Assalamualaikum semua. Kali ni mamadee nk kongsi resepi popcorn. Memang senang sangat nak sediakan popcorn caramel ni. Sebelum ni mamadee memang gemar membeli caramel popcorn di pasar West End. Satu bungkus besar biasanya berharga AUD6. Tapi bila buat sendiri pastinya lebih jimat kan. Jom lihat cara menyediakannya.
Bahan-bahan
1 cawan bertih jagung
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
Bahan-bahan caramel
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
secubit garam
1. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan mentega.
2. Kemudian masukkan bertih jagung.
3. Mamadee menggunakan pressure cooker. Set menu browning. Tutup penutup periuk. Lebih kurang 2 minit. Bertih jagung dah masak. Jika anda menggunakan periuk biasa pun boleh juga. Jika gunakan periuk biasa, akan kedengaran bunyi 'pop', bila sudah tidak kedengaran bunyi pop maksudnya bertih jagung dah masak.
Bertih jagung dah kembang.
4. Kemudian kita sediakan caramel. Panaskan periuk yg lain. Masukkan mentega. Biarkan mentega panas dan cair.
5. Masukkan gula perang. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan madu dan garam. Masak sehingga agak likat.
6. Curahkan karamel keatas popcorn.
7. Gaul sehingga sebati.
8. Masukkan popcorn kedalam oven. Bakar selama 15 minit 170 degreee Celsius. Setelah siap, biarkan ia sejuk, kemudian bolehlah dinikmati dan disimpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment