Thursday, December 31, 2015

Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap


Selamat Tahun Baru 2016! Apa program hari cuti anda? Semalam meriah mamadee melihat kawan-kawan berkunjung ke South Bank untuk melihat pertunjukan bunga api. Mamadee dan keluarga tak pergi. Kami hanya melihat pertunjukan bunga api dari rumah. Kebetulan rumah Mamadee berada atas bukit, jadi dapatlah kami lihat dari rumah sahaja.

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang memasang azam baru. Mamadee macam biasa la, azam 2016 ni nak kurus.hahaha. Rasanya dari tahun-tahun lepas lagi azam untuk kuruskan badan ni tak berjaya. Yang penting, mamadee perlu lebih rajin bersenam dan jaga kesihatan. Lagipun usia dah memasuki fasa 30-an. Kena lebih menjaga kesihatan. Tapi kali ini, harap dapat dimaafkan, sebab mamadee dah 'terbuat' kek coklat moist ni. :)

Lepas makan ni, kena exercise sedikit. Resepi dari kak Azlita masam manis ni memang menjadi pilihan setiap kali mamadee menyediakan kek coklat moist. Resepinya mudah dan menghasilkan kek yg sedap sekali. Jom lihat resepinya.

RESEPI KEK (SUMEBR: AZLITA MASAM MANIS)

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan B
  2. Pukul hingga putih
  3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  4. Pukul hingga sebati
  5. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  6. Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
  7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
  8. Tambahkan air panas dan gaul rata
  9. Adunan yang telah di gaul rata
  10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  13. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
  14. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
  15. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


RESEPI COKLAT GANACHE (SUMBER: KAK ERRA)
 BAHAN
120g dark coklat
120 whipping cream
1 tbsp butter

CARA-CARA

1. Double boil whipping cream, jgn sampai mendidih, masukkan dark coklat
2. Gaul sebati. Biarkan suhu dalam 33-35degree C baru tuang atas kek

Sunday, December 20, 2015

Pau gebu sedap dan mudah



Assalamualaikum semua. Dah hampir ke penghujung tahun 2015. Cepat sangat masa berjalan. Bila dikenang kembali saat hari pertama kami tiba di bumi Brisbane, perasaan bercampur-campur, ada rasa teruja, risau, takut dan gembira. Tapi Alhamdulillah, kami sekeluarga disini dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membantu. Mamadee ingin berkongsi berita gembira, sempena Apreciation Night 2015 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Queensland dan juga Education Malaysia Australia, mamadee dianugerahkan anugerah Research Excellence Award. Alhamdulilah. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas rezeki ini.


Okay berbalik kepada resepi kali ini, biasanya mamadee agak fobia bila menyediakan pau. Kebanyakan resepi yg pernah mamadee cuba, pau akan keras bila sejuk atau dipanaskan balik. Tetapi kali ini, resepi ini, pau tetap kekal gebu. Mamadee buat stok frozen, dan bila dikukus balik keesokan hari, pau masih gebu. Jadi, senang, bila nak bawa bekal ke universiti, just kukus balik dalam 10 minit. Jom lihat resepinya.

Resepi dari Yatie memories.

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

**Inti pilihan anda

Cara-caranya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak-jarakkan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus mamadee mula mengukus)
  6. Kukus 7-10 minit. Balut tudung pengukus
  7. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

Wednesday, December 9, 2015

Sambal ala 'shalom' masakan indonesia


Assalamualaikum semua. Sekejap sahaja kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 ini, Alhamdulillah, banyak rezeki dan kesenangan dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk kami sekeluarga.  Baru-baru ini juga mamadee berjaya terpilih sebagai finalist dalam pertandingan research pitching dan pertandingan ini  juga membuka peluang mamadee untuk bekerjasama dengan Prof. Robert Faff, untuk menjadi ambassador dan jurucakap untuk mempromosikan research pitching kepada pelajar-pelajar postgraduate di universiti. Alhamdulillah.
 Okay, berbalik kepada resepi kali ini,  sambal ini merupakan masakan Indonesia. Kami sekeluarga sangat menggemari sambal yang disajikan di Restoran Shalom di Sunnybank, Queensland. Memang unik dan sedap. Sangat sedap bila disajikan bersama nasi putih dan juga ayam goreng berserta ulam-ulaman.  Jadi, mamadee cuba-cuba untuk mengolah resepi sambal ini, berdasarkan rasa sambal di restoran Shalom itu. Jadi, para pembaca di Malaysia juga dapat mencubanya :)




Sambal ala 'shalom' (Indonesia food)
Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis*
Segenggam cili padi*
5 helai daun limau purut*
Sedikit air limau nipis
Garam n gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan bertanda *sehingga lumat
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
4. Masak sehingga sambal tadi garing.
5. Masukkan air limau nipis, garam n gula secukup rasa.

Saturday, November 28, 2015

Kek pandan chiffon gebu



Salam semua. Kek pandan chiffon ini memang favourite mamadee dan family. Kalau perasan, dalam blog mamadee ini, dah macam-macam versi kek chiffon pandan yang mamadee dah cuba. Resepi ini dari blog Christine. Sedap, kerana kek ini tidak kering, rasa lemak-lemak santan. Dan pastinya, gebu. Cuma yang mencabarnya bila buat kek chiffon ni byk pantang larangnya. hehe. Ni antara tips yang mamadee belajar dari beberapa blog.

  • Kena pukul meringue biar betul-betul kental (hard peak)
  • Loyang tak perlu digris dengan minyak (sebab kek perlu lekat pada wall untuk 'memanjat', barulah kek menjadi tinggi dan tak jatuh bila dah masak)
  • Bila kek dah masak, cepat2 terbalikkan loyang. Supaya graviti tidak menarik turun kek, dan kek menjadi lenyek.
  • Jangan buka pintu oven semasa membakar kek didalamnya.
Jom lihat resepinya.

Resepi source: Christinerecipe.com

Pandan Chiffon Cake Recipe 
Prepare an ungreased 20cm (8 inch) round tube pan (removable base preferred) 
By Christine's Recipes 
Prep time: 20 mins 
Cook time: 40 mins 
Yield: 8 serves 

Ingredients of batter
5 egg yolks 
20 gm caster sugar 
100 gm cake flour 
1 tsp baking powder 
100 ml coconut milk 
2 Tbsp pandan juice (see below for making pandan juice) a few drops pandan essence/pandan paste, optional
 3 Tbsp olive oil 

Ingredients of egg whites
5 egg whites
60 gm caster sugar
1/2 tsp cream of tartar

 Ingredients of pandan juice: 
10 pandan leaves, fresh or frozen 
1 1/2 Tbsp water 

Method: 
1.Preheat oven to 170C (338F).
2.Beat the egg yolks with a balloon whisk and mix in 20 grams of sugar. Add coconut milk, pandan juice, and a few drops of pandan paste (if desired). Combine well. 
3.Sift in cake flour and baking powder in three batches into the egg yolk mixture. Mix well. Lastly, add olive oil. Set aside. 
4.Use a large clean bowl, making sure there’s no water or oil in it. Beat the egg whites with an electric mixer until bubbles form. Add the cream of tartar. After mixing well, add the 60 grams of sugar in three batches, about one-third at a time, and beat well between additions. Continue to beat until stiff peaks form. 
5.Spoon out 1/3 of the beaten egg whites and fold into the egg mixture. Lightly fold in the rest of the beaten egg whites with a spatula, until just combined. 
6.Pour into the cake pan and bake in preheated oven for about 35 to 40 minutes. After baking the first 15 minutes, if you find your cake gets browning, reduce heat to 150C(302F), continue to bake until cooked through. A needle comes out clean when inserted in the middle. Remove cake from the oven. invert the pan immediately. Allow it to cool completely. 



VERSI BAHASA MELAYU

Bahan-bahan
5 biji kuning telur
20g gula kaster
100g tepung kek
1 sudu teh baking powder
100ml santan
2 sudu besar jus pandan / guna pandan emulco
3 sudu besar minyak zaitun (mamadee guna minyak masak biasa)

Bahan meringue
5 biji putih telur
60g gula kaster
1/2 sudu teh cream of tartar

Bahan jus pandan
10 helai daun pandan
1 1/2 sudu besar air.

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree C
2. Pukul kuning telur dengan whisk, masukkan 20g gula, santan dan pandan emulco/jua pandan. Pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan tepung tadi kedalam adunan kuning telur. Masukkan minyak. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
4.  Didalam mangkuk yang lain. pastikan mangkuk benar-benar kering. Masukkan putih telur. Pukul dnegan elektrik mixer sehingga terbentuk buih-buih halus. Kemudian masukkan cream of tartar. Setelah buih-buih halus terbentuk, masukkan gula sedikit demi sedikit, sehingga habis. Pukul putih telur sehingga kental/bertanduk. (hard peak).
5. Masukkan 1/3 putih telur tadi kedalam adunan kuning telur. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan selebihnya adunan putih telur tadi kedalam adunan kuning telur. Kaup balik dengan menggunakan sudip kayu atau spatula. Pastikan semua bercampur tetapi jangan over kaup balik kerana kita akan memusnahkan rongga udara yang terhasil.
6. Masukkan adunan kedalam loyang chiffon (loyang yang mempunyai lubang ditengah2. Loyang chiffon membantu kek untuk naik tinggi).  Masukkan kek kedalam oven. Bakar selama 30-40 minit. Setelah kek masak, terus keluarkan dari dalam oven dan terbalikkan loyang. Setelah kek sejuk, sisipkan pisau ditepi loyang untuk keluarkan kek.










Friday, November 27, 2015

Jemput-jemput pisang rapuh diluar, gebu didalam


Assalamualaikum semua. Dah bersawang blog, lama betul mamadee tak update resepi disini.  Dah banyak kali mamadee cuba resepi jemput-jemput pisang ni. Sahabat mamadee, fairuz yg memperkenalkan resepi jemput-jemput sedap ini. Apa yg menarik tentang resepi ini, jemput-jemput yg dihasilkan gebu didalam dan rapuh diluar. Disamping itu ia tidak makan minyak bila digoreng. Jom lihat resepinya

Bahan-bahan
3 biji pisang saiz besar (mamadee guna pisang cavendish)
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
1 sudu besar gula

Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak.
5. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.
6. Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
7. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang

Saturday, October 17, 2015

Ayam bakar bumbu rojak masakan indonesia


Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti anda hari ini?  Mamadee macam biasa, hujung minggu akan ke farmer's market beli sayur dan ikan.  Yg menarik di farmer's market sayur-sayur kelihatan segar dan harganya lebih murah.  Suasana farmer's market di sini juga meriah dengan pemuzik yg busking dan juga membuat persembahan di pentas utama. Jadi sesudah penat berjalan, bolehlah duduk berkelah di atas rumput sambil dihiburkan oleh pemuzik.


Okay,  berbalik kepada resepi kali ini. Ayam bakar bumbu rojak ini adalah masakan indonesia. Kali pertama mamadee menikmati hidangan ini adalah di restoran shalom di Sunnybank. Memang sedap. Mamadee jumpa resepi ini di blog indonesiaeat.com. tetapi mamadee ada modified sedikit resepi ini.hehe.





Ingredients:
1 whole chicken (700 g), cut into 6 pieces
salam (Indonesian bay) leaves
5 kaffir lime leaves, teared
2 lemongrasses, bruised
400-500 ml thick coconut milk
2 limes for drizzling on chicken
oil for stir fry

Spices grind into a paste:
100 g red chili pepper (about 1/4 cup ground red chili or sambal ulek)
10 shallots (5 larger sized shallots)
4 cloves garlic
6 candlenuts
4 cm long galangal
2 cm long ginger
1 1/2 cm long turmeric
1/2 tsp roasted terasi (English: dried shrimp paste, Malay: belachan)
salt as desired
2 tsp coconut sugar (can be substituted for palm sugar)
2 tsp tamarind, dissolved in a small amount of water

Directions:
1. Rinse off with cold water and pat dry chicken. Drizzle fresh lime juice over chicken, let it sit for the next 20 minutes.
2. Preheat the oven at 350F. Meanwhile, in a skillet, at medium hight heat, add oil and stir fry spices paste, Indonesian bay leaves, lemongrass and kaffir lime leaves until fragrant.
3. Add chicken and stir until change colour.
4. Add coconut milk, bring to a boil and stir once a while.
5. Reduce the heat to low-medium and let cook until thicken and oily.
6. Bake chicken for 15 – 20 minutes and turn the oven knob into hi-broil. Broil until the chicken surface turn a bit darker or dry.

VERSI BAHASA MELAYU

Bahan-bahan
1 ekor ayam (mamadee guna ayam saiz kecil)
2 helai daun salam (daun bay)
5 helai daun limau purut
2 batang serai
400-500 ml santan pekat
2 biji limau nipis (perah jus dan lumurkan pada ayam)
sedikit minyak

Bahan-bahan bumbu rojak (kisar semua bahan, jadikan pes)
100 g cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
4 cm lengkuas
2 cm halia
1 1/2 cm kunyit
1/2 sudu teh belacan (mamadee tak letak)
2 sudu teh gula melaka
2 sudu teh air asam jawa
3 sudu teh kicap manis (yg ni mamadee tambah)

Cara-cara penyediaanya
1. Bersihkan ayam. Belah empat ayam, lumurkan dengan jus limau nipis. Biarkan selama 20 minit.
2. Panaskan oven. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis per bumbu rujak di dalam kuali. Kemudian masukkan daun limau purut, daun bay/salam dan serai. Tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan ayam kedalam kuali. Gaul sehingga rata.
4. Kemudian masukkan santan kedalam kuali. Gaul rata. Masak sehingga santan mendidih dan ayam 3/4 masak dan kuah meresap masuk kedalam isi ayam.
5. Kemudian keluarkan ayam dan bakar di dalam oven.  Bakar selama 15-20 minit sehingga permukaan ayam kelihatan garing.
6. Sementara itu, di dalam kuali tadi masak sehingga kuah bumbu rojak menjadi pekat.
7. Untuk menghidang, letakkan ayam di atas pinggan dan curahkan bumbu rojak di atas ayam tadi.





Thursday, October 8, 2015

Light Cheddar cheese cake



Assalamualaikum, dah banyak kali mamadee cuba resepi dari Sonia nasi lemak lover ni. Seingat Mamadee ini adalah antara kek terawal yg mamadee pandai buat selain dari kek coklat..hehe. Kiranya, kek ini antara yg fool proof la. Orang yang beginner pun boleh buat dan tak rumit. 



Kek ini seakan-akan Japanese Cheese Cake, tetapi kek ini menggunkan cheddar cheese, bukannya cream cheese seperti Japanese cheese cake, orang kta nampak sama tapi bukan dia. 
Recipe source : Nasi lemak love

Ingredients
6 slices of cheddar cheese (~20g per slice)
100g fresh milk
100g unsalted butter
6 egg yolks (large)
6 egg whites (large), cold from fridge
100g caster sugar
100g cake flour

Method

1. Place butter and tear up cheddar cheese slices in a bowl over a pot of simmering water, take a spatula and stir to melt, then add in milk and stir until all melted and mixed together. Set aside to cool slightly before use.
2. Lightly whisk the egg yolks in another mixing bowl. Ladle big spoonful of the cheese mixture into the egg yolks. Mix well and then add in the rest and combine well.
3. Sift in the cake flour into the egg yolk mixture and make sure no lumps.
4. Preheat the oven to 150C with a steam bake (I place 5 small bowls water underneath). Grease and line (bottom and sides) the baking pan
5. In another mixing bowl, beat egg white till foamy. Gradually add in sugar and beat till stiff peaks or at least close to stiff.
6. Use a whisk, mix 1/3 of egg white mixture with cheese mixture, mix to combine and till light.
7. Gently fold in the balance egg white mixture with a spatula, mix well.
8. Pour the batter into the prepared pan and smooth out the surface.
9. Bake the cake in the oven for 60 minutes at lower rack or till the tester comes out clean.
10. Let cake sit inside the oven for 5mins with oven door ajar. Remove from oven, immediately remove cake from cake pan, cool on wire rack.


Versi Bahasa Melayu

Bahan-bahan
6 keping cheddar cheese
100 g susu segar
100 g mentega tanpa garam
6 biji kuning telur
6 biji putih telur
100 g gula kaster
100 g tepung kek

Cara-cara.
1. Panakan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian, koyak-koyakkan cheddar cheese. Campurkan cheddar cheese dan mentega di dalam bekas besi. Panaskan bekas tersebut secara bain-marie di atas periuk yg berisi air panas tadi (mamadee guna microwave, set dalam 20 saat, kemudian cheese dan mentega tadi cair). Panaskan sehingga cheee dan mentega tadi cair.
2. Kemudian kacau telur kuning di dalam mangkuk berasingan, kemudian masukkan adunan cheese dan mentega tadi ke dalam telur kuning tadi.  Kacau sehingga sebati.
3. Ayak tepung ke dalam  adunan telur +cheese+mentega tadi. Kacau sehingga semua bercampur sebati.
4. Panaskan oven 150 degree C secara steam bake.  (Mamadee letak tray besar berisi air di dalam rak paling bawah di dalam oven).
5. Di dalam mangkuk berasingan, pukul telur putih sehingga berbuih, kemudian masukka sedikit demi sedikit gula kedalam telur putih tadi. Pukul sehingga kental.
6. Kemudian masukkan 1/3 daripada telur putih tadi kedalam adunan telur kuning+cheese+mentega. Kaup balik sehingga sebati. 
7. Masukkan baki telur putih selebihnya kedalam adunan. Kaup balik sehingga selesai.
8. Curahkan adunan kedalam loyng.
9. Bakar di dalam oven selama 60 minit secara steam bake.
10. Setelah kek masak, biarkan ia berada di dalam oven selama 5 minit. Kemudian keluarkan daripada oven dan terus keluarkan kek dari loyang. Sejukkan di atas rak.


Tuesday, October 6, 2015

Homemade icecream (no icecream machine needed)


Assalamualaikum semua. Sekarang di Brisbane telah bermula musim bunga. Bahang panas dah terasa. Memang sangat enak jika dapat menikmati aiskrim.
Bulan oktober ini juga boleh dikatakan bulan yang sangat sibuk bagi Mamadee, hujung bulan ini ada conference, dan juga Mamadee terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan Research Pitching di Univeristy of Queensland, Australia. Pada mulanya, mamadee menghantar penyertaan bertulis hanya sekadar untuk mencuba. Alhamdulillah rezeki, mamadee antara tujuh orang finalist yang akan bertanding nanti. Bila melihat topik kajian orang lain, rasa gerun juga. Doakan semoga mamadee berjaya. Malaysia Boleh!



Berbalik kepada resepi kali ini, resepi airkrim ini sangat mudah, hanya menggunakan dua bahan asas. Dan tidak perlu menggunakan ice cream maker. Perisa aiskrim juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Namun kali ini mamadee memilih untuk menyediakan ais krim strawberry dan juga coklat.Banyak lagi idea aiskrim yg boleh dilihat di chanel Gemma Stafford di You Tube dan juga di blog beliau. Memang sangat sedap aiskrim ni, setanding dengan rasa airkrim mahal di pasaran.hehe




Jom lihat langkah demi langkah penyediaannya. Resepi bahasa melayu mamadee ada sertakan di bahgian paling bawah
For Icecream base:
300 ml thickened cream/ whipping cream
300ml condensed milk

Customize your own flavour. Mamadee choose strawberry and chocolate


Beat whipping cream until firm and stiff


Pour the condensed milk into the cream


Drop some vanilla essence


Divide the icecream base into two bowls



Fold in the chocolate chips and 3 tbsp cocoa powder into the ice cream base


Freeze minimum 6 hours or overnight before eating


Prepare the strawberry purée


Fold in the purée into the ice cream base
Freeze 6 hours or overnight before eating


Resepi versi bahasa melayu

Bahan-bahan asas aiskrim
300 ml whipping cream
300 ml susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan hiasan (Ikut selera masing-masing, mamadee guna coklat chips dan strawberry)
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan coklat chip
Strawberry

Cara menyediakan asas aiskrim
1. Pukul whipping cream sehingga kental
2. Masukkan susu pekat manis kedalam krim tadi. Pukul sehingga sebati.
3. Titiskan.esen vanila. Kacau sehingga sebati. Mamadee bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian untuk aiskrim coklat dan satu lagi aiskrim strawberry.

 Cara menyediakan aiskrim coklat
1. Masukkan serbuk koko dan coklat chip kedalam asas aiskrim tadi. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan kedalam peti sejuk tempat sejuk beku selama 6 jam atau semalaman sebelum disajikan.

Cara menyediakan aiskrim strawberry.
1. Potong strawberry kecil-kecil. Lenyekkan dengan garfu untuk membuat puree strawberry.
2. Masukkan puree tadi kedalam adunan asas aiskrim. Titiskan sedikit pewarna merah jambu. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan kedalam peti sejuk tempat sejuk beku selama 6 jam atau semalaman sebelum disajikan.


Mamadee sertakan video juga untuk penyediaan ice cream ini. Enjoy the video!





Saturday, October 3, 2015

Seri kaya


Assalamualaikum semua. Apa aktiviti hari minggu anda? Dengar khabar di Malaysia skrg jerebu agak teruk, semoga anda semua berada dalam keadaan yg baik-baik sahaja walaupun keadaan agak tidak menyenangkan.


Di Brisbane, skrg sudah memasuki musim bunga. Dah kurang sejuk. Namun dua minggu lepas, buat pertama kali dalam hidup mamadee dapat lihat sendiri hujan batu. Keadaan selepas hujan batu, Lebat memutih seperti salji. Alhamdulillah, tidak ada perkara buruk yg berlaku akibat hujan batu tersebut.

Berbalik kepada resepi kali ini, mamadee menyediakan seri kaya memandangkan byk telur kuning baki daripada resepi pavlova yg mamadee buat beberapa hari lepas. Dah lama tak dapat menikmati seri kaya di Brisbane. Nikmatnya, bila disapu pada roti bakar dimakan ketika sarapan pagi. Resepi ini mamadee ambil dari blog che mat gebu. Cuma mamadee gunakan telur kuning sahaja, bukan keseluruhan telur.



BAHAN BAHAN

Seri Kaya
4 biji telur saiz besar (mamadee guna telur kuning sahaja)
300ml pati santan segar (mamadee guna santan kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa

Caramel
60g gula pasir
130ml air

CARA CARA

Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.

Thursday, September 10, 2015

Kek pandan butterscotch



Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, ada tetamu dari Malaysia berkunjung ke rumah mamadee di Brisbane.  Kami decide utk buat makan-makan sedikit untuk tetamu. Menu hari tu yang simple2 sahaja, mamadee sediakan nasi ayam dan juga kek pandan butterscotch. Resepi kek pandan ni adalah idea yang timbul secara spontan. Seperti biasa resepi kek pandan mamadee guna resepi favouite mamadee ini dari little teochew, dan resepi sos butterscotch pula mamadee cuba buat sendiri.



Bahan-bahan sos butterscotch
2 sudu besar mentega
100 g dairy whipping cream
4 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara menyediakan sos butterscotch.

1.Panaskan mentega dan gula sehingga mencair.
2. Kemudian masukkan whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga sos menjadi pekat.

Untuk kek pandan

Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara menyediakan kek. (mamadee guna loyang 4 segi saiz 9 inchi)

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.

Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter (yang ni saya tambah untuk menjadikan topping ini lebih likat).
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara menyediakan cheese topping
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.

Cara-cara menghias kek.
1. Sejukkan kek atas redai.
2.Setelah kek sejuk, sapukan cheese topping diatasnya.
3. Kemudian, drizzle sos butterscotch di atas cheese topping tadi.