Saturday, August 30, 2014

SHAKE & TAKE: REVIEW & GREEN SMOOTHIE RECIPE



Apa khabar semua pembaca? Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semenjak dua menjak ni, badan terasa berat, malas, senang mengantuk, otak tepu..... Saya perasan ini berlaku semenjak saya pulang ke Malaysia. Mungkin kerana kurang bersenam dan pemakanan yang tidak sihat..huhu. Apa taknya, dua minggu pertama balik ke Malaysia saya mengketedarah semua makanan yang saya mengidam selama setahun lebih ketika berada di Brisbane.



Makan..makan..makan..celik mata je makan. Semalam, saya membeli penimbang berat. Takut nak timbang sebab memang pasti sangat berat dah naik. Bila saya naik atas penimbang tu.. OH NO!!!..baru 3 minggu balik ke Malaysia dah 2kg naik.. bila saya bertambah berat badan ni, badan rasa tak fit / cergas, termengah-mengah naik tangga.
Seksi tak penimbang berat ni..haha


Tak boleh jadi ni, start hari ni kena start bersenam balik. Tapi kasut sukan tak bawa balik pulak, baju renang pun tak bawa balik..huhu. Saya kedekut nak beli yang baru... At last saya beli benda alah ni... Tali skipping..hahaha. Murah je RM5 satu. Untuk hari pertama saya start lompat tali dua sesi, sekali sebelah pagi sebelum breakfast & sekali lagi sebelah malam. Untuk permulaan hanya larat buat 200kali lompat untuk setiap sesi.


Dari sudut pemakanan pun, saya start balik amalan saya semasa di Brisbane dahulu. Setiap pagi saya amalkan green smootie. Bagus untuk detox dan penghadaman. Cuma kali ini, untuk menyediakan smoothie ini lebih senang kerana saya menggunakan Shake & Take ini. Senang sangat, lepas blend, botol minuman tu terus boleh bawa untuk pergi kerja. Tak renyah kan. Anda tak perlu la nak basuh blender dan lepas tu transfer ke dalam botol.



Untuk menyediakan green smootie ni anda boleh pelbagaikan. Banyak resepi yang anda boleh dapat di internet.


 Untuk resepi green smoothie yang saya sediakan ini boleh lihat dibawah.


Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1 batang saderi
1 cawan bayam
1 sudu besar madu
1 biji pisang
2 cawan air masak

Cara-cara
1. Blend semua bahan menggunakan shake and take sehingga hancur.
2. Sedia untuk dinikmati.

Saya beli shake and take blender ni dari facebook home and kitchen.
Phone: 0199674656

CHEESECAKE SWIRLS BROWNIES

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia!. Saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Pengalaman ketika berada di Brisbane, membuatkan hati dan jiwa saya semakin sayang akan Malaysia. Betul kata orang tua-tua dahulu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri.


Memang di akui banyak lagi sisi yang boleh diperbaik dan ditingkatkan di negara ini, tetapi ia tetap tanah tumpah darahku.  Ketika berada di Brisbane, tak kira la jumpa orang Melayu atau Cina atau India, tetapi bila tahu mereka adalah Malaysian..automatik akan mesra. Begitu juga bila melihat bendera Malaysia berkibar di bumi Ratu ini, automatik perasaan bangga hadir dalam diri.

Ada beberapa orang rakan di universiti juga pernah berkunjung ke Malaysia, dan mereka sangat menyukainya..they said "it's a beautiful country, friendly people and delicious food". Sebaik mungkin saya cuba membawa nama Malaysia di bumi Ratu ini. Agar imej Malaysia terus unggul.

I

Berbalik kepada resepi kali ini, sebaik pulang ke Malaysia saya tidak mempunyai oven dan mixer untuk membuat kek..sedih sangat kan,  seorang bakers tanpa oven .  Tetapi orang kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dah gian nak baking cake.

Saya guna pemanggang ajaib untuk membuat brownies kali ini. Dah namanya ajaib..nasib baik menjadi brownies yang dibakar menggunakan pemanggang ajaib ni. hahaha. Resepi ini saya ambil dari laman web Taste Australia.

Bahan-bahan (untuk loyang 20cm)
150 g mentega
300 g coklat masakan (dihiris halus)
3 biji telur
215 g (1 cawan) gula caster
225 g (1 1/2 cawan) tepung gandum
65g (1/4 cawan) sour cream
250 g cream cheese

Cara-cara.
1. Panaskan oven 180 degree celcius. Griskan loyang dengan mentega
2. Campurkan mentega dan coklat dalam bekas dan cairkan secara water bath. Setelah semua cair sejukkan
3. Pukul 2 biji telur dalam bekas. Campurkan 140g (2/3 cawan) gula, telur yang tela dipukul tadi kedalam campuran coklat dan mentega. Tambahkan tepung dan sour cream. Kacau sehingga semua sebati.
4. Pukul cream cheese dan gula selebihnya sehingga smooth dalam mangkuk asing. Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga semua bercampur sempurna.
5. Masukkan adunan coklat dalam loyang. Kemudian masukkan adunan cream cheese di atasnya. Dan lorekkan lingkaran atasnya dengan menggunakan pisau.
6. Bakar selama 30 minit.


