Hujung minggu hari yg ditunggu2. Setelah penat sepanjang minggu bekerja, hari minggu adalah hari untuk saya berehat dan melakukan aktiviti yg saya gemari. Antaranya adalah baking. Kebetulan hari ini ada jemputan pot luck di rumah rakan. Jom kita buat kek. Sudah lama teringin nak melakar corak comel2 utk swiss roll ini, tapi kesuntukan masa. Resepi ini saya ambil dari dapur kak wan. Saya sertakan step by step cara membuat swiss roll bercorak ini.
Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)
Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar
Bahan C
coklat emulco dan lidi
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter + 150g icing sugar shj)
Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen
vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu
besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam
piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas
loyang bentuk strawberry dan daun.
4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkna di atas redai kek.
7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.
Saya harap satu hari nanti saya dapat buat swiss roll ni :)
ReplyDeletesweet sgt... :)
ReplyDeletecomeinya.. nk cuba la :)
ReplyDelete@dillinsyallah :)
ReplyDelete@Angah Aswad thanks..:)
ReplyDelete@Lea Beauty Housethanks, jangan lupa cuba tau .:)
ReplyDeleteSaya tgh tgh bakar...huhu...jap lg tgk la Jadi ke x...1st time buat
ReplyDelete