Assalamualaikum semua. Bukan main meriah lagi tengok kat wall FB macam-macam biskut raya yang ada. Teringat time kerja sebelum cuti dulu, time ni mesti banyak tester biskut raya kat office. Ramai tokey2 biskut raya, baju raya dan tudung raya kat office. Kadang-kadang saya lebih suka order shj dgn kawan-kawan tak perlu bersesek-sesak kat bazar untuk beli maklumlah masa tu anak kecil lagi. Bukan senang nak shopping lama-lama kat tempat orang ramai.
Tapi kat sini, kena jadi rajin buat biskut raya sendiri.hehe. Masa kecik2 dulu selalu juga tolong mak buat biskut raya. Memang meriah sangat sebab adik beradik ramai perempuan. Sorang tukang tekap biskut, sorang tukang hias dan ada yg tak puasa tukang rasa. Tapi bila dah dewasa ni, banyak biskut raya tunjuk kat kedai je.
Resepi kali ini saya ambil dari blog Izah. Biskut ni semperit kacukan cream .
Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** saya guna 400g
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah) tapi saya letak 6 sudu
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair)
Cara-cara :
- Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna whisk telur manja2 sahaja.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
- Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
- Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung. Saya tambahkan pewarna dlm doh. Nak bagi kaler2 sket.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
- Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
menawan sungguh rupanya!..best berbaking kat Oz,oven besau2..hihii mohon ampun dan maaf ya kak dee,tak sempat jumpa buat kali terakhir.. rindu gelagat ilham dan gibran bersama ;) -fairuz&gib..
ReplyDelete@micocina haha..a'ah senang oven besar. akak pun x sempat nk jmp fai n gibran last day tu. huhu.
ReplyDelete