Wednesday, December 9, 2015
Sambal ala 'shalom' masakan indonesia
Assalamualaikum semua. Sekejap sahaja kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 ini, Alhamdulillah, banyak rezeki dan kesenangan dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk kami sekeluarga. Baru-baru ini juga mamadee berjaya terpilih sebagai finalist dalam pertandingan research pitching dan pertandingan ini juga membuka peluang mamadee untuk bekerjasama dengan Prof. Robert Faff, untuk menjadi ambassador dan jurucakap untuk mempromosikan research pitching kepada pelajar-pelajar postgraduate di universiti. Alhamdulillah.
Okay, berbalik kepada resepi kali ini, sambal ini merupakan masakan Indonesia. Kami sekeluarga sangat menggemari sambal yang disajikan di Restoran Shalom di Sunnybank, Queensland. Memang unik dan sedap. Sangat sedap bila disajikan bersama nasi putih dan juga ayam goreng berserta ulam-ulaman. Jadi, mamadee cuba-cuba untuk mengolah resepi sambal ini, berdasarkan rasa sambal di restoran Shalom itu. Jadi, para pembaca di Malaysia juga dapat mencubanya :)
Sambal ala 'shalom' (Indonesia food)
Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis*
Segenggam cili padi*
5 helai daun limau purut*
Sedikit air limau nipis
Garam n gula secukup rasa
Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan bertanda *sehingga lumat
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
4. Masak sehingga sambal tadi garing.
5. Masukkan air limau nipis, garam n gula secukup rasa.
tahniah mamadee :D
ReplyDeletelooks yummy your sambal...
thank you sis Lisa, the sambal definitely compliment the meal n it's so yummy.
Delete