Saturday, April 19, 2014

TOMYAM PUTIH


Salam hari Ahad semua, hari ini saya masak tomyam putih untuk makan tengah hari.  Kami sekeluarga lebih gemarkan tomyam putih berbanding tomyam biasa. Rasa tomyam putih ini tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Hari ini selain tomyam putih saya juga menyediakan daging masak merah. Memang ngam dengan tomyam. Resepi daging masak merah boleh dilihat disini.
Untuk memasak tomyam putih cara-cara dan bahannya sangat mudah. Jom lihat resepi.

Bahan-bahan

10 ekor udang
1 btg serai diketuk
2 hiris lengkuas diketuk
2 helai daun limau purut
3 ulas bawang putih diketuk
Carrot
Bunga kobis
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar holland
2 sudu besar air limau nipis/limau purut
2 sudu besar sos ikan
Garam
Serbuk perasa
Daun ketumbar untuk ditabur

Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Masukkan sayur carrot dan bunga kobis.
4. Kemudian masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, air limau, bawang besar ke dalam periuk.
5. Setelah sayur separuh masak, masukkan udang.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sehingga udang masak.
8. Setelah siap, tabur daun ketumbar ketika hendak dihidang.

2 comments: