Assalamuaalaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Apa hidangan anda semua hari ini? Hari ini untuk pencuci mulut saya menyediakan puding karamel kegemaran suami. Senang sahaja resepi ini, bahan-bahan pun senang didapati.
Bahan-bahan
400 ml susu segar/susu cair
1 sudu susu pekat manis (yang ni saya tambah untuk menjadikan puding lebih lemak)
4 sudu besar gula halus
3 biji telor
2 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu tepung kastad (saya tambah tepung kasted untuk menstabilkan struktur puding)
Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air
Cara-cara
- Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
- Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecil.
- Bila sudah bertukar warna keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi (make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya)
- Dalam bekas lain, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker (Kacau perlahan sahaja, hanya untuk bagi bahan sebati. Jangan kacau laju shg terhasil buih, nanti tekstur puding tak cantik, berlubang2)
- Kemudian masukkan susu dan bahan2 lain kedalam telur tadi.
- Kemudian masukkan adunan tersebut kedala loyang yang berisi karamel. Pastikan anda menapis adunan tersebut, untuk mengelakkan ada adunan yang berketul.
- Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.
- Jika tiada periuk pengukus, anda boleh bakar didalam oven dgn menggunakan cara steam bath. Letak satu loyang air dibawah loyang puding. Bakar dgn suhu 150 degree selama 40-45 minit.
suka makan puding karamel ni, tapi selalu beli ada bau hanyir..
ReplyDeleteada masa nanti boleh try resepi ni, telur pun tak banyak, just 3 biji.. ;-)
thanks for sharing recipe..