Salam sejahtera semua. Dah lama saya menyediakan sagu gula melaka ni. Tapi baru ada kesempatan untuk update resepi. Sagu gula melaka ini adalah salah satu dessert kegemaran saya, Cara nak buat pun senang sahaja. Tanpa banyak bicara lagi, jom tengok resepinya. Resepi ini dari blog che mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
- Santan tadi saya masak sebentar atas api sehingga pekat.
- Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
wah berselera ni klo makan sejuk2 nih...
ReplyDeletesejuk je tekak.hehe.
DeleteSedap ni buat dessert berbuka nanti..
ReplyDeleteSedap ni buat dessert berbuka nanti..
ReplyDelete