Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Bubur nasi ayam ala McDonalds

By 4:49 PM , ,


Assalamualaikum semua. Kali ini Mamadee ingin berkongis cara menyediakan bubur nasi ayam ala McDonalds. Alkisahnya, anak Mamadee dah  beberapa hari tidak sihat, selsema, batuk-batuk serta demam. Hari ke-dua demam, Mamadee dah bawa berjumpa dengan doktor di UQ health centre. Risau juga bila demam tak kebah. Menurut doktor mamadee tak perlu risau jika suhu badan anak tinggi tetapi dia masih aktif seperti biasa.  Menurut beliau suhu tinggi itu adalah untuk membunuh kuman. Mamadee hanya perlu make sure anak minum banyak air, dan rehat secukupnya. Ubat paracetamol pun doktor cakap tak payah bagi, kecuali jika keadaan anak nampak lemah tak bermaya. Tetapi mamadee bagi juga ubat bila suhu mencecah hampir 40 degree.huhu. Maklumlah hati ibu, mudah risau. :(

Jadi bila di google kaedah complimentary untuk mengurangkan / mempercepatkan proses penyembuhan selsema dan batuk, mamadee terbaca yang bubur ayam dapat membantu. Mamadee juga memasukkan bawang putih dan halia kedalam bubur, kerana jika mengikut petua orang tua, bawang putih juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 



Mamadee menyediakan bubur ini dengan menggunakan pressure cooker Tefal yang ada multi function. Rasanya jika nak guna periuk Noxxa pun boleh. Memang senang dan cepat. Mamadee ada terbaca dekat blog Kak jee, jika tiada pressure cooker, cara yang cepat untuk menyediakan bubur, beras tersebut perlu direndam 4-5 jam sebelum dimasak, jadi masa memasak bubur dapat disingkatkan.

Jom lihat resepi bubur ayam Mamadee

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
3 hiris halia 
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan (ini lah secret ingredient yg menjadikan bubur ayam ni rasa seperti bubur McD)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Lumurkan bawang putih dan halia pada dada ayam
3. Masukkan dada ayam dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 7 minit.
4. Bila sudah siap, keluarkan dada ayam. Kemudian masukkan beras kedalam pressure cooker. Masukkan serbuk lada sulah dan juga minyak bijan. Sila rasa sup ayam tersebut, jika kurang garam, masukkan garam secukup rasa.  Tutup periuk, kemudian pilih menu high pressure, masa 15 minit,
5. Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan ayam, dan potong daun bawang kecil-kecil.
6. Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan ayam yg dicarik halus, bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.


You Might Also Like

2 comments

  1. HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM! Rugi taw sape takde periuk ajaib. Usahakanlah dapatkan satu. Siapa yg teringin nak piuk noxxa tuh..mai beli ngan ibuyati. RM670-lengkap ngan beratus resepi noxxa dlm 4 ebook di hantar tru email. Laku keras piuk nih...Biasa ibuyati jual rm720. Katalog price RM788.65. 1 june 2017 harga baru ye...tak jadi naik june 2016 lepas. Pm 019-2494819. harga ahli rm657.20. Harga ahli baru RM614.80. Jadi ahli lah yg terbaik! Pm 019-2494819

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete