Thursday, January 30, 2014

AYAM BALI



Di Brisbane hampir setiap hari saya memasak ayam sebagai hidangan. Ayam halal sangat murah disini jika dibandingkan dengan ikan. Haruslah berjimat cermat elaun KPT. Tetapi jika hari-hari mengadap menu ayam pasti anda juga bosan dan muka pun dah jadi muka ayam.  Sampai satu tahap, sudah tidak tahu resepi apa yang ingin dimasak dengan ayam..hu2. Blogwalking ke blog Dapur Malaysia, saya menjumpai resepi Ayam Bali yang enak ini. Rasanya unik tidak seperti masakan ayam yang biasa. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi Dapur Malaysia.

Bahan-bahan (5-6 orang)
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

Tuesday, January 28, 2014

PUDING KARAMEL

Jika tiba musim bulan Ramadhan, ini merupakan salah satu pembuka selera yang sangat popular. Suami saya cukup menggemari puding karamel ini. Cara membuatnya cukup mudah. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi My resepi

Bahan2 :
  • 400 ml susu segar/susu cair
  • 1 sudu susu pekat manis (yang ni saya tambah untuk menjadikan puding lebih lemak)
  • 4 sudu besar gula halus
  •  3 biji telor
  •  2 biji kuning telor
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  1 sudu tepung kastad (saya tambah tepung kasted untuk menstabilkan struktur puding)


Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2


  1. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
  2. Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecil.
  3. Bila sudah bertukar warna keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi (make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya)
  4. Dalam bekas lain, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker (Kacau perlahan sahaja, hanya untuk bagi bahan sebati. Jangan kacau laju shg terhasil buih, nanti tekstur puding tak cantik, berlubang2)
  5. Kemudian masukkan susu dan bahan2 lain kedalam telur tadi.
  6. Kemudian masukkan adunan tersebut kedala loyang yang berisi karamel. Pastikan anda menapis adunan tersebut, untuk mengelakkan ada adunan yang berketul.
  7. Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.
  8. Jika tiada periuk pengukus, anda boleh bakar didalam oven dgn menggunakan cara steam bath. Letak satu loyang air dibawah loyang puding. Bakar dgn suhu 150 degree selama 40-45 minit.





Monday, January 27, 2014

AYAM GORENG MADU BEREMPAH

Resepi yang ringkas dan senang. Sesuai di sajikan bersama nasi putih untuk hidangan tengah hari. Gandingan rasa manis madu dan berempah sangat menyelerakan. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan 

 3 kepak ayam
2 ulas bawang putih
1 sudu bsr sos tiram
1 sudu bsr kicap
2 sudu bsr madu
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit
garam
2 sudu  teh Serbuk ketumbar
2 sudu teh Serbuk jintan manis
Bijan
minyak masak secukupnya untuk deep fried.

Cara-cara


  1. Gaulkan kepak ayam dgn serbuk kunyit, serbuk ketumabr, serbuk jintan manis, lada hitam
  2. Perapkan selama 1 jam atau lbh. selepas itu blh lah di goreng terendam. Goreng tiga suku masak
  3. Setelah ayam siap digoreng ketepikan. 
  4. Sediakan bahan sos. Tumis bawang putih, kemudian masukkan sos tiram, kicap dan madu.
  5. Masak sebentar, kemudian masukkan kepak ayam yg telah digoreng tadi.
  6. Gaul sebati sos dan kepak ayam, kemudian masukkan bijan. Gaul sehingga mesra.
  7. Setelah ayam masak, matikan api, sedia untuk dihadang



Easy and fluffy banana cake


Saya masih ingat ketika zaman kecil dahulu, ada kek pisang kecil2 yang dijual dikedai runcit. Sekarang sudah lama tidah terlihat kek pisang tersebut, yang hanya terdapat luas dipasaran adalah kek pisang cap samudera yg bersaiz loaf panjang. Di Brisbane juga senang untuk mencari kek pisang, tetapi rasanya sedikit berbeza dgn yg ada di Malaysia. 

Saya amat menggemari kek pisang, terutamanya kek pisang tradisional. Kebetulan petang hujung minggu yang lalu, anak saya request untuk makan kek. Bahan2 yang ada di dapur pula terhad. Di fikir2 apakah resepi yang senang dan bahan2 yang digunakan terdapat di dapur. Blogwalking lah saya mencari resepi yang senang, dan akhirnya terjumpa resepi kek pisang di blog The baking mum. Kek pisang ini teksturnya gebu dan saya sgt suka rasanya. Jom lihat resepi dan selamat mencuba. (Saya hanya buat separuh adunan)


Resepi daripada The baking mum


Ingredients:


  • 180 gm. Butter
  • 180 gm. Fine sugar (I cut down to 150 gm)
  • 2 . Extra large Eggs - beaten lightly
  • 250 gm. Cake flour
  • 1 tsp. baking powder
  • 1 tsp. Bicarbonate of Soda
  • 220 gm. Bananas - mashed 
  • 50 gm. Dairy whip cream (I use evaporated milk
  • )1/2 tsp. vanila essence
Method:
  1. Cream butter and sugar till light and creamy.
  2.  Pour in eggs gradually and beat till creamy.
  3. Add in whip cream, mashed bananas and banana essence and mix well.
  4. Add in cake flour, baking powder and bicarbonate of soda and beat for a while only.
  5. Pour into an 8" round tray, and arrange sliced bananas on top.
  6. Bake at 175C for about 50 to 60 mins. or until cooked.


Thursday, January 23, 2014

KEK KASTARD PANDAN


Seminggu dua ini sangat sibuk dengan urusan belajar. Dah lama tak mem'baking'. Tambahan pula, azam baru 2014 ini kononnya utk menurunkan berat badan . Azam setiap tahun yang tak tercapai. Namun akhirnya tertewas juga setelah lama mengidamkan kek kastard pandan ini.

Jika di Malaysia dulu, saya tidak pernah membuat sendiri kek ini, kerana senang didapati di kedai bakeri. Tetapi disini semuanya berbeza, jika mengidam makanan yg pelik2, kena lah merajinkan diri membuatnya sendiri. Kebetulan, ada rakan saya disini yang baik hati sudi memberikan sepeket tepung Hoen Kwee, jadi apa lagi, bagai orang mengantuk disorong bantal lah, bolehlah mencuba buat sendiri kek kastard pandan ini. Jom lihat resepinya.



Resepi kek chiffon pandan seperti biasa saya gunakan resepi daripda The little teochew. Resepinya boleh anda lihat di sini.

Resepi kastard saya ambil daripada blog Secubit garam.

Resepi kastard.

Bahan (A)
160 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam


Cara-cara
  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Kacau hingga gula hancur.
  5. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
  6. Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
  7. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
  8. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
  9. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  10. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  11. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  12. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
  13. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



KEK CHIFFON PANDAN



Kek chiffon pandan merupakan kek kegemaran saya. Rasanya yang tidak terlalu manis, serta teksturnya yang ringan serta gebu dan juga aroma pandan yang wangi menjadikn kek ini sangat  istimewa. Sebelum ini banyak resepi kek chiffon pandan yg telah dicuba oleh saya, namun hasilnya tidak seistimewa resepi daripada The little Teochew ini. 

Kebanyakan resepi kek chiffon menggunakan ovellete untuk menjadikan tekstur kek gebu, tetapi resepi ini tidak menggunakan ovellete. Berita baik bagi saya yang berada di Brisbane, kerana di sini sukar untuk mencari ovellette. Mungkin kerana ovellete ini hanya digunakan dalam kuih muih masyarakat Asia. 

 Rahsia utama kek chiffon yang sedap ini adalah menggunakan santan dalam adunannya. Kombinasi santan dan pandan sangat sempurna. Jom lihat resepinya.

Resepi untuk saiz loyang 22cm
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas. 
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.

6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adakah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)

Sumber resepi daripada The little teochew.



Keadaan putih telur apabila sudah kental

7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.



Thursday, January 2, 2014

ROAD TRIP QUEENSLAND- NEW SOUTH WALES

Cuti Krismas dan tahun baru 2014 yg lalu, keluarga saya dan rakan-rakan menikmati percutian road trip dari Queensland ke New South Wales. Satu pengalaman yang mengujakan dan pasti tidak dapat dilupakan. Alhamdullilah kami diberi kesempatan untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t. ini. Sepanjang perjalanan hampir 1500km dari Queensland ke New South Wales kami dapat menyaksikan perubahan iklim, perubahan muka bumi, budaya masyarakat setempat dan juga jenis2 hutan yang berbeza. Musim panas di Queensland mempunyai iklim yg panas seakan sama seperti Malaysia tetapi di New South Wales iklimnya lebih sejuk dan nyaman.
Kami singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan 3 hari 2 malam ini, dan bermalam di Glenn Innes dan Coffs Harbour. Let pictures do the talking. :)



Rumah-rumah yang terdapat di sekitar Glenn Innes

Historic Drive, deretan kedai-kedai lama di Glenn Innes







Ladang bunga matahari



Terdapat restoran KFC yang halal di pekan Glenn Innes. Jadi sepanjang hari tersebut, ayam goreng KFC sahaja lah yg menjadi hidangan kami. Nasihat saya kepada sesiapa yg berhajat untuk kesana, bawalah rice cooker dan bahan-bahan mentah seperti telur dan sardin..hehe. Perjalanan diteruskan ke Armidale.
New England University

Berhenti rehat di waterfall


Dangar waterfall

Kami sampai di Coff Harbour menjelang lewat petang. dan berpeluang mengunjungi Forest Sky Pier untuk menyaksikan pemandangan sebelum matahari terbenam. Pemandangan disini sangat mengagumkan.
Suasana malam di Coffs Harbour sangat meriah. Disini merupakan tempat tumpuan pelancong terutamanya pada musim panas sebegini. Kami menikmati makan malam di Tandoori Oven iaitu restoran makanan India yang menyajikan makanan halal. Lamb Korma disini lazat dan berbaloi dengan harga yang dibayar kerana portion makanan banyak dan anda diberi nasi percuma. Keesokan pagi kami bersarapan di Aqua Cafe. sebelum bergerak ke jeti.

Kami tidak melepaskan kesempatan untuk mengunjungi Big Banana di Coffs Harbour. Terdapat pelbagai tarikan disini, namun kerana keletihan kami hanya pergi ke tempat Ice skating untuk meluncur ais dan juga menyejukkan badan.

Jika anda berkunjung ke Big Banana jangan lepaskan peluang berkunjung ke Cafe Big Banana. Disana anda dapat memilih pelbagai hidangan yang berasaskan pisang. Hidangan yang terkenal disini adalah Chocolate coated banana.

Kami bergerak pulang menghala ke Brisbane pada waktu tengah hari. Sebelum sampai di Brisbane kami singgah sebentar di Bayron Bay untuk menikmati hidangan makanan laut yang lazat di Fish Mongers.  

Kemudian kami bergerak ke Cape Byron Lighthouse yang terletak berdekatan dengan pantai Bayron Bay. Kami tidak sempat berada lama disini kerana cuaca mendung dan kelihatan kilat sabung menyabung. 

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Masjid Gold Coast yang terletak di  144 Allied Drive, Arundel, Queensland untuk berhenti solat maghrib dan berehat sebentar.

Alhamdullilah kami selamat sampai di Brisbane pada jam 9 malam. Perjalanan yang panjang meniympan sejuta kenangan.


Rakan-rakan road trip



ASAM PEDAS KUNING KELANTAN

Asam pedas Kelantan merupakan masakan yang ringkas serta menyelerakan dan menjadi kegemaran saya semenjak dahulu. Walaubagaimanapun semenjak berpindah ke Brisbane saya jarang menyediakan asam pedas Kelantan kerana disini sukar untuk mencari ikan yang sesuai untuk dimasak asam pedas Kelantan.

