Friday, January 16, 2015

Apam susu


Assalamualaikum semua. Dah bersawang blog ni. Lama sgt tak update. Sibuk sangat semenjak dua menjak ni. Dah banyak kali saya buat apam susu resepi kak ita masam manis. Memang menjadi.  Teringat zaman kecil2 dulu mak saya selalu buat apam ni. Tapi resepi sedikit berbeza. Ingat dulu2 mak guna telur itik. 

Kebetulan hari ini, hari jumaat biasanya saya pulang awal sedikit dari pejabat. Tambahan pula sekarang musim panas di sini, memang tak tahan bahang..rasa nak balik rumah mandi. Waktu musim panas ni waktu siang sangatlah panjang. Seawal jam 3 pagi dah subuh dan maghrib lewat lbh krg jam 7 ptg. Memang kalau balik dari pejabat waktu petang, ada waktu free lagi la utk buat kuih muih. Hehe. Jom tengok resepi apam susu ni ye.


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  5. Masukkan susu pekat manis
  6. Putar lagi hingga sekata
  7. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  8. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
  9. Kaup balik adunan rata
  10. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  11. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
  12. Gaul rata
  13. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  14. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  15. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  16. Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  17. Angkat apam setelah masak
  18. Keluarkan dari loyang
  19. Potong bila ianya telah sejuk

2 comments: