Monday, July 28, 2014

SATEY AYAM/DAGING, NASI IMPIT DAN KUAH KACANG





Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.  Beraya di perantauan tidak kurang meriahnya berbanding di Malaysia. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga beraya disini. Tahun lepas agak pilu & sedih sket, sebab 1st time beraya di bumi ratu ini dan masa tu kami baru 4 bulan sampai di Brisbane. Tapi tahun ini perasaan itu kian terubat sebab  ada ramai kawan-kawan yang rapat seperti sebuah keluarga dan kami bersama-sama meraikan aidilfitri.  Malam raya suami masih bekerja kerana hari raya bukanlah cuti umum disini. Kami di Queensland menyambut raya pada hari Selasa, kerana anak bulan tak nampak so Islamic council annouce raya jatuh hari Selasa. Yg lucunya, hari Ahad malam tu, masing-masing dah sibuk sediakan juadah untuk pagi raya, alih2 bila dengar announcement raya x jadi esok.haha. Semua juadah masuk fridge la dulu.

Selepas solat sunat aidilfitri


Tahun ini saya menyediakan satey ayam dan daging untuk hidangan pagi raya. Sehari sebelum raya baru saya kalut telefon mak di kampung minta resepi satey dan kuah kacang.  Maklumlah sebelum ini, saya ni tukang cucuk satey & tukang makan je. Tak pernah buat satey sendiri..huhu. Jom tengok resepi satey daripada mak saya :)



Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong-potong / daging dipotong dadu
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai dititik
Serbuk kunyit (kena agak sendiri sukatan)
Garam (secukup rasa)
Gula melaka (cairkan/ racik-racik halus)
1 inchi halia
Sedikit air asam jawa/ asam keping
2 sudu teh jintan manis

Cara-caranya.
1. Semua bahan digaul dengan isi ayam/ daging. Perap dlm 5-8 jam. Kemudian cucuk lah dengan lidi sate

Nasi impit pula saya beli yang segera kat Asian supermarket. Malaysia import mari. Nasib baik ada yg segera ni, kalau tak kena buat nasi impit sendiri. Teringat cara mak buat nasi impit, nasi tu kena tindih dengan lesung batu lagi.





Yang mencabarnya nak buat kuah kacang. Saya cari kacang tanah tapi tak ada, so saya pakai je kacang ni.


Rasa ok juga, yg penting tak perlu buang kulit..hehe.  Kebiasaannya kita perlu goreng kacang tanpa minyak, tapi saya ni kan pemalas sket  kreatif inovatif, saya letakkan kacang dalam tray pembakar dan bakar dalam oven. Jangan guna suhu tinggi nanti terbakor hangit kacang tu. Saya just guna suhu dalam 140degree celcius, lebih kurang 45 minit kacang dah masak. Bergantung kepada oven masing-masing. Dan yang penting kena la check dari masa ke semasa untuk make sure kacang dah masak dan tak hangit.

Sambil-sambil bakar kacang dalam oven, bolehlah buat kerja lain, kupas bawang blend lada kering. Maklumlah saya sorang je tenaga buruh kat rumah.

Resepi kuah kacang.

400g kacang tanah/ kacang (goreng tanpa minyak sehingga masak atau boleh juga dibakar dalam oven sehingga masak dan kemudian blend sehingga hancur)
10 tangkai lada kering *
10 ulas bawang merah * (tapi saya pakai 2 labu bawang besar holland)
2 ulas bawang putih*
2 hiris lengkuas*
3 cawan santan
2 batang serai dititik
Gula melaka
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-cara
1. Rebus sebentar lada kering. Kemudian kisar bersama bahan-bahan bertanda *.
2. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan santan. Kacau perlahan-lahan.
4. Setelah santan menggelegak, masukkan kacang kisar, serai, jintan manis, jintan putih dan gula melaka. Masak kuah sehingga mendidih.

* kalau nak kurangkan santan anda perlu lebihkan kacang kisar. Kebiasaanya kuah kacang ni rasa manis2 sket, so bolehlah letak gula melaka lebih sket.

Sarapan pagi raya 3 beranak, sebelum kami serang rumah kwn2 yg buat open house ;)






Saturday, July 26, 2014

CHOCOLATE NAKED CAKE


Assalamualaikum semua pembaca. Hari ini merupakan hari terakhir dlm bulan Ramadhan. Sebulan dah berlalu. Alhamdulillah kita berjaya berpuasa dan insyallah jika umur panjang kita berjumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Syawal akan menjelang tiba, insyallah semoga kita dapat kekalkan momentum/kebaikan bulan Ramadhan di bulan Syawal juga. Saya perasan ada satu masalah yg ramai antara kita alami bila tiba musim perayaan adalah mengenai salam-bersalaman dengan bukan muhrim. Saya juga sentiasa berhadapan dengan masalah tu. Tapi disini kdg2 dgn non muslim lelaki yg ingin bersalam saya akan membuat isyarat tangan seperti 'sawadikkappp'... jadi diaorag pun akan buat tangan 'sawadikkaapp' juga.  Dan saya terselamat untuk bersalam..he he.  Tapi saya tak pasti taktik ini berkesan atau tidak untuk diamalkan di Malaysia.huhu. Jom kita tengok carta di bawah yg menunjukkan dengan siapa kita boleh bersalam. :)

Berbalik kepada resepi kali ini, tahun 2014 ini muncul trend 'naked cake' or kek bogel. Kalau sekali pandang igtkan kek x siap atau kek x cukup ising. Tapi inilah trend terbaru dalam dunia bakery,  macam fashion plak kan ada trend. Kalau dulu trend macaroon,   then muncul pula durian crepes pas tu kek cheese leleh. Semuanya bermusim. 

Saya suka dengan naked cake ni sebab simple, sexy, natural and yet still pretty...hehe.  Kalau anda try google naked cake ni, mcm2 style anda boleh hias. Ada yang menggunakan buah-buahan segar dan juga bunga segar. Ada tips yg saya baca, untuk hias naked cake ni kita perlu guna elemen2 semulajadi jadi bunga dari fondant atau gumpaste kelihatan tidak begitu serasi untuk digunakan untuk menghias naked cake. Apapun terserah kepad kita nak guna apa untuk menghiasnya.. kdg2 kena break the rules juga untuk dpt hasil yg extraordinary.  :)


Salah satu elemen penting dalam penghasilan naked cake ialah pemilihan jenis kek dan kombinasi dengan jenis frosting. Kerana anda bergantung kepada dua elemen ini untuk menentukkan whole look kek yg anda hasilkan.  Kali ini saya gandingkan kek coklat dengan frosting cream cheese dan juga jem strawberry. Kek yg berwarna gelap nampak lebih menyerlah bila digandingkan dengan frosting yg berwarna cerah. Jom lihat resepi dan cara-cara menghasilkannya.

Bahan Kek 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inchi (tapi utk naked cake ni saya guna loyang 5 inchi, so dpt 3 layer cake. )
  3. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) sehingga habis.
  7. Terakhir masukkan vanila ekstrak
  8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek atas redai. Sementara itu jom sediakan cream cheese frosting.

Cream Cheese:

120 gram gula

250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter

Semua bahan dicampur dan dipukul hingga kembang.


Cara menghias kek.

1. Saya sapukan jem strawberry atas kek. 

2. Kemudian, saya masukkan cream cheese tadi dalam piping bag dan guna nozzle wilton 2D utk paipkan frosting atas kek. Bagi saya cara ini lebih mudah dan tak comot.

3.Saya bentukkan cream cheese seperti bunga 5 kelopak. Anda bebas nak buat bentuk macam mana. Asalkan nmpk cantik bila ditindih dengan kek kat atasnya.


4  Then bila dah siap, ambil kek lain  dan tindihkan atas kek tadi. Ulang sehingga siap. Kali ini saya buat 3 lapis kek.

5. Untuk lapisan kek yang paling atas. Saya paipkan secara membulat sedikit cream cheese. Dan kemudian susun buah strawberry di atasnya. 

6. Kemudian saya taburkan gula ising atas kek.










Thursday, July 24, 2014

BISKUT CORNFLAKES



Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak buat biskut nostalgia dari zaman kecil... biskut cornflakes. Sedap sangat dan yang penting senang. Beria tahun ni saya buat biskut raya, maklumla ada tukang makan kat rumah.

Resepi ini saya ambil dari blog HaSue. Halalkan resepi ini ye :)

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-


  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. 
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 

*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

SEMPERIT SUSU CHEESE






Assalamualaikum semua. Bukan main meriah lagi tengok kat wall FB macam-macam biskut raya yang ada. Teringat time kerja sebelum cuti dulu, time ni mesti banyak tester biskut raya kat office. Ramai tokey2 biskut raya, baju raya dan tudung raya kat office. Kadang-kadang saya lebih suka order shj dgn kawan-kawan tak perlu bersesek-sesak kat bazar untuk beli maklumlah masa tu anak kecil lagi. Bukan senang nak shopping lama-lama kat tempat orang ramai.

Tapi kat sini, kena jadi rajin buat biskut raya sendiri.hehe. Masa kecik2 dulu selalu juga tolong mak buat biskut raya. Memang meriah sangat sebab adik beradik ramai perempuan. Sorang tukang tekap biskut, sorang tukang hias dan ada yg tak puasa tukang rasa. Tapi bila dah dewasa ni, banyak biskut raya tunjuk kat kedai je.


Resepi kali ini saya ambil dari blog Izah. Biskut ni semperit kacukan cream . Kalori juga haruslah makin banyak.  Oleh kerana saya ni seorang yang sukakan inovasi (cheewah ayat skema) maka saya meronta-ronta ingin mencuba resepi inovasi semperit ini. Jom lihat resepinya. Tetapi saya rasa say lebih gemar resepi semperit susu yang saya buat tempoh hari. Resepi boleh dilihat di sini. Apa2 pun selera org berbeza2.

Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** saya guna 400g
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah) tapi saya letak 6 sudu

Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair)

Cara-cara :

  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna whisk telur manja2 sahaja.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung. Saya tambahkan pewarna dlm doh. Nak bagi kaler2 sket.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
*Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

BISKUT ROCKY ROAD




Assalamualaikum. Macam mana persiapan raya?  hehe. Dalam kita bergembira untuk menyambut hari raya ingat lah juga kepada yang serba kekurangan. Pakat-pakatlah kita menderma. Sedih bila tengok saudara kita di Gaza yang terus diuji dengan hebat. Mungkin kita tak mampu nak usung senjata berperang tapi kita masih mampu menderma dan juga berdoa untuk saudara kita di sana.

Antara waktu mustajabnya doa adalah tatkala berbuka puasa.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".

[Sunan Ibn Majah]

Marilah kita sama-sama doakan saudara-saudara kita di bumi Gaza.

Untuk yang ingin menderma, boleh pergi ke link ini.


Berbalik kepada resepi kali ini, first time saya makan biskut ini kira-kira 2 tahun lepas. Masa tu saya beli sebalang biskut ni kat kedai biskut raya di Warta Bangi. Biskut ni memang 'bukan sekadar rupa'... walaupun rupanya tak cantik tapi hatinya baik. tapi sangat sedaaaap. Lepas tu dok berulang pergi balik kat kedai tu sebab nak beli biskut ni. Tak silap saya kedai yang jual biskut ni ada kiosk juga kat Alamanda Putrajaya. Kiosknya yang ada jual macam-macam jenis kurma tu. Tapi tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak.


Disebabkan teringin nak makan, jadi saya google resepi ni. Terjumpa resepi dari dapur kak wan. Tengok bahan-bahan macam senang je, apa lagi terus cuba.

Bahan A
100g putih telur
1/8 sudu teh cream of tartar
100g gula caster

Bahan B
10 g tepung jagung
100 g kacang
80 g hirisan badam (saya tak letak)
100 g cornflakes hancur (yang ni saya tambah)
60g coklat chips (saya tak letak sebab tak ada)
1 sudu teh cappucino emulco

Cara-cara
1. Pukul bahan A sehingga putih telur bertanduk/kental
2. Masukkan bahan B dan kaup balik sehingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang pembakar.
4. Bakar dalam oven pada 140degree celcius selama 30-40 minit
5. Cuba tekan dengan jari, jika lembut lagi bakar lagi dalam oven.
6. Sejukkan biskut atas redai dan simpan dalam balang sesudah sejuk



Wednesday, July 23, 2014

SEMPERIT SUSU



Assalamualaikum semua. Dah berapa hari lagi nak raya. Mesti kat Malaysia skrg dah meriah dgn bazar raya.  Last week, husband tanya, tahun ni x ada biskut raya ke? Sobs..sobs...  Isteri solehah kan..jadi haruslah buat biskut raya favourite cik abang. Nasib baik semperit susu ni senang saje.hehe.
Acuan semperit ni pun mak kirim dari kampung last year. Sambil buat kuih raya sambil dengar lagu raya. Nostalgia betul. Cuma tahun ni tak ada baru raya baru, baju melayu anak nasib baik tok umi jahit besar sket tahun lepas jadi tahun ni muat lagi. Baju raya cik abang memang dah berapa tahun ulang pakai yg sama. Baju raya saya pula, try la pakai baju kurung yg bawa dari Malaysia tahun lepas, dah ketat. Memang peningkatan dengan jayanya setahun tinggal disini. So tahun ni pakai la mana yg ada utk pagi raya pergi sembahyang raya tu.. sobs.sobss.

Berbalik kepada resepi semperit susu ni. Kali ini saya ambil resepi dari blog dapur mas. Senang je resepinya dan yg penting resepi ni tak keras jadi senang untuk dipicit keluar dari acuan semperit. Resepi ni dpt la sebalang kuih dlm 30 biji mcm tu. Tapi tak sampai sehari balang dah kosong balik. Nampak gaya kena buat lagi.

 Bahan-bahan
125g susu pekat manis
125g butter
230g tepung jagung


Cara-cara

1. Pukul susu pekat dan butter. Jangan pukul sampai kembang. Pukul manja2 saje guna whisk telur. Kalau pukul sampai kembang nanti biskut mengembang tak cantik.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh.
3. Masukkan adunan kedalam acuan semperit dan tekan atas tray yg telah dialas dengan baking paper.
4. Bakar biskut dalam oven pada suhu 170degree celcius selama 10-17 minit.



Tuesday, July 22, 2014

DIMSUM


Assalamualaikum semua. Hari ni terlebih rajin update blog.hehe. Dah banyak resepi yang terperap dalam folder draft. Sekarang baru ada masa nak berblog. Kononnya hari tu stress dengan proposal. hehe. Tapi saya ada baca satu buku ni, penulis tu tulis stress sebenarnya bagus untuk kita bergantung kepada cara kita menangani stress tersebut. 

Jika kita stress akibat takut gagal, ia akan mendorong untuk berusaha dengan lebih gigih.
Jika kita stress akibat jahil, ia akan mendorong untuk menuntut ilmu.
Jika kita stress akibat berdosa, ia akan mendorong kita untuk beristigfar dan tak mengulang dosa.
Jika kita stress akibat sakit, ia akan mendorong kita untuk lebih menjaga kesihatan.




Kali ini saya cuba buat sendiri dimsum. Sepatutnya kulit dimsum ini berbeza daripada kulit wantan. Tapi alang-alang kat rumah ada wantan wrap, malas la pula nak pergi cari dimsum wrap kat kedai. Kalau semasa di Malaysia saya sgt suka makan dimsum bila berkunjung ke kedai makan chinese muslim. Kadan-kadang tak sedar dah berapa biji kena ngap. Tapi kat sini nak makan dimsum kena buat sendiri..huhu, tak jumpa dimsum yang halal. Saya merajinkan diri google resepi, dan resepi ini saya ambil dari blog kak jee.

Bahan-bahannya (sukatan untuk bahan-bahan ini perlu diagak sendiri ye)
  •  Wantan Pastry
  •  Isi ayam (tanpa kulit)
  •  Isi Udang
  • Cendawan Shitake kering
  • Carrot
  • Daun Bawang
  • Minyak bijan
  • 1 biji telur
  • Tepung Jagung


Cara-cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Ambil wantan wrap dan letakkan inti ditengah2 kemudian balut.

Cara membalut shumai dimsum boleh dilihat disini




AGAR-AGAR PANDAN SANTAN


Alhamdulillah masih berpeluang menjalani ibadah di bulan penuh kemuliaan ini.  Ada guru mengaji al-Quran disini sampaikan pesan, jika kita sudah lancar dan pandai mengaji, jangan hanya mengaji sahaja, bacalah tafsirnya sekali. Dush2..rasa terkena batang hidung sendiri. Kadang-kadang memang nak cepat khatam al-quran without look at tafsir. Beliau berkata, yang penting kita faham kandungan al-quran barulah dapat beramal dengannya dan menghayatinya. Pesanan yang ringkas tapi amat bermakna kan.