Tetapi hendak seribu daya, dek kerana mengidamkan asam pedas ini, saya berkunjung ke Asian Fish Market untuk mencari ikan yang sesuai. Saya amat lemah dalam mengenalpasti ikan (ikan yang paling saya kenal adalah ikan goreng :P)  tambahan pula disini ikan-ikannya sedikit berbeza daripada ikan di Malaysia. Saya memilih Red Snapper fish,(ikan ini seakan2 ikan kerisi) untuk dimasak asam pedas.  
Red snapper fish (Google image)

 Akhirnya berjaya juga saya merasa asam pedas Kelantan di bumi Brisbane ini .:). Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan
2 ekor ikan 
5 ulas bawang merah*
5 tangkai cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inchi lengkuas*
1/2 inchi kunyit* 
Daun kesum
1 kpg asam keping
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda *. Campurkan air secukupnya.
2. Masukkan ikan dan bahan yg telah dikisar kedalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesum, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih shg ikan masak. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Wednesday, January 1, 2014

CHOCOLATE COOKIES ALA FAMOUS AMOUS


Resepi ini sudah lama berada dalam simpanan, tetapi tidak pernah dicuba. Sehinggalah cuti awal tahun 2014 tempoh hari, saya mempunyai masa lapang dan mengidam chocolate cookies yg sedap (cookies yg sedap di kedai biasanya mahal..hu2)


Tahun 2014 juga menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan, jadi nak tak nak, terpaksalah kita semua berjimat cermat. Salah satu cara berjimat adalah menyediakan sendiri makanan sekeluarga. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas yg murah dan senang didapati di pasaraya. Disamping itu penyediaan chocolate cookies ini sangat mudah dan tidak memerlukan penggunaan mixer, jadi saya rasa sesiapa shj boleh mencuba membuatnya. Saya mengubahsuai sedikit resepi asal chocolate cookies ini dengan menggunakan gula perang, dan hasilnya sgt memberangsangkan dan menjadikan rasa cookies ini seakan-akan biskut terkenal Famous Amos..hehe. Anda tidak perlu menghabiskan wang yg banyak lagi untuk membeli biskut yg sedap selepas ini.   Disamping itu chocolate cookies ini juga tidak terlalu manis. Berita baik untuk yg berazam ingin kurus tapi masih mahu menikmati chocolate cookies.

Jom lihat resepinya. (Saya lupa sumber asal resepi ini)
2 cups plain flour 
1/4 cups cocoa powder

200g cold unsalted butter, chopped

1/2 cups  icing sugar
1/4 cups brown sugar

2 egg yolks, lightly beaten

1 tsp vanilla extract



  1. Sift flour and cocoa into a bowl.
  2.  Using your fingertips, lightly rub in the butter until the mixture resembles fine breadcrumbs.
  3.  Sift the icing sugar into the bowl, then stir in using a wooden spoon
  4.  Add the egg yolks and vanilla and stir until a soft dough forms.
  5.  Turn out onto a lightly floured surface and shape into a block about 26cm long, 4cm wide and 6cm high. I thought the dough wouldn’t form with only the egg yolks but it came together nicely.(I just make a small ball shape and press it with a fork)
  6. Wrap in cling film and refrigerate for 30 mins, or until firm. (I skip this step)
  7. Meanwhile, preheat the oven to 200C and line baking tray
  8. Cut the dough into 30-40 slices about 5mm thick and place on the baking tray leaving space for spreading (mine didn’t actually spread that much).
  9. Bake for 10 mins, or until firm.
  10. Leave to cool for 5 mins then transfer to wire rack.
NOTES 

* Doh biskut ini memang agak lembik, jadi tidak sesuai untuk dicanai dan diterap pelbagai bentuk. Saya hanya membuat bentuk bulat2 kecil dan ditekan dengan garfu.
* Jika anda mempunyai budget lebih, boleh juga mencapurkan chocolate chips didalam doh biskut ini.
* Bosan dengan plain cookies?, anda juga boleh mencelup biskut ini kedalam coklat cair dan biarkan coklat tersebut mengeras. 

Selamat mencuba!