Monday, April 25, 2016

Aiskrim kacang merah


Assalamualaikum semua. Aiskrim ni mamadee buat since summer hari tu lagi, ni dah masuk autumn dekat Brisbane baru nk update. Setahu mamadee sekarang di Malaysia cuaca sangat panas. Apa kata jika anda sediakan aiskrim kacang merah ni untuk menyejukkan badan.

Aiskrim kacang merah resepi dari blog fiza ni memang sedap. Teringat nostalgia zaman budak-budak dahulu.


AISKRIM POTONG- PERASA KACANG MERAH (Sumber resepi: Blog Fiza)
BAHAN
200gm gula pasir
3sudu besar susu tepung
350ml air

BAHAN B
2sb paras tepung ubi
2sb paras tepung jagung
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air - kacau rata.

BAHAN C
80gm susu pekat
500ml santan pekat
250gm kacang merah dalam tin di lecek
sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

3. Tuang dalam acuan ais krim atau ice-cube tray.

4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Saturday, April 23, 2016

Laksa penang mudah, cepat dan sedap (ikan sardin tin)





Assalamualaikum. Resepi ini rasanya dah berzaman tersimpan dalam draft. Kali ini baru mamadee sempat nak update di blog. Siapa disini yang gemar makan laksa? Mamadee memang peminat laksa, sebut aja laksa apa, laksa penang, laksa kelantan, laksa johor..yummy.



Kali ni, mamadee cuba buat laksa penang cara mudah dan cepat. Gunakan saje ikan sardin dalam tin. Rasa kuah laksa ekspress ni boleh tahan juga. Jom lihat resepinya.







Laksa penang cepat, mudah dan sedap (ikan sardin tin)

Sumber resepi: blog madiha

Bahan-bahan
1 peket laksa kering d rendam 1jam dn rebus hingga empok dan toskan
secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan (mamadee tak letak, sebab susah nak jumpa dekat brisbane)
8 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
Sambil rebus laksa boleh lah buat kuahnya

Bahan kuah
1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan  (mamadee tak letak)
5 tangkai cili kering (mamadee lebihkan sikit)
4 cwn air + 6 cawan lagi

Bahan sampingan
Daun salad
bawang besar
telur rebus
hirisan cili padi
limau nipis/limau kasturi
Nenas

Cara menyediakan
1. Semua bahan kuah dikisar halus.  Masukan dlm periuk, lebihan sisa dlm belander di tambah dgn 6 cwn air dan curah dlm periuk.
2. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur, garam dn gula secukup rasa.
3. Bila dah gelegak rasa pun dah cukup sdp boleh lah tutup api. Ikut kepekatan kuah yang anda suka & bolehlah hidangkan laksa dengan bahan2 sampingan yang lain.

Friday, April 22, 2016

popcorn caramel


Assalamualaikum semua. Kali ni mamadee nk kongsi resepi popcorn.  Memang senang sangat nak sediakan popcorn caramel ni. Sebelum ni mamadee memang gemar membeli caramel popcorn di pasar West End. Satu bungkus besar biasanya berharga AUD6. Tapi bila buat sendiri pastinya lebih jimat kan. Jom lihat cara menyediakannya.


Bahan-bahan

1 cawan bertih jagung
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Bahan-bahan caramel
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
secubit garam

1. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan mentega.

2. Kemudian masukkan bertih jagung. 

3. Mamadee menggunakan pressure cooker. Set menu browning. Tutup penutup periuk. Lebih kurang 2 minit. Bertih jagung dah masak. Jika anda menggunakan periuk biasa pun boleh juga. Jika gunakan periuk biasa, akan kedengaran bunyi 'pop', bila sudah tidak kedengaran bunyi pop maksudnya bertih jagung dah masak.

 Bertih jagung dah kembang.


4. Kemudian kita sediakan caramel. Panaskan periuk yg lain. Masukkan mentega. Biarkan mentega panas dan cair.

5. Masukkan gula perang. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan madu dan garam. Masak sehingga agak likat.

6. Curahkan karamel keatas popcorn.

7. Gaul sehingga sebati.

8. Masukkan popcorn kedalam oven. Bakar selama 15 minit 170 degreee Celsius. Setelah siap, biarkan ia sejuk, kemudian bolehlah dinikmati dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, April 8, 2016

Bubur nasi ayam ala McDonalds


Assalamualaikum semua. Kali ini Mamadee ingin berkongis cara menyediakan bubur nasi ayam ala McDonalds. Alkisahnya, anak Mamadee dah  beberapa hari tidak sihat, selsema, batuk-batuk serta demam. Hari ke-dua demam, Mamadee dah bawa berjumpa dengan doktor di UQ health centre. Risau juga bila demam tak kebah. Menurut doktor mamadee tak perlu risau jika suhu badan anak tinggi tetapi dia masih aktif seperti biasa.  Menurut beliau suhu tinggi itu adalah untuk membunuh kuman. Mamadee hanya perlu make sure anak minum banyak air, dan rehat secukupnya. Ubat paracetamol pun doktor cakap tak payah bagi, kecuali jika keadaan anak nampak lemah tak bermaya. Tetapi mamadee bagi juga ubat bila suhu mencecah hampir 40 degree.huhu. Maklumlah hati ibu, mudah risau. :(

Jadi bila di google kaedah complimentary untuk mengurangkan / mempercepatkan proses penyembuhan selsema dan batuk, mamadee terbaca yang bubur ayam dapat membantu. Mamadee juga memasukkan bawang putih dan halia kedalam bubur, kerana jika mengikut petua orang tua, bawang putih juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 



Mamadee menyediakan bubur ini dengan menggunakan pressure cooker Tefal yang ada multi function. Rasanya jika nak guna periuk Noxxa pun boleh. Memang senang dan cepat. Mamadee ada terbaca dekat blog Kak jee, jika tiada pressure cooker, cara yang cepat untuk menyediakan bubur, beras tersebut perlu direndam 4-5 jam sebelum dimasak, jadi masa memasak bubur dapat disingkatkan.

Jom lihat resepi bubur ayam Mamadee

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
3 hiris halia 
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan (ini lah secret ingredient yg menjadikan bubur ayam ni rasa seperti bubur McD)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Lumurkan bawang putih dan halia pada dada ayam
3. Masukkan dada ayam dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 7 minit.
4. Bila sudah siap, keluarkan dada ayam. Kemudian masukkan beras kedalam pressure cooker. Masukkan serbuk lada sulah dan juga minyak bijan. Sila rasa sup ayam tersebut, jika kurang garam, masukkan garam secukup rasa.  Tutup periuk, kemudian pilih menu high pressure, masa 15 minit,
5. Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan ayam, dan potong daun bawang kecil-kecil.
6. Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan ayam yg dicarik halus, bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.