Saturday, November 29, 2014

Solok ikan


Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti hari ini? Ibu-ibu pula apa juadah istimewa di hari minggu?.

Hari ni saya menyediakan solok ikan. Solok ikan ni sangat popular di Kelantan. Memang sedap di makan dengan nasi panas. Makan macam tu sahaja pun sedap. Saya ambil resepi solok ikan dari buku chef hanieliza 1 hari 1 resepi.

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang
3 ukas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1/2 cawan kelapa parut
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan dibasuh
2. Kikis isi ikan.
3. Tumbuk bawang, lada hitam dan kelapa sehingga lumat.
4. Campurkan telur, isi ikan dan garam dan bahan yang ditumbuk dlm mangkuk.
5. Gaul rata
6. Kepalkan adunan dan leperkan.
7.  Goreng dlm minyak panas dengan api sederhana.
8. Goreng sehingga warna perang dan masak.


Tuesday, November 25, 2014

Ketam telur masin


Assalamualaikum semua. Siapa minat makan ketam? Tempoh hari saya first time cuba makan ketam telur masin di restoran. Boleh tahan sedap jg. Tapi bila tengok harga..telan air liur juga nak membayarnya.

So hari ini, saya masak sendiri ketam telur masin. Jimat dan puas hati. Jom lihat resepinya.


Resepi dari blog dapur kecah

Bahan-bahan:

2 ekor Ketam 
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

Utk goreng ketam

Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

Caranya

1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.



4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 



Thursday, November 20, 2014

Gulai darat Kelantan Ikan keli



Assalamualaikum apa khabar semua? Masak apa untuk makan malam hari ini? Cuti sekolah pun dah bermula sekarang pasti ibubapa semua mempunyai perancangan aktiviti untuk anak-anak.

Dah lama sebenarnya saya masak gulai darat ikan keli ini, tapi baru ada kesempatan untuk update resepi disini. Gulai darat ini merupakan masakan tradisi orang Kelantan. Ini memang salah satu favourite saya.  Saya tak pasti macam mana masakan ini dapat nama as "Gulai darat". Kalau "buaya darat" tu saya tahu la..hehe.


Jom lihat resepi gulai darat ini. Memang sedap jika dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman dicicah budu!!

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli
1 cawan santan
5 ulas bawang merah*
tiga hiris lengkuas*
tiga hiris kunyit*
3-4 tangkai cili padi merah*
Seikat daun kesum
Asam keping
Garam



Cara-cara
1. Bahan bertanda * semua dikisar.
2. Masukkan bahan dikisar, santan, sedikit air dan ikan kedalam periuk.
3. Masak sehingga hampir menggelegak, masukkan daun kesum dan asam keping serta garam secukup rasa.
4. Setelah ikan masak, bolehlah diangkat.


Sunday, November 9, 2014

Puding pelangi kastard koko

Selamat berhujung minggu semua. Apa rancangan hari minggu anda? Petang hari hujung minggu ni, sedap juga jika sajikan puding sejuk-sejuk untuk dimakan seisi keluarga.

Puding ini rasa lemak-lemak dan juga ada sedikit hint of chocolate. Sebab dilapisi juga dengan adunan coklat. Sedap tak rugi cuba resepi dari HaSue ni. Puding ini asalnya dibuat corak marble oleh pemilik resepi ini, tapi saya ubah sedikit dengan buat corak lapis-lapis. Jom tengok resepinya.


Sumber : Ha-sue blog

Bahan-bahan:
13g serbuk agar2
750ml air
200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
80g mentega
1 biji telur
½ tin susu cair | 250g susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah, hijau dan kuning secukupnya 

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk (sama byk). Masukkan serbuk koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 3 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning, hijau dan merah.
  5. Tuangkan satu senduk adunan berwarna merah. Setelah sejuk lapiskan dengan adunan yang warna lain pula.
  6. Ulang sehingga habis.
*Ikut resepi asal Hasue buat corak marble, tapi saya buat lapis-lapis.hehe


Sunday, November 2, 2014

Travel cooker review

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Minggu lepas Mama Dee berpeluang ke Osaka Jepun selama seminggu. Tak sempat lagi nak tulis tentang percutian ke Osaka..huhu. Bila ada masa terluang nanti Mama Dee akan tuliskan tip-tip dan tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Osaka, Kyoto dan Nara. Tapi kali ini Mama Dee nak berkongsi dengan pembaca semua tentang travel cooker yang sangat berguna bila anda mahu bercuti ke tempat yang susah untuk cari makanan halal. Disamping itu anda boleh jimatkan duit dari makan di luar ketika bercuti. Nak2 pula bila ke negara yang mempunyai nilai matawang yang sangat tinggi daripada ringgit.


Tadaaa...Saya beli travel cooker ini di Lazada.com . Anda boleh search "travel cooker" di Lazada.com. Banyak lagi gadget2 memasak yang menarik ada di Lazada. Service Lazada juga memang terbaik. Saya plan nak beli travel cooker ni pun last minute sebelum berlepas ke Osaka. Nasib baik penghantaran dari pihak Lazada sangat cepat. Sehari selepas membuat pembelian, barang dah sampai ke rumah. 

Saya gunakan travel cooker ini untuk masak nasi,masak spaghetti, masak sup, masak bubur nasi sepanjang percutian kami ini. Masak nasi seperti masak atas dapur gas. Bila air dah kering barulah tutup penutup periuk. 

Ini lah stok makanan dlm tin yang saya bawa actually ni dah tinggal separuh stok. Saya juga bawa sedikit beras, spaghetti dan juga kiub ayam.  Memang sangat senang. Tambahan pula anak saya kadang-kadang seleranya sukar dijangka. Sekejap nak makan nasi, sekejap nak makan spaghetti. huhu..



Ini bubur nasi yang saya masak menggunakan travel cooker. Senang sahaja, masukkan beras yang telah dicuci. Masukkan air lebih banyak dari memasak nasi biasa. Kemudian masukkan satu kiub ayam dalam travel cooker. Masak sehingga nasi masak.  Bubur nasi ini saya makan bersama ayam kicap dalam tin.hehe.


Yg ni, resepi spontan. Memang sedap seakan-akan masakan Jepun. Spaghetti sup salmon. Masukkan spaghetti dalam periuk bersama air.  Masukkan kiub ayam. Setelah spaghetti masak, masukkan ikan salmon dan juga sotong kering. Salmon dan sotong kering memang senang untuk ditemui di Jepun. Tak sangka masakan spaghetti sup salmon ini memang sgt sedap..haha.


Manakala ini pula sambal salmon yg dimasak ekspress menggunakan travel cooker ini. Sebenarnya saya beli sambal udang dalam tin. Tapi bila buka seekor udang pun tak ada. Jadi saya masukkan hirisan ikan salmon dlm sambal dan masak dgn gunakan travel cooker. Hehe.







Kesimpulannya, travel cooker ini memang sangat berguna. Saya senaraikan kelebihan dan kekurangan travel cooker ini.

Travel cooker 1.8 liter (dah sangat cukup besar untuk kami anak beranak)
harga : RM89.00

Kelebihan
-Ringan
-Senang digunakan
- Sangat berguna untuk masak pelbagai jenis makanan
- Harga berpatutan

Kekurangan
- Berhati-hati semasa membasuhnya, kerana periuk dan base di attach sekali.