Kebiasaanya saya hanya meletakkan kek cheese leleh ini didalam bekas seperti gambar dibawah, apabila mendapat tempahan, kerana topping cheesenya yang agak cair, sukar untuk dilepa pada kek. Kek dibawah adalah untuk jamuan bersempena kunjungan Dr. Asri a.k.a Dr MAZA ke Brisbane. Semoga Dr. Asri juga seronok menikmati kek pandan cheese leleh ini. ;p
Gambar dibawah pula menunjukkan kek cheese leleh yang saya buat dlm bentuk cupcake dan dihiasi dengan strawberry dan juga fondant yang dibentuk seperti swan. Cupcake cheese leleh ini adalah untuk pertandingan memasak disini. Alhamdullilah, cupcake cheese leleh ini berjaya menambat selera juri dan memenangi tempat pertama.
Topping cheese leleh ini agak cair, jadi untuk memenuhi permintaan rakan saya yang inginkan kek cheese leleh untuk hari lahir anaknya, saya perlu mengubahsuai resepi sedia ada untuk menjadikannya lebih likat dan senang untuk dilepa pada kek. Alhamdullilah, percubaan mengubah resepi kali ini berjaya. Seperti biasa, saya menggunakan resepi kek pandan kegemaran saya dari blog Little Teochew. Anda boleh lihat disini post terdahulu resepi kek pandan ini. Untuk kek pandan cheese leleh ini, jom lihat resepinya.
Untuk kek pandan
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
Keadaan putih telur apabila sudah kental |
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter (yang ni saya tambah untuk menjadikan topping ini lebih likat).
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Cheese topping sedia untuk dilepa pada kek.
Untuk ditabur atas kek, saya parut keju cheddar.
hmm... mcm sedap je.. boleh cuba buat anti
ReplyDelete@Zifainsyallah sedap. Jangan lupa tau cuba resepi ni :)
ReplyDeleteSaya nk order..awk ada whatsap
ReplyDeleteSorry sgt sis.. saya baru perasan ada komen kat sini
DeleteSis, step akhir tu sy kurang faham ,yg terbalikkan kek tu.kalau ada gambar, terang skit penjelasan.tq
ReplyDeleteSis, step akhir tu sy kurang faham ,yg terbalikkan kek tu.kalau ada gambar, terang skit penjelasan.tq
ReplyDeleteKalau heavy cream ganti dengan whipping cream boleh tak?
ReplyDeleteKalau heavy cream ganti dengan whipping cream boleh tak?
ReplyDeleteKalo heavy cream ganti dgn whipping blh x...
ReplyDelete