Saya ringkaskan kepada beberapa point:
1. Bahan-bahan yang digunakan perlu berada pada suhu bilik. Saya keluarkan mentega daripada fridge sebelah malam, dan guna untuk membuat biskut pada waktu tengah hari keesokan hari. Justifikasinya adalah jika anda menggunakan mentega yang sejuk, ia akan menghasilkan doh yang keras dan sukar dipaip keluar.
2. Jangan isi piping bag sehingga penuh. Isi separuh penuh sahaja. Manakala hujungnya anda simpulkan pada jari untuk memudahkan proses menekan doh keluar daripada nozzle.
Ini merupakan resepi asal dari Alan Travelling Foodie
Ingredients
1 egg (60g)
200g butter
130g icing sugar
320g flour
2 tbsp of vanilla paste (appro. 30g)
Method
- Place everything in a mixing bowl and mix evenly using a paddle attachment on the lowest speed possible.
- Pipe wreaths onto greased cookie sheet or baking tray using an open star tip. I used Wilton 1M.
- Bake in a preheated oven at 200C for 7-8 min
- Leave to cool slightly before removing from cookie sheet.
- Transfer cookies into airtight container after cookies are at room temperature.
Dibawah ini pula merupakan versi bahasa Melayu yang saya telah translate.
Bahan-bahan
1 biji telur (60g)
200 g mentega (suhu bilik)
130 g gula icing
320 g tepung
2 sudu teh vanilla paste (boleh juga guna esen vanila)
Cara-cara.
1. Campurkan tepung dengan gula icing terlebih dahulu. Saya hanya gunakan sudip kayu untuk gaul sebati tepung dan gula.
2. Kemudian campurkan telur, mentega dan vanila kedalam adunan tepung tadi.
3. Gaul sebati dengan gunakan sudip dan kemudian saya uli dengan tangan sahaja sehingga menjadi doh.
4. Masukkan doh kedalam piping bag, dan paipkan bentuk wreath.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200 degree celcius selama 7-8 minit.
6. Sejukkan cookies setelah masak.
UDANG MASAK LEMAK
Sudah lama saya tidak memasak udang masak lemak. Memang sedap jika gunakan udang segar. Resepi ini ringkas dan senang.Lagi sedap jika anda masukkan juga nenas di dalam masakan ini.
Tetapi saya hanya masukkan timun batang kerana itu sahaja yang ada.hu2. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan
10 ekor udang
1/2 cawan santan
6 ulas bawang merah*
1 inchi kunyit*
1 batang serai
1 keping asam keping
1 batang timun
Cara-cara
1. Bahan bertanda * dicampur bersama dan blender sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang sudah diblender kedalam periuk
3. Campurkan santan dan serai. Tambah sedikit air jika santan terlalu pekat.
4. Reneh atas dapur dengan api kecil sehingga santan mendidih.
5. Kemudian masukkan udang , timun dan asam keping.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masak sebentar sehingga udang kelihatan masak.
Saturday, April 19, 2014
DAGING MASAK MERAH
Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Hari ini saya menyediakan daging masak merah untuk santapan bersama keluarga. Senang sangat resepinya.
Selain daripada daging masak merah saya juga menyediakan tomyam putih hari ini. Memang kombinasi yang sesuai untuk disajikan bersama. Resepi tomyam putih boleh lihat disini.
Untuk daging masak merah jom lihat resepinya.
Bahan-bahan
200 g daging
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar holland
3 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar sos ikan*
1 sudu besar kicap manis*
1 sudu teh lada hitam ditumbuk.*
Cara-cara
1. Daging direbus dan diletak sedikit pewarna merah dalam air.
2. Setelah daging empuk, keluarkan dari dalam periuk dan hiris nipis-nipis.
3. Kemudian tumis bawang putih dalam kuali.
4. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam kuali.
5. Masak sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan daging yg telah dihiris nipis.
7. Masukkan bawang besar.
8. Jika anda mahukan sedikit berkuah, masukkan air rebusan daging tadi kedalam kuali.
9. Siap, sedia untuk dihidang

TOMYAM PUTIH
Untuk memasak tomyam putih cara-cara dan bahannya sangat mudah. Jom lihat resepi.
Bahan-bahan
10 ekor udang
1 btg serai diketuk
2 hiris lengkuas diketuk
2 helai daun limau purut
3 ulas bawang putih diketuk
Carrot
Bunga kobis
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar holland
2 sudu besar air limau nipis/limau purut
2 sudu besar sos ikan
Garam
Serbuk perasa
Daun ketumbar untuk ditabur
Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Masukkan sayur carrot dan bunga kobis.
4. Kemudian masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, air limau, bawang besar ke dalam periuk.
5. Setelah sayur separuh masak, masukkan udang.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sehingga udang masak.
8. Setelah siap, tabur daun ketumbar ketika hendak dihidang.
Friday, April 18, 2014
KEK PANDAN CHEESE SANTAN
Hujung minggu kembali lagi. Seluruh Australia bercuti panjang kali ini kerana perayaan Good Friday dan juga Easter. Cuti panjang, tetapi kami tidak ada rancangan kemana-mana kerana saya masih dalam mode busy nak menyiapkan dokumen utuk proposal defence.
Kali ini saya cuba ubah suai resepi pandan cheese dengan menggabungkan rasa santan. Satu kombinasi yang sangat sesuai. Santan yang dicampur menyerlahkan lagi rasa kek pandan.
Inspirasi untuk dekorasi kek ini adalah dari Kak Rina dari blog Cintarina. Kek yang dihasilkan oleh Kak Rina memang sangat cantik.
Untuk resepi kek pandan, saya masih menggunakan resepi biasa yang selalu saya guna. Cuma untuk cream frosting ini saya ubahsuai dengan memasukkan santan pekat menggantikan heavy cream.
Jom lihat resepi.
Untuk kek pandan
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
Keadaan putih telur apabila sudah kental
|
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
Untuk topping
250 cream cheese
200 g unsalted butter
50 g pati santan
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Topping sedia untuk dilepa pada kek.
Wednesday, April 16, 2014
KHASIAT KULIT PISANG
Musim sejuk telah tiba. Masalah yang akan dilalui oleh saya apabila musim sejuk adalah kulit menjadi sangat kering. Berbagai jenis krim pelembab di farmasi rasanya telah saya cuba. Tetapi hasilnya kulit tetap kering, walaupun banyak minum air. Punca utama kenapa kulit menjadi kering ketika musim sejuk adalah kerana kelembapan udara semasa winter sangat rendah. Berbeza dengan Malaysia, udara di Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi sepanjang tahun.
Minggu lepas, saya cuba mencari tips kecantikan
Alhamdullilah baru seminggu saya amalkan, kulit dah tak menjadi kering
Tuesday, April 15, 2014
AYAM PAPRIK RINGKAS
Selamat pagi semua. Saya rasa setiap wanita akan pernah mengalami masalah ini. Masalah tidak tahu hendak masak apa untuk disajikan kepada keluarga. Pagi ini seperti biasa saya akan memasak sebelum ke universiti. Bila buka fridge, hanya ada ayam. Sayur pun hanya ada bunga kobis sahaja. Buntu.... tak ada idea nak masak apa.
Berjaya jumpa pokok limau purut yang kecil di pasar. Harga pokok yang kecil lebih murah iaiatu AUD15. |
Alhamdulilah ada juga idea nak masak apa.
Resepi ini senang sahaja, main campak2 dah siap.
Jom lihat resepi paprik ringkas daripada saya.
Bahan-bahan
Ayam
Bunga kobis (lagi sedap jika anda juga masukkan carrot dan sayur-sayur lain yang sesuai)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar holland
5 sdb sos tomato*
1 sdb sos ikan*
2 sdb kicap*
1 sdb sos tiram*
sebatang serai*
2 hiris lengkuas*
2 helai daun limau purut.*
Cara-cara
1. Tumis bawang putih
2. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam kuali. Masak sehingga naik bau.
3. Tambahkan secawan air jika anda inginkan sedikit kuah.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga masak.
5. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris.
Monday, April 14, 2014
KONGSI RESEPI
Salam untuk semua pembaca. Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang Kongsi Resepi. Jika dulu sebelum saya aktif berbloging, di laman web Kongsi Resepi la tempat saya selalu mencari resepi yang best utnuk dicuba. Saya mula berbloging sekitar tahun 2010. Itu pun jarang sangat blog diupdate, saya rasa dua kali setahun sahaja saya tulis entri sepanjang 2010-2011
Saya mula rajin mengupdate blog sekitar hujung tahun 2013. Namun pada waktu itu pengunjung blog masih tidak ramai hanya sekitar puluh-puluh pengunjung sahaja sehari. Walaubagaimanapun setelah saya mendaftar di Kongsi Resepi, pengunjung mula bertambah dari pulu-puluh sehari sehingga ke ratus-ratus sehari
Jadi, kepada rakan-rakan yang mempunyai blog memasak, jom pakat-pakat mendaftar dengan Kongsi Resepi. Mudah sahaja.