Friday, August 29, 2014

IKAN BAKAR ALA PORTUGIS


Salam sejahtera semua. Apa menu hari ini?  Semenjak dua menjak beli pemanggang ajaib ni..terlajak rajin pula saya masak ikan bakar. Easy n convenient. .senang nak cuci n tak melekat2. Resepi ikan bakar ala Portugis ni saya ambil dari blog Azie Kitchen.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 batang serai 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
  1. Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas fdaun pisang, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. 
  3. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan daun pisang dan bakar sehingga ikan masak atas pemanggan jaib/oven/ kuali non-stick



Thursday, August 28, 2014

STICK ON WALL BLACKBOARD: REVIEW

Assalamualaikum semua pembaca. Saya rasa ramai pembaca blog ini terdiri daripada kaum ibu kan. Pasti semua pernah mengalami keadaan apabila anak-anak yang semakin membesar kerap mengekspersikan kreativiti a.k.a menconteng dinding di rumah. Banyak kelebihan menconteng/ melukis untuk anak-anak, antaranya adalah mengasah skill motor halus dan juga mengasah kreativiti anak-anak. Tetapi anda juga tidak mahu dinding rumah dihiasi 'wallpaper' lukisan anak-anak kan..huhu


Penyelesaian saya terhadap keadaan ini adalah dengan menampal stick on wall blackboard di sudut khas untuk anak saya bermain. Apa yang membuatkan saya sangat gemar akan stick on wall blacboard ini adalah ia sangat fleksibel. Didatangkan di dalam kotak dengan panjang 200cm x 45cm, jadi saya boleh menggunting sepanjang mana stick on wall blackboard yang saya nak guna. Disamping itu, ia juga menjimatkan ruang.. no more bulky chalkboard. Dan yang penting harganya juga jauh lebih murah daripada chalkboard yang biasa, iaitu hanya RM30 sahaja.



Saya hanya menggunakan separuh daripada panjang asal dan menampal di dinding bahagian bawah tangga. Separuh lagi saya mungkin menampalnya di workstation saya. Jadi senang untuk saya mencatit nota. Saya juga akan menampalnya di dapur, jadi senang untuk saya mencatit apa barang dapur yang dah habis. Jika anda membeli stick on wall blackboard ini, ia juga didatangkan dengan kapur PERCUMA.. jadi tak perlu pening-pening untuk membeli kapur lagi.


Saya juga membeli kotak comel berbentuk bas ini untuk menyimpan mainan anak saya.  Sangat praktikal, mainan tak bersepah lagi.




Saya membeli kedua-dua item ini dari Facebook The little world & Home and kitchen Banyak lagi item-item menarik yang ada di FB The Little World ini. Cepat dapatkannya.

No phone :0199637097

Sunday, August 24, 2014

IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR & PEMANGGANG AJAIB REVIEW





Assalamualaikum semua pembaca. Saya sudah selamat pulang ke Malaysia kira-kira tiga minggu lepas untuk proses mengutip data kajian. Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang, hati tidak putus berdoa semoga selamat sampai ke tanah air. Saya tak boleh bayangkan macam mana keadaan penumpang MH17 dan MH370 ketika saat-saat getir berlaku. Adakah mereka sempat memegang tangan orang tercinta disisi mereka? Adakah mereka sempat memeluk anak masing-masing? Saya pandang wajah suami dan anak yang sedang lena tidur di kerusi penumpang. Terasa sayu tiba-tiba. Lebih kurang jam 3.10 petang, kami selamat mendarat di KLIA. Rasa rindu pada tanah air walaupun hanya setahun lebih kami berada di Brisbane.

Berbalik kepada resepi kali ini, saya menyediakan ikan cencaru bakar dan air asam. Ini kali pertama saya menggunakan pemanggang ajaib. Benda ni dah lama glamer kat Malaysia kan..tapi saya ni tertinggal kereta api, baru nak cuba guna pemanggang ajaib ni. Kalau ikut apa yang ditulis di kotak pemanggang ajaib generasi 3 dari brand IKAN ni, fungsinya pelbagai guna, boleh dibuat memanggang, mengukus, menggoreng, buat kek, masak sup dan macam-macam lagi. Review dari beberapa blog, ada memuji bila menggunakan pemanggang ajaib ni, daging cepat empuk dan masak, x melekat, pendek kata memudahkan kerja memasak.


So saya rasmikan pemanggang ajaib ni untuk memanggang ikan cencaru. Memang senang, x melekat. Ikan pun sekejap je dah masak.

Resepi kali ini, dah byk kali saya buat. Tak ingat saya belajar dari mana.