Berbalik kepada resepi kali ini, sebenarnya dah lama mengidam nak makan agar-agar pandan santan ni. Memang favourite saya, tapi husband tak gemar sgt. Jadi hasrat nak buat ni selalu tertangguh-tangguh. Minggu lepas pula pergi ke asian supermarket dok cari agar-agar halal tapi kata tokeynya dah habis stok. huhu. Tertangguh lagi nampaknya. 

Kebetulan minggu ni, masa pergi ke asian supermarket tu tengok2 dah ada stok agar-agar halal. Rasa nak borong je, tapi nampak macam tamak sangat mengalahkan orang nak berniaga. Jadi saya ambil satu paket je.hehe. Last time saya buat agar-agar ni tak menjadi dua lapisan terpisah, skrg saya baru tahu tipsnya. Unutk jadikan dua lapisan tu kena masak adunan agar-agar dan santan tu lama biar sampai menggelegak. 

 Resepi ini saya ambil dari blog amiehani

.Bahan-bahan
20g agar-agar (pastikan ada tanda halal)
1 1/2 cawan gula
1 cawan air pandan (blender pandan)
1 sudu teh pewarna hijau epal
4 cawan air
2 cawan santan (campur pekat + cair)
1 biji telur

Cara-cara membuatnya :

1) Masukkan agar-agar, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga agar2 hancur sepenuhnya.
2) Masukkan pewarna hijau epal. Gaul rata.
3) Dalam bekas yang lain, pukul telur. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bekas santan. Gaul rata.
4) Masukkan santan yang telah dicampur dengan telur ke dalam periuk tadi. Tunggu sehingga menggelegak sekali dan boleh matikan api.
5) Tapis adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.
6) Masukkan ke dalam peti sejuk supaya lebih sedap di makan. Selamat Mencuba!!



FRIED EGG NOODLES



Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Ramadhan. Cepat sgt masa berlalu.  Alhamdulillah minggu lepas saya dah lulus confirmation of candidature or proposal defence.  Rasa lega sket kepala setelah setahun bekerja keras. So lepas ni bolehlah tumpukan kepada langkah seterusnya. 3 tahun lagi utk lengkapkan perjalanan Phd ni (feeling nervous).


Dua hari sebelum saya perlu membentangkan proposal kajian, tiba-tiba anak saya demam. High temperature.  Semenjak tinggal kat sini dia x pernah demam. Memang cabaran, semalaman tak tidur esoknya pula saya ada sesi practice utk pembentangan. Kepala dah rasa pening. Setibanya saya kat bilik utk practice presentation tu tup2 desktop plak tak de. Memang hairan bin ajaib. Macam mana desktop boleh hilang. Terpaksalah pergi panggil technician.  Diaorag pun pelik. Then selepas di siasat, jelas la ada org curi desktop . Then polis pula datang. Nak siasat. Dok ambik keterangan kami and cap jari. Sesi practice pula terpaksa ditunda ke sebelah petang pula. Kepala dah pusing2, puasa campur pula tak cukup tidur. 


Tapi alhamdulillah semasa hari actual pembentangan everything went very well. Ramai rakan-rakan sepejabat hadir sbg audience untuk memberikan sokongan. Panel pemeriksa juga sgt berpuas hati dengan proposal kajian. Rasa terharu sgt and syukur sgt2. Supervisor pun dah sengih sampai telinga hari tu. Memang ada hikmah bila terpaksa tukar supervisor pada bulan March hari tu. Semoga perjalanan selepas ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada suami terchenta sb faham isteri dia sibuk study..hehe. Kadang-kadang lauk berbuka pun simple2 sahaja. 

Hari ini saya menyediakan mee telur yang digoreng. Ini merupakan masakan cina. Mee telur ini juga boleh disajikan bersama sup. Senang sahaja untuk menyediakan sajian ini. Cepat dan ringkas dalam masa 30 minit dah boleh siap. Saya ambil resepi ini dari blog Hana. Memang sedap tak rugi untuk mencuba.

Bahan-bahan
2-3 ikat dry egg noodles
2 ekor udang galah besar - belah tgh@bleh guna daging - hana gune udang biasa
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
sayur kailan atau sawi - potong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
setitik minyak bijan
1.5 cawan stok ayam - hana campur air+kiub ayam
1 biji telur - kocok
serbuk lada sulah
tepung jagung utk pekatkan kuah


Cara-cara
  1. Rebus mee hingga lembut kemudian basuh dgn air sejuk dan toskan. keringkan sekejap. Panaskan minyak. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Kuali lain, panaskan sedikit minyak.. masukkan bawang putih dan halia. tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kicap, minyak bijan, lada sulah dan stok ayam. Masukkan pula udang dan sayur kailan@sawi. Biarkan sebentar hingga masak. 
  3. Kecilkan api, bancuh tepung jagung dan juga sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan telur. Siramkan kuah ke atas mee dan sayur serta udang tadi. Hidangkan dengan chili/lada jeruk.






