Sunday, January 25, 2015

Homemade nugget


Salam sejahtera semua.  Minggu depan anak saya akan memulakan sesi persekolahan di tadika. So hujung minggu ni, saya dah siap-siapkan homemade nugget untuk dibawa bekal ke tadika. Kadang-kadang ibu-ibu pening juga memikirkan apakah bekal yang sesuai untuk dibawa ke sekolah.

Kali ini saya cuba bereksperimen dengan menggunakan Greek yoghurt instead of telur. Hasilnya, daging ayam kekal moist dan bread crumb tidak soggy dan kekal rapuh.  Greek yogurt lebih kental berbanding yogurt biasa.  Greek yogurt kaya dengan protein dan kalsium. Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan
2 keping dada ayam
1 sudu teh lada puih
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam
Bread crumbs (campurkan sedikit lada putih) 
Greek yoghurt

Cara-cara
1. Potong memanjang dada ayam.
2.  Lumurkan dada ayam dengan lada putih, lada hitam dan garam.
3. Kemudian, celupkan  dada ayam tersebut ke dalam greek yogurt.
5. Kemudian, salutkan dada ayam tersebut dengan bread crumb
6. Panaskan minyak, goreng sehingga masak
7. Anda juga boleh sejuk beku kan nugget ini dalam freezer. 

Thursday, January 22, 2015

Roti sarang lebah dengan sos butterscotch




Selamat sejahtera semua. Roti sarang lebah ni dah lama glamer di Malaysia. Tapi saya baru nk cuba buat roti sarang lebah ni.. memang tertinggal keretapi.haha. Resepi ni saya amnil dari blog kak malina. Teratak Mutiara kasih. Memang gebu rotinya. Jom lihat resepi. 

BAHAN UNTUK DOH ROTI

2 cawan tepung gandum
½  sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak sun flower
½  cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (optional)


CARA PENYEDIAAN:


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas  baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Bakar dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

*Mamadee guna bread maker untuk uli. So just masukkan semua bahan basah dan kering kedalam bread maker. Setelah doh siap diuli terus ke step nombor 5.

RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar
½ cawan whipping cream
Sedikit garam
½ st  vanilla essence
25g butter

Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream  perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.



Tuesday, January 20, 2015

Sagu gula melaka




Salam sejahtera semua. Dah lama saya menyediakan sagu gula melaka ni. Tapi baru ada kesempatan untuk update resepi. Sagu gula melaka ini adalah salah satu dessert kegemaran saya, Cara nak buat pun senang sahaja. Tanpa banyak bicara lagi, jom tengok resepinya.  Resepi ini dari blog che mat gebu. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Santan tadi saya masak sebentar atas api sehingga pekat.
  4. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. 



Friday, January 16, 2015

Apam susu


Assalamualaikum semua. Dah bersawang blog ni. Lama sgt tak update. Sibuk sangat semenjak dua menjak ni. Dah banyak kali saya buat apam susu resepi kak ita masam manis. Memang menjadi.  Teringat zaman kecil2 dulu mak saya selalu buat apam ni. Tapi resepi sedikit berbeza. Ingat dulu2 mak guna telur itik. 

Kebetulan hari ini, hari jumaat biasanya saya pulang awal sedikit dari pejabat. Tambahan pula sekarang musim panas di sini, memang tak tahan bahang..rasa nak balik rumah mandi. Waktu musim panas ni waktu siang sangatlah panjang. Seawal jam 3 pagi dah subuh dan maghrib lewat lbh krg jam 7 ptg. Memang kalau balik dari pejabat waktu petang, ada waktu free lagi la utk buat kuih muih. Hehe. Jom tengok resepi apam susu ni ye.


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  5. Masukkan susu pekat manis
  6. Putar lagi hingga sekata
  7. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  8. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
  9. Kaup balik adunan rata
  10. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  11. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
  12. Gaul rata
  13. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  14. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  15. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  16. Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  17. Angkat apam setelah masak
  18. Keluarkan dari loyang
  19. Potong bila ianya telah sejuk