Jemput-jemput pisang rapuh diluar, gebu didalam
Assalamualaikum semua. Dah bersawang blog, lama betul mamadee tak update resepi disini. Dah banyak kali mamadee cuba resepi jemput-jemput pisang ni. Sahabat mamadee, fairuz yg memperkenalkan resepi jemput-jemput sedap ini. Apa yg menarik tentang resepi ini, jemput-jemput yg dihasilkan gebu didalam dan rapuh diluar. Disamping itu ia tidak makan minyak bila digoreng. Jom lihat resepinya
Bahan-bahan
3 biji pisang saiz besar (mamadee guna pisang cavendish)
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
1 sudu besar gula
Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak.
5. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.
6. Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
7. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang
0 comments