Saturday, July 19, 2014

MEE WANTAN/WONTON SUP



Assalamualaikum. Saya ada sediakan wantan semalam dan di frozen kan dlm fridge, resepi boleh dilihat di link ini. Jadi hari ini untuk memasak mee wantan soup. Senang sahaja hanya masukkan wantan yang sudah siap dalam air rebusan ayam.  Sebenarnya dah tak ada idea nak masak apa untuk berbuka, jadi hari ini menu ringkas sahaja.  Anak saya memang kegemaran dia makan soup dan apa juga jenis mee/ pasta. Jadi bila masak mee wantan soup ni, berkali-kali dia tambah, sampai mangkuk yang ketiga, saya stop tak bagi dia tambah dah..haha.  

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan wantan

Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.


Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.
5. Asingkan dalam 5-8 biji wantan yang tidak digoreng untuk diletak dalam sup.


Bahan-bahan sup.
Stok ayam
Wantan yang sudah siap tadi yg belum digoreng
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah


Cara membuat sup.
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan stok ayam (air rebusan ayam).
3. Masukkan wantan. Rebus wantan sehingga masak.
4. Masukkan lada sulah dan garam.
5. Boleh juga masukkan sayur seperi bak choy.



Cara sajian.
1. Masukkan mee ke dalam mangkuk. Saya guna yee mee yang sudah dicelur.
2. Masukkan kuah sup dan wantan yg direbus.
3. Tabur daun bawang dan letakkan wantan goreng sekali didalam mangkuk.
4. Sedia untuk dimakan.








WANTAN/ WONTON GORENG


Rakyat Malaysia diuji lagi dengan tragedi MH17. Ketika mendapat tahu tentang tragedi ini, seakan-akan tidak percaya, rasa tidak logik, tak tercapai dek akal..namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segalanya. Tragedi ini membuatkan saya berfikir yang ajal maut boleh menjemput tak kira masa. Mati itu pasti. Perbualan saya dengan seorang rakan disini yang mengidap barah benar-benar membuatkan rasa tersentuh, beliau menyatakan penyakit barah beliau bukannya beban tetapi beliau adalah insan terpilih. Kerana Allah s.w.t. mengurniakan penyakit tersebut kepadanya dan memberi beliau peluang dan masa untuk bertaubat dan mempersiapkan diri untuk menememui ajal. Beliau sangat postif dan sangat kuat. 

Kadang-kadang saya rasa saya terlalu merancang masa depan,  apa yang saya ingin capai dalam kerjaya, berapa banyak aset saya nak kumpul.. tapi terlupa akan pencen kubur. Bekalan manusia sesudah mati yang tidak putus hanyalah, doa anak soleh, ilmu yang disampaikan dan sedekah jariah. 


Berbalik kepada resepi kali ini, saya mengidam sebab dah lama tak makan wantan goreng. Kat sini banyak dijual wantan tetapi tak halal. Jadi kena lah merajinkan diri untuk buat sendiri. Rupanya tak susah sgt untuk membuat wantan ini. Saya gunakan wantan wrap yang ready made. Jangan gunakan kulit popia, kerana tendency akan pecah bila digoreng tinggi. Ini adalah resepi version saya, banyak lagi saya rasa resepi wantan yang sedap-sedap di blog lain.

Bahan-bahan

Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.


Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.



Thursday, July 17, 2014

BINGKA PANDAN & SATU PENGHIJRAHAN






Assalamualaikum semua. Semoga semua pembaca dapat menjalani ibadah dengan lebih baik di bulan penuh keberkatan ini.

