Thursday, December 31, 2015

Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap


Selamat Tahun Baru 2016! Apa program hari cuti anda? Semalam meriah mamadee melihat kawan-kawan berkunjung ke South Bank untuk melihat pertunjukan bunga api. Mamadee dan keluarga tak pergi. Kami hanya melihat pertunjukan bunga api dari rumah. Kebetulan rumah Mamadee berada atas bukit, jadi dapatlah kami lihat dari rumah sahaja.

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang memasang azam baru. Mamadee macam biasa la, azam 2016 ni nak kurus.hahaha. Rasanya dari tahun-tahun lepas lagi azam untuk kuruskan badan ni tak berjaya. Yang penting, mamadee perlu lebih rajin bersenam dan jaga kesihatan. Lagipun usia dah memasuki fasa 30-an. Kena lebih menjaga kesihatan. Tapi kali ini, harap dapat dimaafkan, sebab mamadee dah 'terbuat' kek coklat moist ni. :)

Lepas makan ni, kena exercise sedikit. Resepi dari kak Azlita masam manis ni memang menjadi pilihan setiap kali mamadee menyediakan kek coklat moist. Resepinya mudah dan menghasilkan kek yg sedap sekali. Jom lihat resepinya.

RESEPI KEK (SUMEBR: AZLITA MASAM MANIS)

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan B
  2. Pukul hingga putih
  3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  4. Pukul hingga sebati
  5. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  6. Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
  7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
  8. Tambahkan air panas dan gaul rata
  9. Adunan yang telah di gaul rata
  10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  13. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
  14. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
  15. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


RESEPI COKLAT GANACHE (SUMBER: KAK ERRA)
 BAHAN
120g dark coklat
120 whipping cream
1 tbsp butter

CARA-CARA

1. Double boil whipping cream, jgn sampai mendidih, masukkan dark coklat
2. Gaul sebati. Biarkan suhu dalam 33-35degree C baru tuang atas kek

Sunday, December 20, 2015

Pau gebu sedap dan mudah



Assalamualaikum semua. Dah hampir ke penghujung tahun 2015. Cepat sangat masa berjalan. Bila dikenang kembali saat hari pertama kami tiba di bumi Brisbane, perasaan bercampur-campur, ada rasa teruja, risau, takut dan gembira. Tapi Alhamdulillah, kami sekeluarga disini dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membantu. Mamadee ingin berkongsi berita gembira, sempena Apreciation Night 2015 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Queensland dan juga Education Malaysia Australia, mamadee dianugerahkan anugerah Research Excellence Award. Alhamdulilah. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas rezeki ini.


Okay berbalik kepada resepi kali ini, biasanya mamadee agak fobia bila menyediakan pau. Kebanyakan resepi yg pernah mamadee cuba, pau akan keras bila sejuk atau dipanaskan balik. Tetapi kali ini, resepi ini, pau tetap kekal gebu. Mamadee buat stok frozen, dan bila dikukus balik keesokan hari, pau masih gebu. Jadi, senang, bila nak bawa bekal ke universiti, just kukus balik dalam 10 minit. Jom lihat resepinya.

Resepi dari Yatie memories.

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

**Inti pilihan anda

Cara-caranya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak-jarakkan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus mamadee mula mengukus)
  6. Kukus 7-10 minit. Balut tudung pengukus
  7. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

Wednesday, December 9, 2015

Sambal ala 'shalom' masakan indonesia


Assalamualaikum semua. Sekejap sahaja kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 ini, Alhamdulillah, banyak rezeki dan kesenangan dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk kami sekeluarga.  Baru-baru ini juga mamadee berjaya terpilih sebagai finalist dalam pertandingan research pitching dan pertandingan ini  juga membuka peluang mamadee untuk bekerjasama dengan Prof. Robert Faff, untuk menjadi ambassador dan jurucakap untuk mempromosikan research pitching kepada pelajar-pelajar postgraduate di universiti. Alhamdulillah.
 Okay, berbalik kepada resepi kali ini,  sambal ini merupakan masakan Indonesia. Kami sekeluarga sangat menggemari sambal yang disajikan di Restoran Shalom di Sunnybank, Queensland. Memang unik dan sedap. Sangat sedap bila disajikan bersama nasi putih dan juga ayam goreng berserta ulam-ulaman.  Jadi, mamadee cuba-cuba untuk mengolah resepi sambal ini, berdasarkan rasa sambal di restoran Shalom itu. Jadi, para pembaca di Malaysia juga dapat mencubanya :)




Sambal ala 'shalom' (Indonesia food)
Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis*
Segenggam cili padi*
5 helai daun limau purut*
Sedikit air limau nipis
Garam n gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan bertanda *sehingga lumat
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
4. Masak sehingga sambal tadi garing.
5. Masukkan air limau nipis, garam n gula secukup rasa.