Selamat Tahun Baru 2016! Apa program hari cuti anda? Semalam meriah mamadee melihat kawan-kawan berkunjung ke South Bank untuk melihat pertunjukan bunga api. Mamadee dan keluarga tak pergi. Kami hanya melihat pertunjukan bunga api dari rumah. Kebetulan rumah Mamadee berada atas bukit, jadi dapatlah kami lihat dari rumah sahaja.
Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang memasang azam baru. Mamadee macam biasa la, azam 2016 ni nak kurus.hahaha. Rasanya dari tahun-tahun lepas lagi azam untuk kuruskan badan ni tak berjaya. Yang penting, mamadee perlu lebih rajin bersenam dan jaga kesihatan. Lagipun usia dah memasuki fasa 30-an. Kena lebih menjaga kesihatan. Tapi kali ini, harap dapat dimaafkan, sebab mamadee dah 'terbuat' kek coklat moist ni. :)
Lepas makan ni, kena exercise sedikit. Resepi dari kak Azlita masam manis ni memang menjadi pilihan setiap kali mamadee menyediakan kek coklat moist. Resepinya mudah dan menghasilkan kek yg sedap sekali. Jom lihat resepinya.
RESEPI KEK (SUMEBR: AZLITA MASAM MANIS)
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Cara-cara
- Satukan semua bahan B
- Pukul hingga putih
- Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
- Pukul hingga sebati
- Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
- Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
- Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
- Tambahkan air panas dan gaul rata
- Adunan yang telah di gaul rata
- Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
- Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
- Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
- Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
- Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
- Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
BAHAN
120g dark coklat
120 whipping cream
1 tbsp butter
CARA-CARA
1. Double boil whipping cream, jgn sampai mendidih, masukkan dark coklat
2. Gaul sebati. Biarkan suhu dalam 33-35degree C baru tuang atas kek
alamak,,, menjejes air liur! berapa kilo dapat ni?
ReplyDelete