Oh, by the way, tajuk kali ini agak drama kerana selain ingin berkongsi resepi kegemaran saya bingka pandan, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi semasa menghadiri usrah di Brisbane. Ustazah yang menyampaikan pengisian usrah tersebut adalah pegawai Jakim yang mengikut suami beliau melanjutkan pelajaran di sini. Kebiasaanya ada beberapa sesi semasa usrah iaitu tadarus al-quran, belajar tajwid, tadabbur/ tafsir kandungan al-quran, ilmu parenting dan juga isu-isu semasa. Saya akui, sebelum ini saya memang agak skeptikal bila di ajak menghadiri majlis agama sebegini. Terasa majlis2 sebegini terlalu ke'ustazahan' dan saya ini bukanlah termasuk kategori ustazah jadi agak segan untuk menyertai majlis2 sebegini.  Tetapi bila berada disini, pandangan itu berubah, majlis keagamaan sebegini adalah untuk semua, x kira lah anda pakai tudung labuh atau jeans, ataupun anda penggemar lagu Daft punk ataupun Hafiz Hamidon . Semua dialu-alukan ke majlis ini. Orang kata kalau belum mampu lakukan penghijrahan yang besar, kita boleh mula dengan hijrah yang kecil2 dahulu :)



Panjang pula saya berceloteh. Kali ini ustazah tersebut menyampaikan ilmu parenting yang diamalkan oleh sheikh hassan al-bana. Buku tersebut anda boleh baca di link ini. Antara yang kita boleh amalkan adalah makan bersama/berjemaah bersama keluarga walaupun sibuk. Semasa makan bersama, silutarrahim dapat dieratkan. Dan saya rasa pada bulan Ramadhan ini satu kelebihan kerana kita sekeluarga dapat duduk bersama di meja makan berbuka puasa bersama. Orang kata lauk yang sedap pun kalau makan sorang2 rasa tak syok. :)

Berbalik kepada resepi bingka pandan ini. Jujur saya mengaku, yang semasa di Malaysia saya tak pernah buat bingka sendiri. Dah sampai disini baru sibuk nak goole resepi bingka. Resepi ini saya ambil dari blog che mat gebu. Bingka ini tak keras dan x lebik, just nice orang putih cakap. Tempoh hari saya buat bingka guna pandan essense tapi tak berapa authentic rasanya, so kali ini saya gigih blend daun pandan untuk mendapatkan rasa pandan yang asli. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan bingka sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..


Sunday, July 13, 2014

NASI AYAM


Apa khabar semua. Macam mana dengan ibadah anda sepanjang Ramadhan ini? Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan ramadhan kita lalui. Ambillah kesempatan bulan yang penuh berkat ini untuk beribadat kerana ganjarannya tersangatlah besar. Hari minggu ini saya menyediakan nasi ayam ringkas untuk berbuka petang ini.


Ini style saya menyediakan nasi ayam, mungkin orang lain mempunyai style tersendiri. Tengah2 memasak tadi tiba2 terngiang2 lagu "the chicken rice shoooppp..buka  sekadar nasi ayam" haha.  Kalau berkunjung ke kedai chicken rice shop di Malaysia saya suka makan pie tie. 

Jom tgk resepi nasi ayam ini.

Bahan-bahan ayam
2 ketul peha besar ayam
1 inchi halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu teh cuka


Bahan-bahan nasi
2 cawan nasi
Air rebusan ayam
2 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
1 bunga lawang
1/2 labu bawang besar

Bahan-bahan sos
1 biji tomato dikisar
3 biji cili merah dikisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan-bahan kicap
3 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Sedikit halia dihiris halus

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih.
1/2 inchi halia dihiris
1 sudu teh lada putih


Cara-cara menyediakan ayam
1. Lumurkan ayam dengan halia dan bawang Yang telah ditumbuk dan juga garam.
2. Masukkan ayam tersebut kedalam periuk. Masukkan air sehingga tenggelam ayam. Rebus ayam sehingga masak.
3. Setelah ayam masak, angkat dan lumurkan kicap manis pada ayam. Perap sebentar dalam 30 minit. Kemudia goreng ayam dalam minyak panas.


Cara menyediakan nasi.
1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.  Tumis sehingga bawangn kekuningan.
2. Masukkan beras. Goreng beras sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras anda.
3. Masak nasi seperti biasa.


Cara menyediakan sos.
1. Campur semua bahan dan masak sebentar atas api kecil.

Cara menyediakan kicap.
1. Campur semua bahan dan masak sebentar atas api kecil.

Cara menyediakan sup
1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan 1 sudu besar gula dalam tumisan bawang. Tumis sehingga bawang bewarna coklat.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa.