Sunday, March 30, 2014

DANISH BUTTER COOKIES


Adakah anda meggemari danish butter cookies? Saya merupakan peminat tegar cookies tersebut, terutamanya butter cookies jenama Kjeldsen dalam tin biru classic. Hargany sedikit mahal, tetapi sangat berbaloi dibeli kerana rasanya yg sedap.
Sudah banyak resepi butter cookies yang saya cuba, tetapi masih gagal untuk mendapatkan rasa seperti Danish butter cookies ini. Sehinggalah saya mencuba resepi ini, dan menggunakan Danish Butter jenama Lurpak. (Jenama Lurpak ini halal). Rupanya kunci utama untuk mendapatkan rasa butter cokies yang sedap seperti jenama Kjeldsens adalah dengan menggunakan Danish butter.  Danish butter ini sedikit mahal daripada mentega biasa. Warna Danish butter ini sedikit pucat berbanding mentega biasa namun rasanya sangat sedap.

Mood hendak baking dah datang setelah lama hilang. ha2. Mungkin sebab meeting dengan supervisor Jumaat lepas sangat positive. Saya bentangkan chapter yang telah selesai ditulis dan plan for next chapter. Dan saya tak sangka idea mapping research saya dipuji melambung-lambung dan disifatkan sebagai brilliant oleh kedua-dua supervisor, rasa happy sangat. :).  Saya tiba-tiba mendapat idea tersebut ketika hendak tidurkan anak. Dalam gelap malam dan badan mahu berehat, ketika itu fikiran tenang dan memproses input-input dari bacaan dan pengalaman dan tiba-tiba mendapat ilham. Terus saya bangun tulis dan lakarkan atas kertas. Kerana saya yakin jika saya tunggu keesokan hari, pasti saya dah terlupa.  Ilham tu datang dengan izin Allah juga kan. Syukur kepada-Nya.

Kebetulan hari minggu ini saya tidak mempunyai apa-apa rancangan jalan-jalan. Hanya berehat dirumah setelah penat bekerja/ study. Dan anak saya juga telah mula bersekolah di kindergarten, boleh lah nanti bawa cookies ini sebagai bekal untuk morning tea.
Resepi butter cookies ini saya ambil daripada  laman web Food. com. Resepi ini mendapat 5 bintang dan 154 review yg positif.  Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
8 oz mentega (saya guna danish butter).
3/4 cup caster sugar
1/4 tsp garam
1 1/2 tsp vanilla extrac
1 kuning telur besar
2 cups gandum


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula, garam dan vanila sehingga gula hancur (tips, bila membuat biskut, jangan pukul mentega sehingga kembang, nanti biskut akan mengembang dan bentuk tak cantik).
2. Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
3. Tambahkan gandum sedikit demi sedikit sambil digaul.
4. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh biskut.
5. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kegemaran anda.
6. Panaskan oven 160 degree C.
7. Alaskan baking tray dengan baking paper
8. Letakkan biskut yg telah ditekap di atas tray dan bakar selama 15 minit atau masak didalam oven.
Selamat mencuba.


Sunday, March 16, 2014

MINI GARDEN



Berkebun adalah salah satu kegemaran saya selain daripada memasak. Memang sangat seronok bila melihat tanaman yg kita semai dari biji benih, berkembang dan membesar.  Orang kata dengan melihat kehijauan alam ini dapat mendamaikan fikiran. Setelah sehari suntuk bekerja, setiap petang saya akan meluangkan sedikit masa menyiram pokok dan grooming tanaman yang ada. Syukur saya juga mempunyai suami yg mempunyai minat yang sama iaitu berkebun:). 

Di Brisbane kami tinggal di unit/ apartment. Nasib baik kami dapat menyewa unit yg terletak di ground floor, jadi ada lah sedikit ruang untuk bercucuk tanam.  Sekarang bulan March, di sini telah masuk musim luruh. Cuaca semakin sejuk. Alhamdullilah, kerana musim panas di Queensland memang sangat panas, jika pada masa heat wave suhu boleh mencecah 40C degree. Pokok-pokok pun banyak yg kering dan mati.
 Tanaman yg ada di taman mini saya ini kebanyakan adalah tumbuhan herba yg digunakan untuk memasak dan juga sayur-sayuran seperti pokok salad, pokok tomato, cili, pokok ketumbar, pokok saderi dan juga daun bawang. Senang dan jimat bila kita menanam sendiri herba-herba dan sayuran untuk kita masak dan makan.







Pokok yg kelihatan seperti rumput di atas ini adalah herba yg digunakan untuk memasak. Saya juga tidak pasti apakah namanya, tapi rasa daun pokok ini seakan-akan daun ketumbar. Sangat sedap jika dimasukkan dalam sup dan juga inti karipap.

 Pokok daun sup dan daun bawang


 Berbagai jenis pokok salad. Saya memang menggemari salad sebagai ulam, jadi saya menanam  pelbagai jenis salad seperti butterhead lettuce, iceberg lettuce dll.


Pokok Gerbera, bunga kegemaran saya
Pokok hydrangea, bunga kegemaran  saya. Sekali bunganya kembang tahan berbulan-bulan. Warna bunganya berubah-ubah bergantung pada tahap pH tanah. 

Pokok yg bewarna merah jambu itu adalah pokok Sun Jewels. Tapi semasa di kampung, ibu saya memanggil pokok ini sbg pokoK kembang pukul 10. Bunganya akan kembang ketika matahari naik dan terik dan akan menguncup kembali pada waktu malam dan awal pagi.


PokoK cili perlbagai warna. Yg menariknya cili ini bewarna ungu ketika muda!
Orang tua-tua berpesan, berbaktilah pada tanah insyallah akan mendapat hasilnya. Dalam Islam juga ada hadis yg mengatakan jika kita bercucuk tanam, buah-buahan yang dimakan oleh binatang dan manusia itu merupakan pahala sedekah untuk kita. Waalahualam.

KEK COKLAT DENGAN NUTELLA FROSTING


Setiap kali saya menyediakan kek coklat, resepi ini yg menjadi pilihan. Bukan sahaja senang tetapi juga sangat sedap. Saya ambil resepi ini dari dapur kak ita masam-masam manis. Kali ini saya gandingkan kek coklat ini bersama Nutella frosting, memang sngat sedap dan gabungan rasa coklat dan hazelnut yg sesuai. Kebetulan ada jamuan pot luck di universit, saya bawa kek ini untuk rakan-rakan mencuba. Tak sangka kek ini juga menepati citarasa mat salleh kat sini. hehe. Joml ihat resepinya.

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan B
  2. Pukul hingga putih
  3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  4. Pukul hingga sebati
  5. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  6. Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
  7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
  8. Tambahkan air panas dan gaul rata
  9. Adunan yang telah di gaul rata
  10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  13. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
  14. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
  15. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Nutella Frosting (Resepi dari Sally baking addiction)

230 g unsalted butter
240 g gula icing
220 g nutella
4 sudu besar heavy cream
2 sudu teh esen vanilla
secubit garam

  1. Pukul butter dengan mixer sehingga nampak creamy dan pucat.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul dengan mixer kelajuan sederhana.
  3. Kemudian masukkan nutella, pukul lagi sehingga sebati
  4. Masukkan heavy cream dan vanilla esen.
  5. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana.
*Jika frosting terlalu 'thick' campurkan lagi heavy cream shg mendapat konsistensi yg diingini.



Thursday, March 13, 2014

ASAS KEK SPONGE DAN CREAM CHEESE FROSTING

14 March 2014 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg keempat. Masih 'pengantin baru' lagi, baru 4 tahun, masih panjang lagi perjalanan. Orang kata, kehidupan selepas bernikah lebih seronok, kerana semasa tempoh inilah kita dapat mengenali character sebenar pasangan. :) Semasa bercinta, jika mahu terkentut pun masih sempat minta diri ke toilet sebentar, selepas berkahwin sambil makan nasi bersama pun boleh sengaja kentut. Itulah kemanisan hidup berumahtangga, penuh dengan senda gurau, dan masing-masing menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Ops, panjang pula saya berceloteh.

 Petang semalam, balik daripada universiti saya terus mem'baking' kek ini. Kononya mahu membuat kejutan kepada suami. Resepi ini sangat mudah, tak perlu pakai ovellete ( di Brisbane susah mahu mencari ovellete yg halal ..hu2) dan yang paling saya suka kerana dapat dipelbagaikan. Anda boleh menambah pelabagai perisa dan warna, seperti strawberry, pandan, vanila, coffee dan lain-lain. Dan yg penting resepi ini menghasilkan kek yg sedap dan gebu (syaratnya anda perlu pukul telur putih sehingga 'bertanduk').


Resepi ini saya ambil dari blog Tested and tasted. Banyak resepi kek yg sedap-sedap di blog itu.
Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
4 biji kuning telur (besar)
20 g gula caster
50 g minyak
60 g susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
90 g tepung kek (tapi saya guna tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)

4  biji putih telur
1/4 sudu teh Cream of tartar
60 gr Caster sugar

Cara-cara
1. Panaskan oven 160C
2. Pukul perlahan kuning telur dengan gula caster
3. Campurkan minyak jagung, susu dan vanila esen, pukul  sehingga sebati
4. Masukkan tepung gandum, gaul rata dan ketepikan
5. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih, kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula caster sehingga adunan bertanduk. (tips saya, pukul dengan menggunkan kelajuan yang tinggi, dan bila telah bertanduk gradually turunkan kelajuan mixer).
6. Ambil 1/3 adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kaup balik dengan gunakan spatula atau sudip kayu. Setelah adunan putih telur bergaul sebati, masukkan adunan putih telur yang selebihnya. 
7. Masukkan adunan kedalam loyang bersaiz7 / 8 inchi
8 . Bakar lebih kurang dalam 45 minit atau sehingga masak, bergantuk kepada kepanasan oven masing-masing.


