Thursday, January 23, 2014

KEK CHIFFON PANDAN



Kek chiffon pandan merupakan kek kegemaran saya. Rasanya yang tidak terlalu manis, serta teksturnya yang ringan serta gebu dan juga aroma pandan yang wangi menjadikn kek ini sangat  istimewa. Sebelum ini banyak resepi kek chiffon pandan yg telah dicuba oleh saya, namun hasilnya tidak seistimewa resepi daripada The little Teochew ini. 

Kebanyakan resepi kek chiffon menggunakan ovellete untuk menjadikan tekstur kek gebu, tetapi resepi ini tidak menggunakan ovellete. Berita baik bagi saya yang berada di Brisbane, kerana di sini sukar untuk mencari ovellette. Mungkin kerana ovellete ini hanya digunakan dalam kuih muih masyarakat Asia. 

 Rahsia utama kek chiffon yang sedap ini adalah menggunakan santan dalam adunannya. Kombinasi santan dan pandan sangat sempurna. Jom lihat resepinya.

Resepi untuk saiz loyang 22cm
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas. 
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.

6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adakah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)

Sumber resepi daripada The little teochew.



Keadaan putih telur apabila sudah kental

7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.



No comments:

Post a Comment