Bahan-bahan

3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar
3 hiris lengkuas
1 sudu besar air asam jawa
2 ekor ikan cencaru
garam secukup rasa
gula melaka
daun pisang

Cara-cara
1. Kisar bersama cili giling, bawang besar, lengkuas dan serai.
2. Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Masukkan garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
3. Masak sehingga garing
4. Belah bahagian atas ikan cencaru. Sumbat / masukkan sambal dalam bahagian yg telah dibelah.
5. Balut ikan dengan daun pisang.
6. Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.

Saya beli pemanggang ajaib saya dari :


Sunday, August 10, 2014

PANDAN CUPCAKE WITH GULA MELAKA FROSTING

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Dua minggu lepas saya sempat menghadiri talk yg disampaikan oleh Prof. Kamil penulis tersohor buku travelog haji yg berkunjung ke Brisbane. Penyampaian dan kupasan beliau sangat santai dan dekat di hati. Beliau ada membicarakan soal rezeki. Saya sangat tertarik dengan pandangan beliau yg mengatakan kita perlu yakin yg Allah s.w.t memberikan rezeki yg terbaik untuk kita. Walaupun kdg2 kita berdoa untuk perkara lain tapi sebaliknya yg berlaku.

Beliau juga ada menyatakan yg rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Kadang-kadang kita terlupa rezeki juga berupa kawan-kawan yg baik, ahli keluarga yg baik, pasangan hidup yg menggembirakan hati, anak-anak penyejuk hati, kesihatan yg baik dan hati yg tenang. 


Berbalik kepada resepi kali ini, saya tertarik untuk mencuba resepi ini setelah melihat instagram kak rima yg memberikan review yg sgt baik untuk resepi kek ini. Gandingan pandan dan gula melaka sangat serasi dan sgt Asian.  Kek pandan ini juga moist dan sedap serta senang disediakan. Saya juga menyediakan frosting dengan mencuba teknik baru iaitu swiss meringue buttercream. Honestly,  saya rasa buttercream ini the best recipe yg pernah saya cuba. Teksturnya sangat silky smooth dan tidak muak. Resepi ini saya ambil dari blog fuzzymazing.




Cara penyediaan jus pandan

10 helai daun pandan
Sedikit air

1. Potong kecil-kecil daun pandan.
2. Tumbuk atau belnd daun pandan dengan sedikit air.
3. Tapis air pandan dari daunnya dengan menggunakan penapis.




Bahan kek.

200g tepung kek (saya guna tepung gandum biasa)
1/2 sudu teh baking powder
125g unsalted butter ( suhu bilik)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh essen vanila
200g gula caster
2 biji telur (gred a)
*75g santan kotak +25g air
*2 sudu besar jus pandan
*pewarna hijau
(Bahan bertanda * campurkan sekali)

Cara-caranya

1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Sediakan loyang 8 inchi (saya gunakan loyang cupcake saiz medium so dapat 12 biji cupcake).
3. Campurkan tepung +baking powder. Ayakkan.
4. Pukul mentega, vanila dan garam dengan menggunakan mixer sehingga pucat.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga gebu.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dalam tiga bahagian berseoang seli dengan adunan santan.
8. Pukul sehingga semua bercampur mesra.
9. Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin.
10. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.




Gula melaka swiss meringue buttercream frosting. 

Bahan-bahan.

50g gula melaka dihancurkan.
2 helai daun pandan disimpulkan.
1/8 cawan air.



3 biji putih  telur.
110g gula caster.
150g unsalted butter ( suhu bilik)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara.
1. Untuk menyediakan karamel gula melaka, campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk. Gunakan api kecil. Kacau sehingga gula melaka hancur. Karamel ini akan menjadi pekat apabila sejuk.  (Saya sediakan karamel gula melaka awal sehari).

2. Campurkan putih telur, gula dan garam ke dalam bekas kalis panas. Panaskan secara double boil atas periuk yg mengandungi air panas. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk.  Kacau sehingga suhu telur mencapai 60darjah celcius. Gunakan candy termometer untuk menyukat suhu telur. (Saya tak ada termometer, jadi saya hanya pastikan semua gula telah cair barulah saya berhenti memanaskan telur tersebut. Cuba rasa sedikit adunan telur dengan  menggunakan jari, jika masih rasa berpasir, gula masih belum hancur sepenuhnya).


3. Pukul adunan telur sehingga kental.

4. Perlahankan mixer, dan campurkan butter sedikit demi sedikit. (Butter dipotong dadu). Sebelum mencampurkan butter seterusnya, pastikan butter yg telah dimasukkan sebelumnya dalam adunan telur putih telah sebati bercampur. Pukul dengan mixer lebih kurang selama 5 minit. Biarkan semua Bercampur sebati.

5. Campurkan karamel gula melaka dalam adunan tadi. Pukul sehingga sebati.

6. Sedia untuk dipaipkan atas kek.