Saturday, July 26, 2014

CHOCOLATE NAKED CAKE


Assalamualaikum semua pembaca. Hari ini merupakan hari terakhir dlm bulan Ramadhan. Sebulan dah berlalu. Alhamdulillah kita berjaya berpuasa dan insyallah jika umur panjang kita berjumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Syawal akan menjelang tiba, insyallah semoga kita dapat kekalkan momentum/kebaikan bulan Ramadhan di bulan Syawal juga. Saya perasan ada satu masalah yg ramai antara kita alami bila tiba musim perayaan adalah mengenai salam-bersalaman dengan bukan muhrim. Saya juga sentiasa berhadapan dengan masalah tu. Tapi disini kdg2 dgn non muslim lelaki yg ingin bersalam saya akan membuat isyarat tangan seperti 'sawadikkappp'... jadi diaorag pun akan buat tangan 'sawadikkaapp' juga.  Dan saya terselamat untuk bersalam..he he.  Tapi saya tak pasti taktik ini berkesan atau tidak untuk diamalkan di Malaysia.huhu. Jom kita tengok carta di bawah yg menunjukkan dengan siapa kita boleh bersalam. :)

Berbalik kepada resepi kali ini, tahun 2014 ini muncul trend 'naked cake' or kek bogel. Kalau sekali pandang igtkan kek x siap atau kek x cukup ising. Tapi inilah trend terbaru dalam dunia bakery,  macam fashion plak kan ada trend. Kalau dulu trend macaroon,   then muncul pula durian crepes pas tu kek cheese leleh. Semuanya bermusim. 

Saya suka dengan naked cake ni sebab simple, sexy, natural and yet still pretty...hehe.  Kalau anda try google naked cake ni, mcm2 style anda boleh hias. Ada yang menggunakan buah-buahan segar dan juga bunga segar. Ada tips yg saya baca, untuk hias naked cake ni kita perlu guna elemen2 semulajadi jadi bunga dari fondant atau gumpaste kelihatan tidak begitu serasi untuk digunakan untuk menghias naked cake. Apapun terserah kepad kita nak guna apa untuk menghiasnya.. kdg2 kena break the rules juga untuk dpt hasil yg extraordinary.  :)


Salah satu elemen penting dalam penghasilan naked cake ialah pemilihan jenis kek dan kombinasi dengan jenis frosting. Kerana anda bergantung kepada dua elemen ini untuk menentukkan whole look kek yg anda hasilkan.  Kali ini saya gandingkan kek coklat dengan frosting cream cheese dan juga jem strawberry. Kek yg berwarna gelap nampak lebih menyerlah bila digandingkan dengan frosting yg berwarna cerah. Jom lihat resepi dan cara-cara menghasilkannya.

Bahan Kek 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inchi (tapi utk naked cake ni saya guna loyang 5 inchi, so dpt 3 layer cake. )
  3. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) sehingga habis.
  7. Terakhir masukkan vanila ekstrak
  8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek atas redai. Sementara itu jom sediakan cream cheese frosting.

Cream Cheese:

120 gram gula

250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter

Semua bahan dicampur dan dipukul hingga kembang.


Cara menghias kek.

1. Saya sapukan jem strawberry atas kek. 

2. Kemudian, saya masukkan cream cheese tadi dalam piping bag dan guna nozzle wilton 2D utk paipkan frosting atas kek. Bagi saya cara ini lebih mudah dan tak comot.

3.Saya bentukkan cream cheese seperti bunga 5 kelopak. Anda bebas nak buat bentuk macam mana. Asalkan nmpk cantik bila ditindih dengan kek kat atasnya.


4  Then bila dah siap, ambil kek lain  dan tindihkan atas kek tadi. Ulang sehingga siap. Kali ini saya buat 3 lapis kek.

5. Untuk lapisan kek yang paling atas. Saya paipkan secara membulat sedikit cream cheese. Dan kemudian susun buah strawberry di atasnya. 

6. Kemudian saya taburkan gula ising atas kek.










1 comment: