Monday, April 14, 2014

KONGSI RESEPI



Salam untuk semua pembaca. Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang Kongsi Resepi. Jika dulu sebelum saya aktif berbloging,  di laman web Kongsi Resepi la tempat saya selalu mencari resepi yang best utnuk dicuba. Saya mula berbloging sekitar tahun 2010. Itu pun jarang sangat blog diupdate, saya rasa dua kali setahun sahaja saya tulis entri sepanjang 2010-2011 pemalas dan tak ada idea. Pengunjung blog masa itu pun x ramai, satu dua je sehari.

Saya mula rajin mengupdate blog sekitar hujung tahun 2013. Namun pada waktu itu pengunjung blog masih tidak ramai hanya sekitar puluh-puluh pengunjung sahaja sehari. Walaubagaimanapun setelah saya mendaftar di Kongsi Resepi, pengunjung mula bertambah dari pulu-puluh sehari sehingga ke ratus-ratus sehari mungkin lepas ni ribu-ribu sehari pula (berangan..haha)

Jadi, kepada rakan-rakan yang mempunyai blog memasak, jom pakat-pakat mendaftar dengan Kongsi Resepi. Mudah sahaja.

Terima kasih Kongsi Resepi.

No comments:

Post a Comment