Untuk resepi cream cheese frosting, saya selalu menggunakan resepi ini. Kerana rasa lemak cheee itu kena dengan kek sponge ini. Saya juga menggunakan resepi cream cheeese frosting ini untuk kek carrot dan juga kek coklat. Memang sedap.

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Bila cream cheese itu dah siap, bolehlah di sapu pada kek.
* untuk kek ini saya juga meletakkan parutan keju cheddar di keliling tepi kek, memang bertambah sedap ..he2

Monday, March 10, 2014

KEK CARROT MOIST



Resepi kek carrot ini saya ambil dari dapur Azie. Tetapi saya buat dlm bentuk cupcake. Senang dimakan dan senang untuk dibawa bekal :). Resepi ini juga mudah untuk dibuat. Jom lihat resepinya.



Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.


Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata.
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5.  Sapukan cream cheese apabila telah sejuk.

NASI LEMAK KUKUS



Musim luruh telah tiba. Waktu pagi memang lebih sejuk daripada biasa. Pagi ini saya menyediakan nasi lemak kukus untuk sarapan sebelum ke universiti. Nasi lemak ini saya hidangkan bersama sambal sardin dan juga ayam goreng rempah.Memang sedap sangat sekali sekala dpt menjamu selera dgn hidangan tradisi. Kebiasaanya jika memasak nasi lemak saya memasak nasi seperti biasa, tetapi masalahnya, akan menghasilkan banyak kerak. Jadi kali ini saya cuba untuk mengukus nasi lemak. Hasilnya sgt sedap, nasi berderai dan tiada kerak (jadi lebih jimat..he2). Jom lihat cara-cara menyediakan nasi lemak kukus ini.

Bahan-bahan

3 cawan beras (saya guna beras jasmine)
3/4 cawan santan
3 hiris halia
2 helai daun pandan
sedikit garam.


Cara-caranya
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan air dalam pengukus.
3. Letakkan beras ke dlm pengukus. Letakkan hirisan halia dan simpulan daun pandan.
 4. Kukus sehingga setengah masak. (lebih kurang 20 minit)
5. Keluarkan beras dari pengukus. Campurkan garam kedalam santan. Kemudian curahkan santan keatas beras yg telah separuh masak tadi.
6. Gaul sehingga sebati beras dan santan.
7. Kemudia masukkan balik beras separuh masak tadi yg telah digaul dgn santan ke dalam pengukus.
8. Kukus sehingga masak.
*tips: untuk nasi cepat masak, buat lubang-lubang kecil antara beras, supaya wap senang naik ke atas.

Saturday, March 8, 2014

CONGO BAR


Congo bar atau juga dikenali sbg Blondie brownies. Congo bar bukanlah berasal dari negara Congo di benua Africa :). Rasanya sgt sedap kaya dengan coklat cip dan juga kekacang. Saya ambil resepi ini dari dapur kak ita. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi :Masam-masam manis

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - (saya hanya gunakan 280g)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

DONUT GEBU MAYONIS


Saya  sangat menggemari donut. Tetapi jujur saya akui, saya tidak pandai menguli dan ini menjadikan faktor saya sedikit malas apabila mahu membuat donut atau roti. he2. Nasib baik saya ada membeli bread maker yg 2nd hand sahaja jenama Black & Decker. Murah harganya AUD30 dan berfungsi dgn baik. Resepi donut ini saya ambil daripada kak Ita. Memang sgt gebu walaupun stlh sejuk. Memang tk rugi mencuba.
  
Jom lihat resepi.

Bahan-bahan

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis 
1 sudu besar susu tepung/ susu pekat manis
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula 
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread maker(BM) 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Sunday, March 2, 2014

SWISS ROLL BERCORAK

Hujung minggu hari yg ditunggu2. Setelah penat sepanjang minggu bekerja, hari minggu adalah hari untuk saya berehat dan melakukan aktiviti yg saya gemari. Antaranya adalah baking. Kebetulan hari ini ada jemputan pot luck di rumah rakan.  Jom kita buat kek. Sudah lama teringin nak melakar corak comel2 utk swiss roll ini, tapi kesuntukan masa. Resepi ini saya ambil dari dapur kak wan. Saya sertakan step by step cara membuat swiss roll bercorak ini.


Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
coklat emulco dan lidi 
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter + 150g icing sugar shj)

Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.


4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkna di atas redai kek.

7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.