Monday, June 12, 2017

Nasi hujan panas


Sumber resepi daripada kak LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan. Mamadee guna beras biasa sahaja)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam maggie
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)
  • Minyak/Mentega/minyak sapi
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus n kismis (bahan hiasan)
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum
  2. Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
  4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang-lubang kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. Letak berasingan.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)
  6. Bila nasi masak, gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis. Gaul sekata.

Tuesday, June 6, 2017

Sambal hijau / ijo style indonesia



Bahan-bahan sambal ijo/hijau (style indonesia)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam cili padi hijau* (kalau nak extra pedas, bergenggam-genggam pun boleh)
2 biji cili hijau besar*
1 biji tomato hijau*
2 helai daun limau purut
2 ekor ikan tamban masin (saya tambah)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara
1. Kukus bahan-bahan bertanda * sehingga agak layu.
2. Sementara itu, goreng ikan masin separuh masak. Setelah siap asingkan tulang dan isi ikan.
3. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan-bahan bertanda * yg telah siap dikukus. Tumbuk kasar-kasar dengan lesung.
4. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan masin tadi, tumis bahan-bahan yg telah siap ditumbuk.
5. Masukkan daun limau purut, garam dan gula.
6. Tumis sehingga naik minyak.

Sunday, May 28, 2017

laksa kelantan







Bahan-bahan kuah
1kg  ikan selayang (rebus, masukkan sedikit garam, ambil isi dan kisar isi ikan dengan air rebusan tadi )
½ kg santan pekat
Air (bergantung kepada kepekatan yang diingini)
2 labu bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
½  inchi halia.*
Garam
1 keping asam keping

Bahan-bahan ulam (mamadee just letak kacang panjang dan kesum, bahan yg lain tiada)
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bunga kantan
Taugeh

Cara penyediaan kuah.
1.                Kisar bahan bertanda *
2.                 Masak santan hingga mendidih.
3.                Masukkan bahan kisar kedalam santan tadi. Sentiasa kacau kuah supaya tidak berketul.
4.                Kemudian masukkan isi ikan, lada hitam dan asam keping. Masukkan air mengikut tahap kepekatan kuah yang anda ingini.
5.                Kacau kuah sehingga mendidih.  Kemudian masukkan garam secukup rasa.
6.                Setelah santan mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan kuah dengan laksa.



Kari kepala ikan

Image may contain: food


Bahan-bahan
Kepala ikan
1 sudu teh halba*
1 sudu teh biji sawi*
5 ulas bawang merah dihiris*
2 ulas bawang putih dihiris*
2 hiris halia dipotong panjang-panjang*
2 tangkai daun kari*
1paket serbuk kari ikan
Air asam jawa
Santan
Air
Garam n gula secukup rasa
Lada besar (optional)
Bendi (optional)

Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Tumis bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn air. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan air dan santan.
5. Masukkan air asam jawa dan ikan.
6. Biarkan kuah mereneh dan kuah meresap dlm ikan.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Bila kuah dah hampir menggelegak masukkan lada besar dan bendi.
9. Siap untuk dihidang.


Thursday, May 25, 2017

Pulut kuning

Image may contain: food

1.Tips dari mak saya, beras pulut perlu dibasuh sampai air jernih, jadi pulut lambat basi. 
2. Rendam beras pulut selama 15 minit, campurkan pewarna atau kunyit dan sekeping asam keping.
3.Kukus kali pertama sehingga setengah masak, keluarkan dari periuk pengukus. Campurkan pulut dgn santan + garam. Gaul sehingga semua santan meresap kedalam pulut. 
4. Kukus kali kedua sehingga masak. Setelah pulut masak keluarkan dari periuk pengukus. 
5.Jika gemar sedikit rasa manis, taburkan gula atas pulut yg masih panas dan gaul sehingga sebati.


Monday, May 22, 2017

Bubur nasi ayam ala Mcdonalds





Bahan-bahan
1 keping dada ayam potong kecil-kecil
3 hiris halia 
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili

Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia
2. Bersihkan beras. Masukkan beras, bawang putih, halia, ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 10 minit.
4. Bila sudah siap, sila rasa. Jika masih kurang garam, boleh tambahkan lagi garam.
5.Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.
* boleh juga disajikan dgn ikan bilis goreng/ ikan kering/ daging goreng

Thursday, May 18, 2017

Gulai ayam pencen





Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 hiris lengkuas*
1 Bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar rempah gulai darat
Air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar minyak
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang dan kayu manis. Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Bancuhkan rempah-rempah. Kemudian masukkan kedalam periuk. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan ayam. Gaul sehingga ayam sebati dgn rempah. Biarkan air ayam keluar, dan rempah meresap dalam ayam.
5. Setelah ayam hampir masak. Masukkan air. Kemudian masukkan santan, air asam jawa dan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.

Tuesday, May 16, 2017

Puding karamel versi bakar






Bahan-bahan
400ml susu full cream
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Untuk karamel
5 sudu besar gula pasir.
Cara-cara.
1. Panaskan oven 180 degree c. Masukkan tray yg berisi air panas kedalam oven.
2.Kita sediakan karamel terlebih dahulu. Masukkan gula pasir kedalam loyang. Panaskan loyang atas dapur menggunakan api kecil. Sentiasa kacau gula tersebut. Bila gula sudah cair dan warnanya keperangan matikan api. Jangan biarkan warna karamel menjadi gelap kerana karamel akan menjadi pahit.
3.. Masukkan telur, susu full cream, susu pekat manis dalam mangkuk besar dan kacau perlahan-lahan. Jangan kacau laju sehingga berbuih, nanti puding akan berlubang-lubang.
4. Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Kacau perlahan-lahan.
5. Tapiskan adunan tadi semasa masukkan kedalam loyang.
6. Loyang puding ini kemudian di letakkan didalam tray yg berisi air panas didalam oven.
7. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Sunday, May 14, 2017

PENSONIC CHEF'S LIKE CAMPAIGN

Mamadee berasa sangat teruja kerana tahun ini berpeluang menyertai kempen Pensonic Chef's Like. Ini merupakan tahun ke-4 kempen ini diadakan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti, Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity dan Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’.


Ok, berbalik kepada kempen Pensonic Chef's  Like pada tahun ini, Pensonic telah menganjurkan acara memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan secara langsung. Semua keperluan untuk para peserta bagi acara memasak bersama-sama DCH Ismail disediakan oleh Pensonic, termasuk bahan-bahan mentah, peralatan memasak dan apron. Para peserta sangat bertuah kerana mereka telah berpeluang belajar, diselia dan beramah mesra dengan Chef terkenal DCH Ismail. Para peserta juga membawa pulang masakan yang telah mereka masak sendiri untuk dikongsi bersama keluarga, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!  Wow, sangat menarik kan! 

Sempena kempen Pensonic Chef's Like 2017, kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih akan diadakan. Banyak peraduan-peraduan diadakan di mana pemenang dapat membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Periuk Serbaguna Pensonic, oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah. Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).


Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):
      Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
      CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
      Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
      HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
      AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
      Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
      Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
      senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Mamadee juga berasa sungguh bertuah kerana berpeluang memasak bersama Chef Ismail dalam rancangan Masak bersama Chef Mail yang disiarkan setiaphari  Isnin jam 6-6.30 di TV3. Jangan lupa saksikannya!


Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod akan kembali dengan lebih banyak aksi hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti tanah air yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.

 Bukan sahaja setiap episod rancangan ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. Sangat menarik kan!. Penonton berpeluang memenangi alat-alat dapur dari siri Pensonic Chef's Like. Mamadee sendiri sudah menggunakan Air fryer dari Pensonic Chef's Like, memang berbaloi-baloi dan puas hati.  



Terdapat pelbagai pilihan alat dapur dari siri Pensonic Chef's Like ini, seperti Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000, Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002, Pengisar (Blender) PB-801, Pencampur (Mixer) PM-214, Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G, Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000, Pengukus (Steamer) PSM-1603, Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N, Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N, Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910, Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003 dan 'Air Fryer' (PDF-2201). Bagi Mamadee kesemua alat dapur dari siri Pensonic Chef Like ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan juga fungsi yang memudahkan kerja-kerja memasak di dapur. Memang sangat berbaloi untuk dimiliki. 




Jadi, tunggu apa lagi, jom sertai kempen Pensonic Chef's Like 2017!. Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: http://pensonic.com/

Ketam buttermilk





BUTTERMILK CRAB
Bahan-bahan
2 ekor ketam (saya tak potong, sebab bila ketam dipotong, isi ketam akan jadi kering. Hanya buka cengkerang atas dan cuci sehingga bersih)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
2 tangkai daun kari
3 cili kering
2 sudu besar majerin atau mentega
2 sudu besar minyak
1 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn air)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam n gula secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan minyak.
2. Setelah panas, tumiskan bawang putih n bawang besar.
3. Setelah bawang layu, masukkan daun kari dan lada kering.
4. Bila bahan-bahan tumisan sudah naik bau, masukkan susu.
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Masukkan garam dan gula.
6. Masukkan ketam. Gaulkan sehingga rata. Biarkan sehingga ketam masak.
7. Jangan masak terlalu lama.

Friday, February 17, 2017

Sotong goreng telur masin




Assalamualaikum semua pembaca. Apa khabar semua? Semoga tahun 2017 ni kita semua bertambah sukses. Kali ini mamadee tak nak cerita panjang-panjang. Just nak berkongsi resepi sotong telur masin yang sangat kebaboom lazat dan sedap ni. Mamadee rasa, jika masakan ini dinikmati di restoren  agak mahal harganya. Jadi untuk lebih ekonomi anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Senang sahaja untuk menyediakannya. Resepi ini mamadee ambil dari blog Fiza.

Bahan A
500gm Sotong 
1 cawan tepung jagung 
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B
3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari 
7 tangkai cili padi - dicincang 
secubit gula
1 kiub ayam 
2 biji telur masin yang telah di rebus- ambil yang kuning sahaja & hancurkan



Cara memasak:

1. Bersihkan sotong dan potong bulat.

2. Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.

3. Goreng sotong tersebut dengan minyak panas, sebentar sahaja. Jika terlalu masak tekstur sotong tersebut akan keras.

4. Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah di hancurkan sambil terus di kacau.

5. Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.

6. Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.