Terima kasih Kongsi Resepi.
Sunday, April 13, 2014
KEK PANDAN CHEESE LELEH
Hujung minggu ini saya sempat membuat kek pandan cheese leleh untuk memenuhi tempahan rakan untuk hari lahir anaknya. Kek pandan cheese leleh ini mendapat permintaan yang tinggi disini. Cuma saya hanya berkesempatan mengambil tempahan di hujung minggu. Weekdays saya sangat sibuk di universiti. Kadang-kadang saya rasa segala penat dan kerisauan saya terhadap thesis kajian saya hilang apabila dapat baking..hehe. Jadi saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menempah kek daripada saya, ia seperti terapi di hujung minggu apabila bermain dengan tepung dan menghias kek. Saya pasti di Malaysia sudah ramai yang berkesempatan mencuba kek cheese leleh memandangkan kek ini tengah in trend sekarang.
Kebiasaanya saya hanya meletakkan kek cheese leleh ini didalam bekas seperti gambar dibawah, apabila mendapat tempahan, kerana topping cheesenya yang agak cair, sukar untuk dilepa pada kek. Kek dibawah adalah untuk jamuan bersempena kunjungan Dr. Asri a.k.a Dr MAZA ke Brisbane. Semoga Dr. Asri juga seronok menikmati kek pandan cheese leleh ini. ;p
Gambar dibawah pula menunjukkan kek cheese leleh yang saya buat dlm bentuk cupcake dan dihiasi dengan strawberry dan juga fondant yang dibentuk seperti swan. Cupcake cheese leleh ini adalah untuk pertandingan memasak disini. Alhamdullilah, cupcake cheese leleh ini berjaya menambat selera juri dan memenangi tempat pertama.
Topping cheese leleh ini agak cair, jadi untuk memenuhi permintaan rakan saya yang inginkan kek cheese leleh untuk hari lahir anaknya, saya perlu mengubahsuai resepi sedia ada untuk menjadikannya lebih likat dan senang untuk dilepa pada kek. Alhamdullilah, percubaan mengubah resepi kali ini berjaya. Seperti biasa, saya menggunakan resepi kek pandan kegemaran saya dari blog Little Teochew. Anda boleh lihat disini post terdahulu resepi kek pandan ini. Untuk kek pandan cheese leleh ini, jom lihat resepinya.
Untuk kek pandan
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
Kebiasaanya saya hanya meletakkan kek cheese leleh ini didalam bekas seperti gambar dibawah, apabila mendapat tempahan, kerana topping cheesenya yang agak cair, sukar untuk dilepa pada kek. Kek dibawah adalah untuk jamuan bersempena kunjungan Dr. Asri a.k.a Dr MAZA ke Brisbane. Semoga Dr. Asri juga seronok menikmati kek pandan cheese leleh ini. ;p
Gambar dibawah pula menunjukkan kek cheese leleh yang saya buat dlm bentuk cupcake dan dihiasi dengan strawberry dan juga fondant yang dibentuk seperti swan. Cupcake cheese leleh ini adalah untuk pertandingan memasak disini. Alhamdullilah, cupcake cheese leleh ini berjaya menambat selera juri dan memenangi tempat pertama.
Topping cheese leleh ini agak cair, jadi untuk memenuhi permintaan rakan saya yang inginkan kek cheese leleh untuk hari lahir anaknya, saya perlu mengubahsuai resepi sedia ada untuk menjadikannya lebih likat dan senang untuk dilepa pada kek. Alhamdullilah, percubaan mengubah resepi kali ini berjaya. Seperti biasa, saya menggunakan resepi kek pandan kegemaran saya dari blog Little Teochew. Anda boleh lihat disini post terdahulu resepi kek pandan ini. Untuk kek pandan cheese leleh ini, jom lihat resepinya.
Untuk kek pandan
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
Keadaan putih telur apabila sudah kental |
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter (yang ni saya tambah untuk menjadikan topping ini lebih likat).
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Cheese topping sedia untuk dilepa pada kek.
Untuk ditabur atas kek, saya parut keju cheddar.