Assalamualaikum. Apa khabar semua. Dua minggu lepas saya sempat menghadiri talk yg disampaikan oleh Prof. Kamil penulis tersohor buku travelog haji yg berkunjung ke Brisbane. Penyampaian dan kupasan beliau sangat santai dan dekat di hati. Beliau ada membicarakan soal rezeki. Saya sangat tertarik dengan pandangan beliau yg mengatakan kita perlu yakin yg Allah s.w.t memberikan rezeki yg terbaik untuk kita. Walaupun kdg2 kita berdoa untuk perkara lain tapi sebaliknya yg berlaku.
Beliau juga ada menyatakan yg rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Kadang-kadang kita terlupa rezeki juga berupa kawan-kawan yg baik, ahli keluarga yg baik, pasangan hidup yg menggembirakan hati, anak-anak penyejuk hati, kesihatan yg baik dan hati yg tenang.
Berbalik kepada resepi kali ini, saya tertarik untuk mencuba resepi ini setelah melihat instagram kak rima yg memberikan review yg sgt baik untuk resepi kek ini. Gandingan pandan dan gula melaka sangat serasi dan sgt Asian. Kek pandan ini juga moist dan sedap serta senang disediakan. Saya juga menyediakan frosting dengan mencuba teknik baru iaitu swiss meringue buttercream. Honestly, saya rasa buttercream ini the best recipe yg pernah saya cuba. Teksturnya sangat silky smooth dan tidak muak. Resepi ini saya ambil dari blog fuzzymazing.
Cara penyediaan jus pandan
10 helai daun pandan
Sedikit air
1. Potong kecil-kecil daun pandan.
2. Tumbuk atau belnd daun pandan dengan sedikit air.
3. Tapis air pandan dari daunnya dengan menggunakan penapis.
Bahan kek.
200g tepung kek (saya guna tepung gandum biasa)
1/2 sudu teh baking powder
125g unsalted butter ( suhu bilik)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh essen vanila
200g gula caster
2 biji telur (gred a)
*75g santan kotak +25g air
*2 sudu besar jus pandan
*pewarna hijau
(Bahan bertanda * campurkan sekali)
Cara-caranya
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Sediakan loyang 8 inchi (saya gunakan loyang cupcake saiz medium so dapat 12 biji cupcake).
3. Campurkan tepung +baking powder. Ayakkan.
4. Pukul mentega, vanila dan garam dengan menggunakan mixer sehingga pucat.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga gebu.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dalam tiga bahagian berseoang seli dengan adunan santan.
8. Pukul sehingga semua bercampur mesra.
9. Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin.
10. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Gula melaka swiss meringue buttercream frosting.
Bahan-bahan.
50g gula melaka dihancurkan.
2 helai daun pandan disimpulkan.
1/8 cawan air.
3 biji putih telur.
110g gula caster.
150g unsalted butter ( suhu bilik)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila.
Cara-cara.
1. Untuk menyediakan karamel gula melaka, campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk. Gunakan api kecil. Kacau sehingga gula melaka hancur. Karamel ini akan menjadi pekat apabila sejuk. (Saya sediakan karamel gula melaka awal sehari).
2. Campurkan putih telur, gula dan garam ke dalam bekas kalis panas. Panaskan secara double boil atas periuk yg mengandungi air panas. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk. Kacau sehingga suhu telur mencapai 60darjah celcius. Gunakan candy termometer untuk menyukat suhu telur. (Saya tak ada termometer, jadi saya hanya pastikan semua gula telah cair barulah saya berhenti memanaskan telur tersebut. Cuba rasa sedikit adunan telur dengan menggunakan jari, jika masih rasa berpasir, gula masih belum hancur sepenuhnya).
3. Pukul adunan telur sehingga kental.
4. Perlahankan mixer, dan campurkan butter sedikit demi sedikit. (Butter dipotong dadu). Sebelum mencampurkan butter seterusnya, pastikan butter yg telah dimasukkan sebelumnya dalam adunan telur putih telah sebati bercampur. Pukul dengan mixer lebih kurang selama 5 minit. Biarkan semua Bercampur sebati.
5. Campurkan karamel gula melaka dalam adunan tadi. Pukul sehingga sebati.
6. Sedia untuk dipaipkan atas kek.
ini membuatkan saya teringat kek pandan custard yg akak bg dulu~cantik dan sedap! -fairuz&gib
ReplyDelete@micocina Rindunya kat Fai & gibran.. rindu nak makan nasi lemak sedap n kuih seri muka.huhu
ReplyDeletesalam perkenalan. berkenan sungguh sy tgk yg ni...
ReplyDeletethank you sis sudi jengok blog mamadee. salam perkenalan juga
DeleteSaya dah buat & mmg teramat best. X jemu makan. Waaaa..... Sedap sgt.
ReplyDeletethank you sis, sudi cuba resepi ni. memang sedap kan resepi ni. Saya suka juga kek pandan versi ni :)
DeleteSalam perkenalan sis. Izinkan saya cuba resepi ya. :-)
ReplyDeletethank you sis sudi jengok blog mamadee
DeleteSalam perkenalan sis. Izinkan saya cuba resepi ya. :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq share resepi.. Hu..hu..
ReplyDeletesama-sama. Selamat mencuba :)
DeleteTq share resepi.. Hu..hu..
ReplyDeleteTq sis..saya nak try ya..dah lama ngidam
ReplyDeleteyou're welcome. Selamat mencuba sis. :)
DeleteAssalamualaikum.. saye nk tnye la.. akak guna butter jenama ape yer??
ReplyDeleteWslm. di malaysia, butter yg sedap boleh pakai jenama SCS.
Deletesalam perkenalan dr sy...nk tye la...npe sy wt merigue buttercream 2 xnk kental ek??jd cair
ReplyDeleteswiss meringue buttercream ni sensitif dgn cuaca panas.
Deleteswiss meringue buttercream ni jg tak boleh pukul terlalu lama. Ia akan jadi cair
Deletesalam perkenalan dr sy...nk tye la...npe sy wt merigue buttercream 2 xnk kental ek??jd cair
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam kak, love your blog dan tulisan akak.
ReplyDeleteSaya ada satu soalan berkenaan resipi ni: 'bekas kalis panas' tu macam mana ye? :)
Tengah pemes sgt kek ni! wajib try! Tq recepi!
ReplyDeleteVersi cub cake la ye.. nampak sedap je, kena try buat ni. Tq sbb share resepi ni yr.
ReplyDeleteManis sgt x kek ni..kalau kurangkn gula jd 180gm ok x
ReplyDeleteKelaparan apekah yang sedang aku alami ini.. aduhhh, terliur tengok gambarnya
ReplyDelete