Mamadee berasa sangat teruja kerana tahun ini berpeluang menyertai kempen Pensonic Chef's Like. Ini merupakan tahun ke-4 kempen ini diadakan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti, Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with
Celebrity dan Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’.
Ok, berbalik kepada kempen Pensonic Chef's Like pada tahun ini, Pensonic telah menganjurkan acara memasak
beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah
memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan
secara langsung. Semua keperluan untuk para peserta bagi acara memasak
bersama-sama DCH Ismail disediakan oleh Pensonic, termasuk bahan-bahan mentah,
peralatan memasak dan apron. Para peserta sangat bertuah kerana mereka telah
berpeluang belajar, diselia dan beramah mesra dengan Chef terkenal DCH Ismail. Para peserta juga
membawa pulang masakan yang telah mereka masak sendiri untuk dikongsi bersama
keluarga, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna
Pensonic! Wow, sangat menarik kan!
Sempena kempen Pensonic Chef's Like 2017, kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi
terpilih akan diadakan. Banyak peraduan-peraduan diadakan di mana pemenang dapat
membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Periuk Serbaguna Pensonic, oleh
itu jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah. Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui
bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like
Musim Keempat (2017).
Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat
dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):
•
Ban
Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi,
Sabtu).
•
CY
Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
•
Wah
Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
•
HK
Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
•
AEON
BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
•
Tesco
Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
•
Giant
Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
•
Chan
Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
•
Bright
Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
•
senQ,
Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).
Mamadee juga berasa sungguh bertuah kerana berpeluang memasak bersama Chef Ismail dalam rancangan Masak bersama Chef Mail yang disiarkan setiaphari Isnin jam 6-6.30 di TV3. Jangan lupa saksikannya!
Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod akan kembali dengan lebih banyak aksi hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti tanah air yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.
Bukan sahaja setiap episod rancangan ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. Sangat menarik kan!. Penonton berpeluang memenangi alat-alat dapur dari siri Pensonic Chef's Like. Mamadee sendiri sudah menggunakan Air fryer dari Pensonic Chef's Like, memang berbaloi-baloi dan puas hati.
Jadi, tunggu apa lagi, jom sertai kempen Pensonic Chef's Like 2017!. Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: http://pensonic.com/
No comments:
Post a Comment