Bahan-bahan
kuah
1kg ikan selayang (rebus, masukkan sedikit garam, ambil isi dan
kisar isi ikan dengan air rebusan tadi )
½ kg santan pekat
Air (bergantung kepada kepekatan
yang diingini)
2 labu bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
½
inchi halia.*
Garam
1 keping asam keping
Bahan-bahan
ulam (mamadee just letak kacang panjang dan kesum, bahan yg lain tiada)
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bunga kantan
Taugeh
Cara penyediaan
kuah.
1.
Kisar bahan
bertanda *
2.
Masak santan hingga mendidih.
3.
Masukkan bahan
kisar kedalam santan tadi. Sentiasa kacau kuah supaya tidak berketul.
4.
Kemudian masukkan
isi ikan, lada hitam dan asam keping. Masukkan air mengikut tahap kepekatan
kuah yang anda ingini.
5.
Kacau kuah sehingga
mendidih. Kemudian masukkan garam
secukup rasa.
6.
Setelah santan
mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan kuah dengan laksa.
sedap dan nampak mudah..
ReplyDeleteHari ni saya pun buat laksa. Hehe
ReplyDeleteSedap nih, memang simple lah resepi satu nih.
ReplyDelete